Firma arkitek terkemuka, Bjarke Ingels Group (BIG) telah dipilih sebagai salah satu finalis bersama-sama dengan DLR Group, Frank Gehry Partners, Quinn Evans, dan Perkins&Will bagi pertandingan merekabentuk Muzium Negara Tentera Laut Amerika Syarikat yang baru. Tujuan pertandingan itu adalah untuk mewujudkan sebuah muzium moden yang boleh diakses oleh Veteran Tentera Laut dan dalam masa yang sama dibuka kepada orang ramai. Ia juga sebagai peringatan kepada warisan Tentera Laut Amerika Syarikat, pusat pendidikan dan tempat untuk mengadakan beberapa acara kebudayaan.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Projek itu merangkumi sebuah bangunan baru, laman istiadat dan kerja-kerja pengubahsuaian kepada bangunan sedia ada di tapak tersebut. Rekabentuk itu merujuk kepada 6 elemen bangunan yang utama iaitu bentuk bangunan, pintu masuk utama, Arium, ruangan galeri, laman penghormatan dan penggunaan artifak mikro.

Projek ini akan dibina di atas tanah seluas 270,000 kaki persegi dengan 100,0000 kaki persegi merupakan ruang galeri. Tapak projek itu akan berada bersebelahan dengan Washington Navy Yard.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Rekabentuk BIG mencerminkan konteks sejarah Navy Yards disebelahnya melalui penggunaan sekala, bahan dan butiran yang diilhamkan daripada kapal Tentera Laut. Dalam rekabentuknya, vitrin besar disediakan yang mana bentuknya mengarah ke jalan awam bagi membolehkan orang awam yang melalui jalan itu dapat melihat koleksi artifak muzium yang diletakkan di dalam bangunan itu. Ciri itu sekaligus untuk menarik minat ramai pengunjung untuk datang dan melihat sendiri koleksi dan maklumat sejarah ketenteraan laut.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Dalam pengumuman awalnya pada Disember 2022, sebanyak 80 firma arkitek telah menunjukkan minat untuk menyertai petandingan itu. Daripada jumlah itu, sebanyak 37 firma arkitek telah menyerahkan penyertaan dan akhirnya, sebanyak 5 firma arkitek telah dipilih sebagai finalis.

Idea dan konsep rekabentuk yang dipilih itu akan dipamerkan kepada umum.


Sumber – Archdaily

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

April 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 16
  • 16
  • 623,796