Sketchup Tutorial : Pengenalan – Part 1 : Toolbar dalam Sketchup

Di dalam tutorial pengenalan ini menggunakan program sketchup tahun 2019.

Sebagai pengenalan, Sketchup merupakan salah satu program atau perisian yang membolehkan pengguna membina objek 3D dengan lebih mudah. Ia juga banyak digunakan terutamanya dalam industri pembinaan seperti di dalam bidang senibina atau architecture. Boleh dikatakan hampir semua mereka yang berada di dalam bidang senibina menggunakan program Sketchup untuk menyediakan rekabentuk dalam bentuk 3D. Rekabentuk 3D amat penting di dalam dunia senibina kerana ia salah satu cara untuk membantu memberi kefahaman kepada klien tentang sesuatu rekabentuk atau lakaran 2D yang telah dilakukan.

Menggunakan program Sketchup banyak menggunakan fungsi mouse. Tanpa, mouse anda tidak dapat menggunakan ciri-ciri di dalam program Sketchup ini sepenuhnya.

Memulakan sketchup dengan memilih template.

Pilih Architectural milimeter (mm). Boleh pilih mengikut unit yang biasa digunakan. Di dalam ini unit milimeter (mm) adalah dipilih.

Rajah 1

Selepas pilih template, anda akan dibawa ke bahagian ‘layout’ kosong seperti Rajah 2 di bawah. Yang ada hanya figura manusia. Daripada sini anda boleh memilih ‘tool’ yang anda mahu untuk memulakan objek 3D anda.

Rajah 2

Toolbar

Di dalam layout ini, Toolbar berada di bahagian atas. (Lihat Rajah 3)

Rajah 3
Rajah 4

Di dalam rajah 4 di atas menunjukkan tool asas yang terdapat dalam layout sketchup. (Nombor sebagai petunjuk untuk penerangan di bawah) – Video tutorial pengenalan Toolbar di bawah.

Penerangan Toolbox

  1. Selection tool – Biasanya digunakan untuk memilih permukaan, line atau objek
  2. Eraser tool – Untuk memadam line.
  3. Line tool – Untuk membuat garis lurus. Di bawah Line tool terdapat Freehand tool
  4. Arc Tool – Untuk membuat bentuk lengkok atau bentuk bulatan. Di bawah Arc Tool ada 3 lagi tool. Iaitu, 2 Point tool, 3 Point tool dan Pie tool
  5. Rectangle tool – Membuat bentuk segi empat. Di bawahnya ada 3 tool iaitu, Rotated Rectangle tool, Circle tool dan Polygon tool.
  6. Push/Pull tool – Untuk membuat bentuk atau objek 3D
  7. Offset tool – Membuat salinan garisan asal yang seragam pada jarak tertentu.
  8. Move tool – Untuk menggerakkan objek atau line atau permukaan
  9. Rotate tool – Untuk memutarkan objek atau line atau sebarang permukaan
  10. Scale tool – Untuk membesarkan objek
  11. Tape measure tool – Digunakan untuk mengukur objek atau jarak
  12. Text tool – Untuk membuat sebarang teks di mana sahaja
  13. Paint tool – Digunakan untuk mewarnakan objek atau permukaan
  14. Orbit tool – Digunakan untuk memutarkan sudut pandangan 3D
  15. Pan tool – Untuk mensorotkan pandangan 3D
  16. Zoom tool – Untuk zum objek atau pandangan
  17. Zoom extents tool – Zum kembali ke ruangan kerja
  18. 3D warehouse – Untuk membawa masuk objek atau model di 3D warehouse ke dalam ruangan kerja anda
  19. Extension warehouse – Untuk menambah ciri-ciri lain ke dalam sketchup

Video

Tutorial Sketchup – Pengenalan Toolbar dalam Sketchup

Anda boleh gunakan Scroll Wheel pada mouse untuk zoom in atau zoom out pandangan dalam Sketchup. Klik Scroll Wheel dan tahan untuk menggunakan fungsi Orbit tool untuk memutarkan objek dalam pandangan 3D.

Rajah 5