Mengkaji Ruang Bilik Tidur Dengan Keluasan 10×10 Kaki

Bilik tidur sudah tentulah salah satu ruang yang amat penting untuk tujuan privasi selain juga sebagai tempat berehat dan tempat tidur. Dalam pada itu, sudah tentu kita mahu memastikan bilik itu berada dalam keadaan baik dan selesa. Ketika membuat rumah, antara perkara yang perlu diambil berat ialah bilik tidur. Apakah saiz yang paling sesuai untuk sebuah bilik dalam sesebah rumah selain daripada bilik tidur utama (Master Bedroom). Adakah ukuran 10×10 kaki atau 11×11 kaki atau 12×12 kaki? Bagaimana pula jika anda sudah pun memiliki rumah yang sudah siap yang memiliki bilik tidur berukuran 10×10 kaki persegi.

Di dalam posting ini, saya membuat lakaran dan kajian ringkas berkenaan dengan sebuah bilik tidur dengan ukuran 10×10 kaki. Adakah ruang ini sesuai atau tidak adalah bergantung kepada penilaian anda. Di dalam studi ini juga saya menggunakan katil jenis ‘queen size’ iaitu dengan anggaran ukuran 1.5 meter x 2.0 meter.

Studi ruang ini juga dengan tujuan memberi sedikit pemahaman bagaimana satu-satu ruang itu mahu digunakan.

Kita mulakan dengan Layout 1.1

Layout 1.1

Sebagai pengenalan, layout 1.1 di atas adalah sebuah bilik dengan keluasan 10×10 kaki persegi. Ukuran yang tunjukkan di atas adalah di dalam ukuran millimeter. Supaya anda tidak terkeliru dengan ukuran sebuah bilik, saya berikan sedikit penerangan tentang ukuran tersebut. 3050mm (10 kaki) ialah ukuran dari tengah-tengah dinding hingga ke tengah-tengah dinding seterusnya. Ini bermakna ukuran sebenar ruang dalam sebuah bilik adalah kurang daripada itu iaitu sekitar 2900mm (9’-6”). Ukuran ini pula diambil dari dinding ke dinding. Manakala ukuran pintu pula ialah 3 kaki atau lebih mudah dengan ukuran 900 mm.

Layout 1.2

Di dalam layout 1.2 menunjukkan sebuah katil ukuran ‘queen size’ disusun di tengah-tengah bilik dan kepala katil pula diletakkan rapat ke dinding. Kedudukan seperti ini lebih selesa jika anda tidak berniat meletakkan rak pakaian atau meja solek. Ruang yang tinggal untuk kedua-dua bahagian kiri dan kanan katil ialah 700 mm atau 0.7 meter. Di hadapan katil pula sebanyak 800 mm.

Layout 1.3

Di dalam layout 1.3 di atas, kedudukan katil masih di kedudukan yang sama. Kita andaikan dengan meletakkan rak pakaian di kedudukan seperti layout di atas. Ukuran ruang atau rak pakaian itu kita andaikan 500 mm atau 0.5 meter. Maka, ruang yang tinggal untuk laluan hadapan katil anda ialah 1 kaki atau 300 mm atau 0.3 meter. Ruang laluan 300 mm atau 0.3 meter ini terlalu kecil dan tidak selesa. Tetapi, di kiri dan kanan anda masih mempunyai ruang yang agak selesa iaitu sekitar 700 mm atau 0.7 meter.

Bagaimana pula jika ruang pakaian diletakkan di ruang seperti di dalam layout 1.4 di bawah. Ruang yang tinggal untuk laluan ialah 300 mm atau 0.3 meter. Apatah lagi jika anda meletakkan almari pakaian. Keadaan akan menjadi lebih tidak selesa. Cadangan rak yang sesuai ialah rak pakaian gantung jenis terbuka. Contohnya anda boleh cari seperti rak di IKEA salah satunya model Mulig

Layout 1.4

Ruang solekan pula diandaikan berada di hadapan katil sekitar 300mm atau 0.3 meter. Lihat layout 1.4 di atas. Ruang yang tinggal untuk laluan ialah sekitar 500 mm atau 0.5 meter. Laluan hadapan katil yang tinggal agak sedikit selesa. Manakala ruang kiri agak selesa iaitu sekitar 2 kaki atau 600 mm atau 0.6 meter.

Layout 1.5

Kita ubah pula kedudukan seperti di dalam layout 1.5 di atas. Katil di anjak sedikit ke kanan untuk ruang laluan yang sedikit selesa di bahagian rak pakaian dengan kelebaran sekitar 450 mm atau 0.45 meter. Seperti sebelumnya, rak pakaian yang dicadangkan ialah rak pakaian terbuka. 

Layout 1.6

Agak sukar untuk kita mengenalpasti ruang terbaik berdasarkan kepada lakaran awal. Anda boleh cuba mengubah kedudukan katil seperti layout 1.6 di atas. Daripada layout 1.6 di atas, kelihatan ruang laluan pakaian, laluan ruang solekan dan laluan hadapan katil berada pada posisi yang agak selsesa. Apatah lagi selepas anda membuka pintu bilik, anda masih ada ruang yang cukup baik untuk laluan. Ukuran adalah seperti di dalam layout 1.6 di atas. Ruang yang tinggal di kanan katil itu boleh dianggap sebagai ruang kurang aktif tetapi anda masih boleh bergerak walaupun dalam keadaan yang sangat minima.

Layout 1.7

Kita lihat pula jika katil dirapatkan terus ke dinding seperti di dalam layout 1.7 di atas. Anda dapat laluan ruang pakaian yang selesa iaitu sekitar 900 mm atau 0.9 meter atau sekitar 3 kaki lebar. Untuk ruang solekan pula anda boleh gunakan hadapan katil dengan ruang laluan yang tinggal sekitar 500 mm atau 0.5 meter. Manakala laluan masuk dari pintu masuk bilik juga agak selesa.

Layout 1.8

Layout 1.8 di atas, bahagian kiri katil dirapatkan terus ke dinding. Susunan di dalam layout 1.8 di atas, anda mempunyai ruang laluan yang selesa untuk kedua-dua ruang rak pakaian dan rak solekan iaitu sekitar 900 mm atau 0.9 meter. Laluan hadapan katil juga agak selesa iaitu sekitar 800 mm atau 0.8 meter.

Layout 1.9

Sekiranya anda merapatkan katil ke kanan seperti layout 1.9 di atas, anda mempunyai ruang 3 kaki atau 900 mm atau 0.9 meter untuk laluan rak pakaian. Oleh kerana ada pintu bilik, maka ruang solekan diubah ke hadapan katil tetapi ruang laluan agak sedikit selesa dengan 500 mm atau 0.5 meter. Anda boleh cuba menghadkan rak pakaian dan meletakkan ruang solekan di sebelah rak pakaian. Jadi, ruang laluan hadapan katil lebih selesa dengan kelebaran sebanyak 800 mm  atau 0.8 meter. Selain itu, anda boleh cuba meletakkan rak pakaian dan rak solekan dengan membuat bentuk ‘L’ seperti layout 1.9.1 di bawah. 

Layout 1.9.1

Kita berbalik semula kepada layout 1.2. Tetapi kali ini kita ubah sedikit susunan rak pakaian dan rak solekan seperti di dalam layout 1.2.1 di bawah.

Layout 1.2.1

Rak pakaian dan rak solekan di dalam layout 1.2.1 di atas di letakkan di bahagian kepala katil iaitu di sebelah kiri dan kanan katil dengan anggaran kelebaran sekitar 700 mm atau 0.7 meter. Agak sedikit terhad tetapi anda ada ruang untuk meletakkan pakaian dan alat solekan. 

Daripada kesemua layout di atas ini, bolehlah buat sedikti kajian bagaimana dan apakah yang anda boleh lakukan jika anda ingin membina ruang bilik tidur dengan ukuran 10×10 kaki atau anda sudah pun mempunyai ruang bilik tidur dengan keluasan 10×10 kaki. Layout-layout di atas adalah sebagai rujukan dan sebagai untuk memahami bagaimana ruang itu dapat digunakan. Ia juga bergantung kepada jenis perabut yang anda mahu letakkan dan bagaimana anda menyusunnya nanti. Terserah kepada kreativiti anda.