Pavilion Korea di Biennale Venice edisi 2023 telah dipersembahkan oleh pengarah artistik Soik Jung dan Kyong Park. Bertemakan “2086: Together How?” ia telah menghimpunkan arkitek, pemimpin masyarakat dan artis untuk meneroka bagaimana orang ramai boleh bekerjasama dalam menghadapi krisis alam sekitar ketika ini dan akan datang sehingga tahun 2086 yang mana dilaporkan populasi global akan meningkat.

Sumber Foto

Pameran itu menjemput para pengunjung untuk menggambarkan revolusi eko-budaya dengan cara menilai semula secara kritis sejarah kapitalis, globalis dan kolonial dunia. Penonton digalakkan untuk mempertimbangkan semula keadaan semasa melalui permainan video dan siri pemasangan pelbagai disiplin seperti gambar, lukisan, model, video dan pemasangan senibina.

“2086: Together How?” mempersembahkan tiga komuniti kecil di Korea Selatan yang terlibat secara aktif dalam projek penjanaan semula, populasi dan ciri yang berbeza. Subjek yang disasarkan ialah antaranya pusat kolonial yang penting di Gunsan, kawasan luar bandar di Wilayah Gyeonggi, dan pusat kolonial bersejarah di bandar global Incheon.

Sumber Foto

Tema projek itu membincangkan tentang penyelarasan individualisme dan komunalisme dalam aspek kemanusiaan masa hadapan. Malah, sekumpulan arkitek dan ketua-ketua komuniti telah menjalankan projek penyelidikan bersama-sama dengan pendududk tempatan, berpandukan satu set dialek yang telah membentuk pertumbuhan eko-budaya.

Permainan video yang dipersembahkan itu membolehkan para penonton untuk memilih tindakan dalam tetapan eko-budaya masa kini dan masa depan. Projek itu menggalakkan para pelawat untuk memahami bagaimana cabaran alam sekitar global yang diasaskan dalam keputusan awal manusia.

Sumber Foto

Projek itu menekankan pemahaman pembangunan melalui keseronokan material tanpa had, membenarkan perindustrian, penjajahan, dan pengembangan globalisasi. Menurut pavilion itu, bencana alam sekitar akan menjadi peluang kepada manusia untuk mencipta paradigma eko-budaya baharu untuk masa hadapan.

Menurut Soik Jung, setiap komuniti ialah kajian kes yang menggunakan pengetahuan mendalam ketua komuniti tentang tempat itu dan analisa spatial arkitek untuk menilai keadaan semasa an mencadangkan senario masa depan sehingga tahun 2086. Seperti kes Gunsan, para pengamal telah meneroka cara rumah dan bangunan terbiar untuk mengembalikan landskap bandar-bandar lama kepada keadaan yang lebih semula jadi.

Menurutnya lagi, setiap projek didorong oleh kebimbangan bagaimana untuk menangani pusat bandar dan luar bandar yang semakin terganggu akibat daripada pembangunan kapitalis yang tidak sekata. Melalui projek inilah bagaimana masa depan dan masa lalu akan dihubungkan untuk membentuk semula globalism.

Sebagai tindak balas kepada tema Lesley Lokko bagi edisi Biennale kali ini iaitu “Laboratory of the Future”, beberapa negara lain juga telah mengumumkan pavilion mereka. Dutch Pavilion, yang dikendalikan oleh Jan Jongert dari Superuse Studios, telah meneroka infrastruktur kompleks masyarakat masa depan. Manakala, Uruguay Pavilion mempersembahkan potensi penggunaan undang-undang perhutanan dan membuka dialog antara wilayah. Pavilion Amerika Syarikat pula, Everlasting Plastics (Plastik Kekal) untuk menangani bahan dan bagaimana tertanam dalam persekitaran binaan.

* Sekiranya terapat pembetulan/pindaan/tambahan maklumat di atas, boleh terus maklumkan kepada kami

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 1
  • 15
  • 15
  • 623,795