UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Foto – DZ Creation Studio

Sekiranya pendirian bangunan berdekatan dengan simpang jalan, dan jalan itu tidak menunjukkan sudut potongan atau pusingan, maka penjuru bangunan yang dekat dengan jalan itu mestilah dipotong rencong atau dibulatkan dengan jari-jari tidak kurang daripada 5 meter.

Ia bertujuan untuk melancarkan laluan kenderaan yang melalui simpang jalan tersebut tanpa gangguan oleh penjuru bangunan tersebut.

Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian III, di bawah tajuk Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil No. 36, Penjuru yang dipotong rencong.

36. Penjuru yang dipotong rencong

Jika suatu bangunan didirikan di persimpangan dua jalan dan dalam hal di mana darjah potongan rencong atau bulatan penjuru jalan itu tidak ditunjukkan atas pelan susunatur atau mana-mana pindaan, ubahsuaian atau penggantian berkanun yang disenggara oleh pihak berkuasa perancangan yang kompeten, penjuru bangunan itu hendaklah dipotong rencong atau dibulatkan setinggi tidak kurang daripada 5 meter atas paras jalan di titik silangan garis-garis jalan itu supaya tiada mana-mana bahagian bangunan itu di bawah paras tersebut boleh mengunjur melebihi garisan lurus yang dilukis merengtangi penjuru plot bangunan itu yang bersambung dengan setiap garisan jalan pada titik 3 meter daripada titik silangan garis-garis itu.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian III, Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil No. 36, Penjuru yang dipotong rencong.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
  • IMEJ via Freepik

* Sekiranya terdapat pembetulan/tambahan/pindaan terhadap tajuk ini, anda boleh terus memaklumkan kepada kami

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

April 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 29
  • 15
  • 626,084