Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian memaklumkan bahawa Pusat Bandar Seksyen 52 telah dipilih sebagai lokasi pengisian bagi program membangunkan Kota Seni.

Program itu bertujuan untuk meningkatkan penglibatan sektor ekonomi kreatif tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

IMEJ – DZ CREATION | SEKSYEN 52 VIA GOOGLE MAP

Pusat bandar itu akan dijadikan sebagai ‘one stop centre’ kepada peminat seni sebagai aset besar yang perlu dimaksimumkan. Dalam masa yang sama dapat membantu meningkatkan kualiti warga Bandaraya Petaling Jaya, katanya.

“Saya difahamkan, tahun ini juga merupakan tahun kedua penganjuran majlis perasmian sempena sambutan ke-17 Bandaraya Petaling Jaya dan diadakan secara besar-besaran.

“Seperti penganjuran tahun lalu, Pusat Bandar Seksyen 52 sekali lagi dijadikan sebagai lokasi utama selaras dengan hasrat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menceriakan dan mewarnai pusat bandar ini.

“Keceriaan tersebut diwarnai melalui pelbagai aktiviti sosial dan kesenian seterusnya mempertingkatkan kualiti fizikal bandar terutamanya di pusat bandar ini,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-17 Petaling Jaya di Laman MBPJ pada Sabtu.

Beliau turut yakin dengan penganjuran program seperti itu bakal menarik minat lebih banyak sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan peniaga-peniaga tempatan untuk turut serta.

“Ini seterusnya dapat mempromosikan produk pelancongan dan perkhidmatan yang ada di Petaling Jaya ke peringkat kebangsaan dan global,” tambahnya lagi.

Sumber

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 33
  • 26
  • 623,813