Alberni, bangunan menara yang direka oleh arkitek Jepun, Kengo Kuma & Associates telah siap dibina di Vancouver, Kanada. Bangunan menara itu berketinggian 43 tingkat terletak di bandar Vancouver dekat dengan kawasan perairan Coal Harbour.

Keunikan menara itu ialah bentuk melengkungnya yang bermula dari tingkat bawah ke atas dan kemudian ia melurus semula sehingga ke atas.

“Boolean scoops

Bentuk melengkung “Boolean scoops” pada bangunan itu direka supaya tidak mengganggu pemandangan kepada bangunan tinggi yang terdapat di sekitar menara itu. Dalam masa yang sama, rekabentuk itu juga membenarkan lebih pencahayaan dan pengudaraan semula jadi ke dalam bangunan itu sendiri terutamanya di bahagian melengkung.

Menurut KKAA, rekebantuk menara itu juga adalah merujuk kepada latar belakang Vancouver itu sendiri yang terkenal dengan kepadatan bangunan tinggi berkaca.

Kelainan

Katanya, kekuatan bangunan tinggi di Vancouver ialah keseragaman. Bagaimana pun, ia adalah peluang terbaik kepada arkitek Jepun itu untuk mencipta kelainan dengan ‘kaca’ bukan keutamaan kepada rekabentuk tetapi logam dan kayu.

“Menara ini tidak menggunakan kaca sebagai bahan penentu jisim, dan lebih kepada kepungan praktikal – iaitu, untuk reka bentuk, kaca itu secara konseptual ‘tidak ada'”. Kata Kengi Kuma.

Struktur beam yang melengkung ke aras tanah dari atas menyediakan ruang separa tertutup sebagai ruang amfiteater dan taman. Ruang itu juga dilindungi oleh sirip balkoni yang disusun dari bahagian yang melengkung terus ke aras bawah.

Lobi Masuk

Arkitek Kuma menambah yang ruang separuh tertutup itu juga bertindak sebagai lobi masuk ke bangunan itu. Di ruang amfiteater atau lobi masuk itu juga dihias dengan tiang bersalut kaca. Di atas amfiteater terdapat arca yang digantung untuk menyerupai kigumi, sebuah karya seni kayu Jepun. Arca itu pula diperbuat daripada aluminium yang kelihatan seperti kayu.

Rekabentuk oleh Arkitek Kuma ini selaras dengan hasil kerjanya sebelum ini yang berjaya menunjukkan bangunan besar boleh dibangunakn daripada satu siri kepingan kecil.

Kuma mengasaskan studio arkiteknya pada 1990. Salah satu projeknya yang terdapat di Malaysia ialah Hyatt Centric Kota Kinabalu.

Sumber

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 18
  • 18
  • 623,798