AMD Ryzen APU Untuk Architect Bajet Rendah

Seorang arkitek dan architecture student selalu mengimpikan sebuah studio yang lengkap dengan komputer berkuasa tinggi. Tapi untuk memiliki semua itu memerlukan bajet yang tinggi. Untuk sebuah komputer berkuasa tinggi harganya saja yang minimum sudah melebihi RM4000. Bermula dengan processor, ram, hard disk, grafik kad dan monitor memerlukan belanja yang besar barulah komputer anda sudah mampu menjalankan kerja dengan lancar. Untuk menjalankan software architecture, grafik kad memang sangat diperlukan dan ia memainkan peranan yang sangat besar.

Tetapi, jika kekurangan budget, anda masih boleh memiliki sebuah komputer yang agak baik dengan Processor AMD Ryzen APU. Processor jenis ini sudah dilengkapkan dengan teknologi grafik di dalamnya yang mana anda tidak perlu bimbang tentang grafik kad lagi. Sebagai permulaan, anda boleh mulakan dengan AMD Ryzen 3 2200G dengan Radeon Vega 8 Graphic. Harganya sekitar RM400 di pasaran. Walaupun Intel juga mempunyai processor dengan integrated grafik seperti Intel HD Graphic atau UHD graphic tetapi AMD Ryzen APU ini jauh lebih baik berbanding dengan Intel HD Graphic. Banyak review di youtube telah membuktikan bahawa AMD Ryzen APU jauh lebih baik untuk menjalankan software gaming. Software gaming boleh dijadikan penanda aras untuk menjalankan mana-mana software architecture. 

image via AMD

Studio kami juga sudah mencuba AMD Ryzen APU (Ryzen 3 2200G) untuk menjalankan software architecture, disokong dengan 8GB RAM DDR4 2400MHZ. Setakat ini, semua software yang kerap digunakan berjalan dengan lancar seperti software Autocad 2017, Sketchup 2018, Adobe Photoshop 2017 dan 3Ds Max 2018.

image via google

Untuk gaming software pula, tiada masalah bagi Ryzen APU AMD Ryzen 3 2200G untuk menjalankan game FIFA 18, NFS Payback, GRID 2 dan GTA 5. Cuma, kualiti grafik bagi GTA 5 tidaklah sebagus jika anda menggunakan grafik kad tambahan yang lain. 

Kelemahan

Dalam kebanyakannya software architecture yang dicuba, AMD Ryzen 3 2200G ada sedikit masalah dengan software Lumion. Lumion boleh dijalankan tetapi agak perlahan. Dari segi skor frame rates nya juga kurang daripada 10 fps. Siri Ryzen APU yang lain tidak dapat dipastikan pula tahap performannya. 

image via imgflip.com

Kalau untuk projek kecil seperti projek rumah banglo atau projek yang bersekala kecil, bolehlah dipertimbangkan. Tetapi jika untuk projek yang bersekala besar, sistem komputer anda memang memerlukan sokongan grafik kad yang lain untuk menjadikan software Lumion ini beroperasi dengan lebih lancar. Apapun, sejujurnya, AMD Ryzen APU (Ryzen 3 2200G) masih boleh menjalankan software Lumion dan juga dapat menghasilkan render grafik 3D yang agak baik.

image via imgflip.com

Selain prosesor, perkara lain yang perlu dipertimbangkan ialah RAM dan Hard disk. RAM bagi prosesor jenis APU ini, wajib memiliki sekurang-kurangnya 8GB RAM. Memandangkan prosesor APU tidak mempunyai memory-nya sendiri, ia akan ‘meminjam’ RAM yang ada dalam sistem komputer anda. Jika sistem komputer anda mempunyai 4GB RAM, ia akan jadi sekitar 3GB RAM. 3GB RAM tidak cukup untuk menjalankan software architecture kerana ia akan jadi terlalu berat dan terlalu perlahan. Sebab itu, 8GB RAM adalah sangat dicadangkan untuk keperluan yang paling minimum bagi sebuah komputer untuk menjalankan software architecture yang terkini. 

Bagaimana dengan kosnya? Kos untuk prosesor APU Ryzen ini ialah sekitar RM400¹ untuk siri AMD Ryzen 3 2200G. Kelebihannya, anda tidak perlu mendapatkan grafik kad lagi kerana Ryzen jenis APU ini sudah dilengkapkan dengan Radeon Vega Graphic. Paling tidak pun, bagi tempoh 2 hingga 3 tahun lagi, ia masih relevan. Terutamanya untuk kegunaan Autocad, Photoshop dan Sketchup. Dengan bajet seperti ini, tak bolehlah nak expect lebih, kan?

Di lain masa, anda masih boleh ‘upgrade’ grafik kad yang lain ke dalam sistem komputer anda seperti GTX 1050 atau Radeon RX560 untuk prestasi yang lebih baik.

Spesifikasi untuk AMD RYZEN 3 2200G
AMD Ryzen 3 2200G with Radeon Vega 8 Graphics

Specifications

  • CPU Cores: 4
  • Threads: 4
  • GPU Cores: 8
  • Base Clock: 3.5GHz
  • Max Boost Clock: 3.7GHz
  • Total L1 Cache: 384KB
  • Total L2 Cache: 2MB
  • Total L3 Cache: 4MB
  • Unlocked: Yes
  • CMOS: 14nm FinFET
  • Package: AM4
  • PCI Express Version: PCIe 3.0 x8
  • Thermal Solution: Wraith Stealth
  • Default TDP / TDP: 65W
  • cTDP: 46-65W
  • Max Temps: 105°C

Get AMD Ryzen 3 2200G from

 

 


¹ Harga setakat September 2018