Kerajaan Selangor dilaporkan sedang meneliti kaedah terbaik bagi mengatasi isu kesukaran untuk mendapat kelulusan pembiayaan pinjaman pembelian Rumah Selangorku.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya mengesan sebanyak 60 peratus daripada pemohon terpaksa menolak tawaran kediaman mampu milik berikutan masalah pinjaman bank berdasarkan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS)

“(Misalnya) kita keluarkan surat tawaran kepada 100 orang dan 60 orang menolak (tawaran) kerana ada masalah pinjaman.

“Sebab itu tahun ini, insya-Allah kita tengah teliti saat akhir bagaimana mahu tangani 10 peratus itu (tolak tawaran). Kita akan umum (kaedahnya) dalam masa terdekat,” kata Amirudin pada Ahad.

Perkara itu diumumkan selepas merasmikan Program Jelajah #Kita Selangor Penyayang di Padang Permainan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Desa Mentari 3 Petaling Jaya.

Hadir sama, Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail.

Rodziah juga memberitahu bahawa pihaknya mungkin akan membincangkan perkara tersebut bersama Kementerian Kewangan (MoF).

“Apa yang Menteri Besar maklumkan amat benar iaitu masalah besar (pemohon menolak tawaran) kerana pinjaman.

“Kita akan bersama MoF melihat bagaimana untuk bantu mereka yang tiada butiran pinjaman terutama penjaja kecil dan pekerja kontrak,” katanya.

Pada Sabtu, Rodziah memaklumkan hampir 120,000 pemohon Rumah Selangorku dalam senarai menunggu berdasarkan rekod Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Jumlah itu melebihi sekali ganda daripada sasaran kerajaan negeri yang merancang membina 60,000 unit rumah mampu milik itu menjelang 2025.

— Sinar

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 19
  • 19
  • 623,799