UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Foto – DZ Creation Studio

54. Kehendak-kehendak am bebanan

(1) Dalam menentukan, bagi maksud-maksud Undang-Undang Kecil ini, beban-beban yang sesuatu bangunan akan dikenakan, beban kekal dan beban guna dan beban angin hendaklah dikira mengikut Bahagian ini: [Pindaan 2012]

Dengan syarat bahawa dalam hal di mana—

(a) beban guna sebenar yang sesuatu bangunan akan dikenakan melebihi beban guna yang dikira mengikut Bahagian ini, beban yang dikira sedemikian hendaklah digantikan dengan bahan yang sebenarnya; dan

(b) loji, jentera atau kelengkapan akan mengeluarkan efek dinamik yang luar biasa, beban guna yang dikira mengikut Bahagian ini hendaklah digantikan dengan apa-apa amaun yang lebih besar yang, sebagai beban statik, akan mengeluarkan tegasan-tegasan yang besar dan jenisnya lebih kurang sama seperti yang ditimbulkan secara dinamik.

(2) Dalam menentukan, bagi maksud-maksud Bahagian ini, beban-beban yang sesuatu bangunan akan dikenakan–

(a) beban kekal hendaklah dikira mengikut PM PE 1991-1-1 atau sebagaimana diperuntukkan selepas ini; [Pindaan 2012]

(b) beban guna hendaklah dikira mengikut PM PE 1991-1-1 atau sebagaimana diperuntukkan selepas ini: [Pindaan 2012]

Dengan syarat bahawa, jika sesuatu beban guna sebenar melebihi atau mungkin melebihi beban yang dikira sedemikian, beban yang dikira sedemikian itu hendaklah digantikan dengan beban sebenarnya; dan

(c) beban angin hendaklah dikira mengikut PM 1553. [Pindaan 2012]

(3) Dipotong. [Pindaan 2012]


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian V, Kehendak-Kehendak Struktur, Undang-Undang Kecil No. 54, Kehendak-kehendak am bebanan.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Imej – Freepik

** Sekiranya terdapat pembetulan/tambahan/pindaan terhadap artikel di atas, sila maklumkan terus kepada kami melalui ruangan komen atau email.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 29
  • 15
  • 626,084