Disusun dan diolah oleh: Azizi MY

IMEJ VIA MSN NEWS

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, tumpuan rancangan untuk melaksanakan akses 5G seterusnya mungkin di Kota Bharu, Kelantan yang lebih luas seawal tahun depan. Ini berikutan beberapa projek pembangunan yang sedang dijalankan di negeri itu.

Dalam kenyataannya, Kelantan bakal dibangunan sebagai hab logistik penting di wilayah timur dan dalam pada masa yang sama bakal menjadi penyedia logisktik antarabangsa. Perkembangan itu akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak dan beliau sendiri telah berunding dengan Digital Nasional Berhad (DNB) supaya perkhidmatan jalur lebar 5G di Kelantan disegerakan.

IMEJ VIA – DNB

Menurutnya, DNB bersetuju dengan cadangan itu dan akan membangunakan 5G di negeri itu dengan serta-merta. Rundingan untuk tapak menara 5G juga sedang dijalankandi Kota Bharu dan dijangka siap dalam 2 ke 3 bulan lagi.

Menurut Annuar, DNB bersetuju dengan penegasan ini dan akan mula membangunkan perkhidmatan 5G di negeri ini serta-merta, serta mengadakan rundingan untuk menyambungkan tapak menara 5G yang sedang dijalankan di Kota Bharu. Proses ini dijangka siap dalam dua hingga tiga bulan lagi, bermakna ia boleh selesai awal tahun depan. Di Kelantan telah mempunyai 2 rangkaian 5G iaitu di Peringat dan di Ketereh.

Katanya lagi, menara 5G di Peringat dan Ketereh sudah mula berfungsi tetapi perkhidmatan itu hanya akan melancarkan pada bulan depan. Dalam kenyataannya juga, beliau memaklumkan bahawa sudah ramai telah menggunakan perkhidmatan 5G itu berdasarkan laporan bahawa terdapat kira-kira 7 hingga 10 gigabit telah digunakan setiap hari.

Beliau berkata DNB telah memilih daerah di Kota Bharu seperti Kok Lanas, Melor, Peringat dan Kadok, untuk mempercepatkan bekalan teknologi 5G dan dijangka akan diterima sejurus Februari.

Pelaksanaan 5G di Kelantan adalah sebahagian daripada rancangan DNB. Sebanyak RM1. 3 bilion bakal dibelanjakan untuk mengembangkan rangkaian kepada kawasan berpenduduk padat, seperti yang digariskan di dalam pembentangan Bajet 2023.

Sumber: MSN News

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

October 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 29
  • 15
  • 626,084