5 Arkitek Terkenal Di Dunia – Part 1

5 Arkitek Terkenal Di Dunia

Secara amnya, arkitek merupakan kerjaya profesional yang bertanggungjawab dalam merancang, merekabentuk dan juga yang terlibat di dalam bidang pembinaan. Sebenarnya, dari segi skop kerjanya itu terlalu luas, asalkan ianya berkaitan dengan bidang pembinaan. 

Ada banyak arkitek di dunia ini yang telah wujud sejak dari dulu lagi termasuk juga di dalam negara kita. Ada diantaranya sangat terkenal kerana peranan dan pengaruh mereka yang sangat besar dalam dunia senibina. 

Berikut adalah 5 arkitek yang terkenal di dunia. 

1. Frank Lloyd Wright.

Frank Llyod Wright Image source

Frank Lloyd Wright merupakan seorang arkitek warga Amerika yang dilahirkan pada 8 Jun 1867, di Richland Center, Wisconsin. Selepas pengajiannya, beliau menjadi ketua pembantu arkitek Louis Sullivan. Frank Lloyd Wright kemudian mengasaskan firmanya sendiri dan mengembangkan gayanya tersendiri. Beliau bersungguh-sungguh mengaplikasikan “organic architecture” dalam setiap rekabentuk rumah dan juga rekabentuk bangunan komersialnya. 

Image source

Senibinanya yang terkenal ialah ‘Fallingwater’ atau Kaufmann Residence yang direka pada tahun 1935. Beliau juga diperakui sebagai arkitek yang terkenal di era modern. Beliau meninggal dunia pada 9 April 1959. 

2. Frank Gehry

Frank Gehry Image source

Frank Gehry merupakan seorang arkitek warga Kanada-Amerika yang dilahirkan d Toronto, Canada pada 28 February 1929 dan kini usianya telah mencecah 88 tahun. Beliau menuntut di University of Southern California dan juga Harvard University. Beliau merupakan salah seorang arkitek yang paling terkenal pada abad ke-20 dan juga dikenali kerana rekabentuknya yang berani, postmodern dan juga rekabentuk diluar daripada kebiasaan.

Senibinanya yang paling terkenal termasuklah Walt Disney Concert Hall di Lost Angeles dan Muzium Guggenheim di Bilbao, Sepanyol.

Walt Disney Concert Hall Image source

3. Antoni Gaudí

Antoni Gaudí Image source

Antoni Gaudí lahir pada 25 Jun 1852 adalah seorang arkitek dari Reus, Catalonia, Spanyol. Dia adalah pengamal senibina atau arkitek terbaik dalam Catalan Modernisme. Hasil kerja Antoni Gaudí mempunyai gaya yang sangat individual dan tersendiri. Beliau menghabiskan seluruh kariernya di Barcelona ​​di mana tempat dia telah membina semua projeknya. Projeknya yang paling terkenal pada tahun 1883 ialah binaan La Sagrada Familia, yang mana projek ini masih lagi dalam pembinaan sehingga ke hari ini. Gaya senibinanya ialah campuran elemen Baroque, Gothic, Moorish dan Victorian yang sering menampilkan karya jubin hias, dan menggambar bentuk-bentuk yang berkait dengan alam semulajadi.

La Sagrada Familia Image Source – Wiki by Bernard Gagnon
Casa Milà (La Pedrera) Image Source

Pengaruh senibinanya yang dapat dilihat di tiang-tiang yang seakan-akan pokok yang memegang bahagian dalam bangunan gerejanya serta fasad atau pandangan luar yang seolah beralun-alun yang merupakan salah satu ciptaannya yang terkenal iaitu sebuah blok apartemen yang dikenali sebagai Casa Milla. Hasil kerjanya banyak dipengaruhi dengan elemen senibina, alam semulajadi dan agama. Beliau juga menjadikan perincian setiap senibinanya dengan kerja-kerja halus seperti ceramic, kaca berwarna, besi dan juga pertukangan. Beliau juga banyak memperkenalkan teknik baru dengan menggunakan bahan sisa-sisa buangan. Beliau meninggal pada 10 Jun 1926 di usianya 73 tahun. Tonton video ini 

4. Le Corbusier

Le Corbusier image source

Charles-Édouard Jeanneret, atau dikenali sebagai Le Corbusier lahir pada 6 Oktober 1887. Beliau adalah adalah seorang arkitek, pelukis, perancang, perancang bandar, penulis, dan juga merupakan salah seorang pelopor kepada seni bina moden. Beliau dilahirkan di Switzerland dan menjadi warganegara Perancis pada tahun 1930. Kerjaya beliau berkembang selama lima dekad dan beliau telah merekabentuk bangunan-bangunan di Eropah, Jepun, India, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Beliau didedikasikan untuk menyediakan keadaan kehidupan yang lebih baik untuk penduduk bandar yang ramai dan terlalu sesak, Le Corbusier berpengaruh dalam membuat perancangan bandar, dan merupakan anggota pengasas Congrès International d’Architecture Moderne (CIAM). Le Corbusier menyediakan pelan induk untuk bandar Chandigarh di India, dan menyumbang reka bentuk khusus untuk beberapa bangunan di sana.

Pada 17 Julai 2016, 17 projek oleh Le Corbusier di 7 negara telah tercatat di dalam senarai tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai “an Outstanding Contribution to the Modern Movement”

Antara senibinanya yang terkenal,

The Villa Savoye in Poissy (1928–1931) image source
The Chapelle of Notre-Dame-du-Haut in Ronchamp (1950–1955) image source

5. Santiago Calatrava

Santiago Calatrava Image source

Santiago Calatrava Valls lahir pada 28 Julai 1951 adalah seorang arkitek, jurutera struktur, pengukir dan pelukis Sepanyol yang terkenal dengan senibina jambatannya yang disokong oleh pylons yang condong. Stesen keretapi, stadium dan muzium yang bentuknya menyerupai organisma hidup.

Antara hasil senibinanya yang terkenal ialah Muzium Seni Milwaukee, menara Turn Torso di Malmö, Sweden, Margaret Hunt Hill Bridge di Dallas, Texas, dan projek terbesarnya, City of Arts and Sciences dan Opera House, di tempat kelahirannya iaitu di Valencia . Firma arkiteknya juga terdapat di New York City, Doha, dan juga Zürich.

Beliau merupakan seorang arkitek dan juga seorang jurutera berbangsa Sepanyol yang mendapat pendidikan dalam jurusan senibina di Polytechnic University of Valencia dan melanjutkan pengajiannya di Swiss Federal Institute of Technology untuk ijazah keduanya dalam Civil Engineering. 

Antara projeknya yang terkenal ialah The Milwaukee Art Museum, Velodrome for 2004 Summer Olympics, Athens, The City of Arts and Sciences in Valencia, Palace of the Arts in Valencia, Liege-Guillemins railway station, Liege, Belgium. 

The Milwaukee Art Museum in Milwaukee, Wisconsin (1994–2001) image source
Velodrome for 2004 Summer Olympics, Athens (2004) image source
The City of Arts and Sciences in Valencia, Spain (1991–2006) image source

6. César Pelli (Extra)

César Pelli Image source wiki – By Casa Rosada (Argentina Presidency of the Nation), CC BY-SA 2.0

César Pelli, merupakan pengasas Pelli Clarke Pelli Architects, adalah seorang arkitek Amerika-Argentina yang telah merekabentuk beberapa bangunan tertinggi di dunia dan juga bangunan mercu tanda bandar-bandar utama. Antara sumbangan senibinanya yang terkenal termasuklah Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur – Petronas Twin Tower (KLCC Tower) dan Pusat Kewangan Dunia di New York City. Beliau digelar sebagai salah satu arkitek paling berpengaruh pada tahun 1991 dan dianugerahkan Pingat Emas AIA pada tahun 1995. Beliau lahir pada 12 Oktober 1926 di San Miguel de Tucumán, Argentina. 

Petronas Twin Tower Image By Ramil Sagum

Nota: Sumber Wikipedia, TimeOut