Pakej 2B Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai iaitu projek pembinaan laluan dari Ketereh hingga Kok Lanas kini berdepan denda sebanyak RM30,000 sehari kerana lewat disiapkan kira-kira 20% berbanding jadual asal.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor berkata, “Sepatutnya sudah siap 100 peratus, namun ketika ini masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dengan denda sangat tinggi iaitu RM30,000 sehari.

“Pakej akan dilaksanakan menerusi dua fasa iaitu pertama kira-kira tiga kilometer akan disiapkan dan diserah pada Mei ini sementara baki akan disiapkan pada bulan September tahun ini juga,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (Barisan Nasional – Kok Lanas) pada Persidangan Keempat Penggal Kelima DUN Kelantan ke-14.

Projek itu membabitkan tujuh pakej pembinaan lebuh raya sepanjang 66.88 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM2.33 bilion.

“Setakat ini, dua pakej siap sepenuhnya iaitu Pakej 1B (Pasir Hor-Kadok, Kota Bharu) dan Pakej 2A (Kadok-Ketereh).

“Pakej 3B membabitkan jajaran 10km di Kampung Berangan Mek Nab, Machang-Kampung Keruh, Kuala Krai) yang dahulunya ialah Pakej Lebuhraya Rakyat sudah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan bersetuju mengambil alih pembinaan projek itu tanpa mengambil hutang.

“Kita ada hutang sebanyak RM60 juta dan berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil alih projek berkenaan termasuk dengan hutang,” katanya. – Sinar Harian


Sumber foto

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 29
  • 24
  • 623,809