UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Foto – DZ Creation Studio

Apabila pelan bangunan telah diluluskan oleh PBT maka, kerja-kerja pembinaan sudah boleh dimulakan. Bagaimana pun, sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, pemohon perlu mengemukakan notis dengan menyerahkan Borang B kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai makluman kepada PBT bahawa kerja-kerja pembinaan akan dimulakan. Borang B itu hendaklah ditandatangan atau diperakui oleh orang yang berkelayakan.

Begitu juga dengan penyambungan semula kerja-kerja pembinaan. Pihak yang ingin mendirikan bangunan perlu mengemukakan Borang B atau notis sebelum memulakan penyambungan kerja.

Hal ini merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian II, di bawah tajuk Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 22, Notis memulakan atau menyambung semula kerja-kerja bangunan.

22. Notis memulakan atau menyambung semula kerja-kerja bangunan.

(1) Notis mengenai niat hendak memulakan atau menyambung semula pembinaan sesuatu bangunan yang dikehendaki di bawah subseksyen (9) seksyen 70 Akta hendaklah dibuat dalam Borang B sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini dan hendaklah meliputi butir-butir kerja yang dicadangkan itu.

(2) Jika kerja itu tidak dimulakan semula pada tarikh yang diberi dalam notis itu, suatu notis selanjutnya dalam Borang B sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini hendaklah diberi sebelum kerja itu boleh dimulakan semula.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 22, Notis memulakan atau menyambung semula kerja-kerja bangunan. Muka Surat 28.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Image by pressfoto on Freepik

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 1
  • 29
  • 15
  • 626,084