IMEJ VIA ARCHDAILY

Arkitek L35 bukan sahaja sedang mengubah suai projek Stadium Santiago Bernabeu Real Madrid di Sepanyol, tetapi juga telah merekabentuk stadium baru Kelab Bolivar, di Bolivia. Rekabentuknya yang dipilih melalui pertandingan antarabangsa yang dianjurkan pada tahun 2021, akan memulakan pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2025.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Projek ini akan dibina di atas tinggalan bekas Stadium Simón Bolívar Liberator, di Tembladerani, akan memaksimumkan kapasiti di atas tapak berkeluasan 16,000meter persegi. Ia akan dibina dengan sistem struktur baru tiang besar yang menaikkan padang dan stands 3 meter di atas paras sedia ada.

Rekabentuk projek ini bertujuan untuk menjadikannya sebagai mercu tanda di bandar La Paz dan dalam pada masa yang sama, untuk menghubungkan identiti bandar yang padat. Fasad bangunan mendedahkan struktur konkritnya sendiri ditambah dengan bukaan besar untuk menyediakan akses bebas.

IMEJ VIA ARCHDAILY

“Kesan bandar daripada ciri-ciri pembinaan memerlukan penghayatan persekitaran dan menyesuaikan diri dengan skala tapak” Kata Guillermo Gusó, arkitek L35.

Stadium ini akan mempunyai kapasiti bagi penganjuran konsert yang akan mempunyai restoran, kedai dan bilik acara yang bertujuan untuk melanjutkan aktiviti bukan sahaja pada hari perlawanan.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

December 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 18
  • 18
  • 623,798