Disusun dan diolah oleh: Azizi MY

IMEJ VIA JAMES KERWIN

Dipetik dari NST, DS Ismail Sabri berkata kecekapan pentadbiran negara membolehkan Malaysia mengatasi pelbagai cabaran dan ke arah pemulihan ekonomi.

Bermula dengan pandemik coronavirus (Covid-19) dan krisis geopolitik global diikuti perubahan iklim yang memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan.

Beliau ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia atau Malaysian Family Aspiration Tour’ peringkat Pahang di sebuah hotel di sini, melahirkan rasa bangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh ‘Keluarga Malaysia’ bersama pentadbiran negara yang berkesan telah membolehkan kerajaan mengatasi krisis dan terus memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi. Menurutnya lagi, ekonomi negara adalah yang terbaik di Asia Tenggara dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua berbanding 5.0 peratus yang dicatatkan pada suku pertama.

Beliau berkata, kadar pengangguran pada Ogos tahun ini adalah 3.7 peratus lebih rendah berbanding Ogos tahun lalu yang mencatatkan 4.6 peratus, manakala Malaysia diletakkan di tempat ke-18 sebagai negara paling aman di dunia antara 163 negara di seluruh dunia dan kedua di Asia mengikut Indeks Keamanan Global 2022.

Sumber: NST

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

October 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 14
  • 14
  • 623,794