Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merobohkan struktur tambahan yang dibina tanpa kebenaran melibatkan 13 premis di Bandar Puteri 2/3, Puchong.

Dalam kenyataan MBSJ, semua premis itu didapati telah menutup keseluruhan permukaan longkang lorong yang menyebabkan pihaknya mengambil tindakan dengan melakukan perobohan.

“Tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Seksyen 46 dan Seksyen 70 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) melibatkan kesalahan mendirikan struktur atau halangan di tempat awam tanpa kebenaran.

“MBSJ telah meruntuhkan struktur serta binaan haram tersebut sebelum KDEB Waste Management (KDEBWM) menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang,” menurut MBSJ menerusi kenyataan.

Operasi itu melibatkan enam jabatan dalaman iaitu Jabatan Bangunan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pengurusan Alam Sekitar serta Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik.

Operasi tersebut turut disertai pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, KDEBWM dan Ahli Majlis MBSJ Zon 16, Yap Kok Weng.

MBSJ juga memaklumkan akan terus membuat pemantauan berkala di setiap kawasan komersial dan pemilik premis diminta tidak membuang sisa masakan ke dalam longkang serta tidak membina apa-apa struktur di atas permukaan longkang tanpa kebenaran.

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 29
  • 15
  • 626,084