UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Bahagian III : Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan

Foto – DZ Creation Studio

Setiap bangunan yang hendak dibina mestilah meneydiakan ruang terbuka yang diperlukan bagi sesebuah bangunan. Ruang terbuka bangunan itu perlu mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum ianya dibina.

Penyediaan ruang terbuka itu mestilah mencukupi dan kekal serta mesti disediakan mengikut ukuran minimum yang telah ditetapkan, melainkan dalam keadaan tertentu, PBT boleh memberi pertimbangan dengan sewajarnya.

Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian III, di bawah tajuk Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil No. 30, Ruang terbuka hendaklah diperuntukkan.

30. Ruang terbuka hendaklah diperuntukkan.

Tiap-tiap bangunan yang didirikan hendaklah, melainkan pihak berkuasa tempatan berpendapat bahawa dalam sesuatu hal tertentu ruang udara diperuntukkan selainnya secara mencukupi dan kekal, mempunyai cantuman secara terus dengannya suatu ruang terbuka yang diperuntukkan secara eksklusif baginya dan mengikut apa-apa dimensi sebagaimana ditetapkan kemudian daripada ini.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian III, Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil No. 30, Ruang terbuka hendaklah diperuntukkan. Muka Surat 32.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Imej via Freepik

* Sekiranya terdapat pembetulan/tambahan/pindaan terhadap tajuk ini, anda boleh terus memaklumkan kepada kami

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

April 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 13
  • 13
  • 623,793