Kemas kini iOS 16 telah tersedia dengan membawakan kemas kini terbesar yang pernah ada pada Skrin Kunci, keupayaan untuk mengedit dan bekerjasama dalam Mesej, alatan baharu dalam Mel dan sebagainya. Pelbagai cara untuk berinteraksi dengan foto dan video melalui Live Text dan Visual Look Up.

Lock Screen (Skrin Kunci) yang Lebih Peribadi, Cantik dan Bermanfaat

Lock Screen yang direkabentuk semula membolehkan pengguna menambah kesan mendalam pada foto Lock Screen mereka, memaparkan subjek foto, malah mereka boleh menyesuaikan font dan gaya penulisan. Widget baru yang ada pada Lock Screen memudahkan anda mendapatkan maklumat sepintas lalu seperti acara kalendar, tahap bateri, penggera, zon waktu dan banyak lagi.

Imej via DZ Creation Studio

Galeri Lock Screen yang baru ini menampilkan pelbagai pilihan. Pengguna boleh memilih foto yang dicadangkan daripada galeri peribadi mereka pada Lock Screen atau set foto dinamik yang berubah-ubah sepanjang hari. Koleksi Apple termasuk imej ikonik daripada Apple, wallpaper cuaca dan astronomi untuk pemandangan bumi, bulan dan sistem suria.

Pengguna boleh merekabentuk sendiri wallpaper kegemaran mereka seperti meletakkan gambar emoji, cuaca, koleksi gambar sendiri atau warna-warna kegemaran. Pengguna juga boleh meletakkan gambar kegemaran dihadapan masa, menambah bilangan Lock Screen, menukar dan memilih Lock Screen kegemaran dengan cara menyentuh Lock Screen, tahan dan meleretkan pilihan Lock Screen mengikut kesukaan pengguna.

by DZ Creation Studio

Sistem Notifikasi pada Lock Screen telah direkabentuk semula dengan membolehkan pengguna menarik paparan notifikasi dari bawah. Perubahan kedudukan notifikasi juga memberi kelebihan kepada paparan Lock Screen yang lebih jelas.

Cara Baru Berinteraksi dalam iMessages

Kemas kini pada iMessages membolehkan anda mengedit, membatal atau memadam penghantaran dan menanda perbualan sebagai belum dibaca. Tetapi, ciri terbaru iMessages ini hanya boleh dinikmati oleh penerima mesej jika penerima mesej juga telah mengemas kini iOS 16.

Oleh DZ Creation Studio
Oleh DZ Creation Studio

Selain itu, pengguna kini boleh menjemput rakan dan keluarga ke SharePlay melalui iMessages, menawarkan kepada pengguna cara lain untuk menikmati kandungan yang sama seperti filem atau lagu dan perkongsian kawalan main balik. Ciri-ciri kerjasama berkumpulan yang baru dalam iMessages juga menjadikan kerja-kerja berkumpulan akan menjadi cepat dan lancar. Apabila pengguna memilih untuk berkongsi fail untuk menjalankan kerjasama melalui iMessages, semua orang dalam urutan akan ditambahkan secara automatik dan apabila seseorang membuat penyuntingan pada dokumen yag dikongsi, kemas kini aktiviti akan muncul di bahagian atas. Tetapi, untuk ciri baru yang ini, kami belum pasti bagaimana ia akan kelihatan.

Tingkatkan Produktiviti Dengan Alat Baru dalam Aplikasi Mail

Dalam aplikasi Mail juga terdapat penambahan alat (tool) baru yang mana pengguna boleh menjadualkan penghantaran email lebih awal atau membatalkan penghantaran mesej sebelum ia sampai kepada peti masuk penerima. Dalam pada itu, pengguna boleh set reminder untuk kembali kepada mesej melalui alat Remind Me, menerima cadangan automatik untuk membuat tindakan susulan pada e-mel jika mereka belum menerima balasan emel dan amaran automatik jika mereka terlupa memasukkan penerima atau lampiran dalam emel.

Visual Look Up dan Live Text Enhancements

Pengguna kini boleh menekan dan menahan subjek imej untuk menyalin dan meletakkannya dalam aplikasi seperti iMessages. Visual Look Up membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat dengan cepat terhadap objek dan pemandangan yang terdapat di dalam foto serta dapat mengenali jenis haiwan seperti burung, serangga, labah-labah dan sebagainya.

Menggunakan on-device intelligence, Live Text kini juga boleh mengecam teks yang terdapat dalam video. Contohnya, pengguna menonton video telah diambil dan pause pada mana-mana bahagian untuk berinteraksi dengan teks yang ada di dalamnya seperti copy & paste, menterjemah, menukar mata wang dan banyak lagi.

Melayari Safari Lebih Selamat Dengan Passkeys

Melayari internet dalam Safari adalah lebih selamat dengan passkeys. Direkabentuk untuk menggantikan kata laluan (passwords), passkeys menggunakan Touch ID atau Face ID untuk pengesahan biometrik dan iCloud Keychain untuk berhubung merentas iPhone, iPad, Mac dan Apple TV. Ciri baru ini mempunyai kerjasama dengan FIDO Alliance, Google dan Microsoft dan berfungsi merentas aplikasi dan website.

Imej via 9to5mac

Safari juga menambah Tab Group untuk berkongsi koleksi tapak web dengan rakan dan keluarga, menjadikannya lancar untuk menambah tab dan melihat perkara yang dilihat oleh orang lain.

Ciri Kebolehcapaian (Accessibility) Baru untuk Navigasi, Kekal Berhubung dan Banyak Lagi

Imej Oleh DZ Creation Studio

Kemas kini terkini iOS 16 turut dilengkapi dengan ciri baru kebolehcapaian (Accessibility) untuk Orang Kurang Upaya (OKU) seperti Door Detection, yang membantu pengguna yang buta atau rabun menggunakan iPhone mereka untuk menavigasi beberapa kaki ke destinasi mereka. Apple Watch Mirroring untuk pengguna yang kurang upaya fizikal dan motor untuk paparan Apple Watch mereka kepada iPhone, mengawal Apple Watch dengan Voice Control dan Switch Control.

Live Caption juga memudahkan pengguna pekak dan kurang pendengaran untuk mengikuti sebarang kandungan audio.

Kandungan ciri-ciri kemas kini iOS 16 untuk iPhone lama mungkin tidak sama dengan keluaran iPhone 14 yang terbaru. Ciri-ciri penuh iOS 16 ini sudah pasti akan dinikmati oleh pengguna iPhone terkini iaitu iPhone 14 yang baru dilancarkan.

Model iPhone yang sedia untuk iOS 16:

  • iPhone 14
  • iPhone 14 Plus
  • iPhone 14 Pro
  • iPhone 14 Pro Max
  • iPhone 13
  • iPhone 13 mini
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max
  • iPhone 12
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone SE (gen-2)
  • iPhone SE (gen-3)

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kalendar
September 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Tentang Kami

Menulis blog, melukis, melakar, merekabentuk, fotografi senibina.

Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 64