Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengkompaun dua individu dalam Operasi Jejak ‘Kutu Sampah’ Sampai Dapat selepas dikesan membuang sampah di tempat awam dekat sekitar Taman Seri Andalas di sini. Lapor Sinar Harian.

MPK memaklumkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dikesan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di Jalan Seri Damak 17, Taman Seri Andalas.

Dalam kenyataan itu, MPK menjalankan intipan di lokasi CCTV bagi mengesan kegiatan pembuangan sampah secara haram di lokasi terbabit

“Sepanjang operasi dijalankan, pasukan telah mengeluarkan dua kompaun kepada individu-individu yang membuang sampah di lokasi tersebut,” kata MPK menerusi Facebooknya pada malam Selasa.

MPK menjelaskan kompaun dikeluarkan atas kesalahan Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana membuang sampah-Sampah (Domestik) di tempat awam.

Sumber imej

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

January 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 14
  • 14
  • 623,794