UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Beban ampaian dalam merujuk kepada beban yang diletakkan di atas bangunan struktur utama. Apabila merancang bangunan, pembasian wajar atau penyebaran beban hendaklah dilakukan dalam reka bentuk kekuda bumbung atau bahagian-bahagian struktur utama lain yang menyangga bumbung.

Menurut UBBL1984, UUK 66, beban ampaian dalam di atas bangunan struktur utama menegaskan bahawa dalam merancang kerangka atap atau elemen struktur utama lain yang menopang atap, perlu memasukkan pengiraan beban seperti peralatan pemanas, pencahayaan dan pengudaraan, saluran perkhidmatan, sistem perpaipan cecair dan gas serta beban-beban untuk pengendalian dan penyelenggaraan.

Tujuannya adalah untuk memastikan pengiraan beban bagi rekabentuk struktur yang disediakan dapat menyokong atap yang mampu menahan beban tersebut dengan baik dan tidak menyebabkan kerosakan atau kegagalan pada struktur.

Merujuk kepada UBBL 1984, Bahagian V, UUK 66, Beban ampaian dalam di atas bangunan struktur utama adalah seperti berikut:

66. Beban ampaian dalam di atas bangunan struktur utama

Pembasian wajar hendaklah dibuat dalam rekabentuk kekuda bumbung atau bahagian-bahagian struktur utama lain yang menyangga bumbung, bagi berat kelengkapan pemanas, pencahayaan dan pengudaraan, sesalur perkhidmatan, paip bagi cecair atau gas, angkut-angkut berjentera atau alat pengeluaran dan jalan kaki lima atas bagi pemeriksaan dan penyenggaraan, mengikut mana yang berkenaan.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian V, Kehendak-Kehendak Struktur, Undang-Undang Kecil No. 66, Beban ampaian dalam di atas bangunan struktur utama.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Sumber imej

** Sekiranya terdapat pembetulan/tambahan/pindaan terhadap artikel di atas, anda boleh memaklumkan terus kepada kami melalui ruangan komen atau email.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 28
  • 14
  • 626,083