10 Buah Bangunan Ikonik Terkenal Seluruh Dunia Yang Anda Mesti Lihat – Part 1

Mengembara merupakan salah satu cara untuk kita menimba pengalaman. Kita dapat mengamati perbezaan budaya, menikmati makanan tradisi yang enak, menghayati keindahan alam semulajadi dan sudah tentulah senibina bangunannya. Setiap destinasi mempunyai mercu tanda dan mempunyai senibina bangunan sama ada senibina baru atau senibina bangunan yang bersejarah. Bagi mereka yang gemar melihat gaya senibina di tempat-tempat tertentu, sudah tentu perjalanan pengembaraan mereka itu menjadi satu perjalanan yang sangat bermakna. Apatah lagi senibina yang terkenal dan bersejarah atau ikon kepada sesebuah negara atau suatu tempat. Sudah tentu, kebanyakan penggemar adalah dari kalangan mereka yang berada dalam industri senibina atau arkitek.

Selain daripada mengagumi kehebatan senibina tersebut, pengembara juga dapat mempelajari serta memahami gaya senibina yang telah ditonjolkan. Menikmati keindahan senibina merupakan suatu perkara yang cukup ‘mahal’. Lebih mahal daripada hotel 5 bintang.

1. Hagia Sophia, Istanbul Turkey

By Arild Vågen – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=24932378

Hagia Sophia terletak di Istanbul, Turkey. Asalnya adalah sebuah gereja yang kemudiannya ditukar menjadi sebuah masjid selepas kejatuhan Constantinople kepada empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fatih, pada tahun 1453.

  • Bahan : Ashlar, bata
  • Panjang : 82 m / 269 kaki
  • Lebar : 73 m / 240 kaki
  • Tinggi : 55 m / 180 kaki
  • Tarikh mula dibina : 532
  • Tarikh disiapkan : 537

2. Taj Mahal — Agra, India

© Yann Forget / Wikimedia Commons, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=36310839

Taj Mahal terletak di Agra, India. Dibina pada tahun 1632 oleh Maharaja Mughal Shah Jahan sebagai monumen peringatan untuk isterinya, Mumtaz Mahal dan ia siap dibina pada tahun 1648. Arkitek utama Taj Mahal ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal dikatakan contoh terbaik yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan dan gaya seni bina Islam. Selain masjid, terdapat juga makam, dewan, taman rekreasi menara tinjau dan sebagainya.

3. Great Pyramid of Giza, Mesir

By Ricardo Liberato – All Gizah Pyramids, CC BY-SA 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=2258048

Pyramid Giza merupakan salah satu daya tarikan paling terkenal di dunia. Ia terletak di Giza iaitu sebuah kawasan yang berdekatan dengan Bandar Kaherah. Terdapat 3 buah piramid iaitu Piramid Khufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure. Piramid Giza merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia yang sangat misteri.

Ia dibina dalam tempoh dua puluh tahun semasa pemerintahan Raja Khufu sekitar tahun 2589-2566 SM, juga dikenali sebagai Cheops. Ia juga merupakan struktur tertinggi yang diperbuat oleh tangan manusia sehingga siapnya Lincoln Cathedral, Lincoln, England pada tahun 1311 AD dan memegang rekod paling lama iaitu lebih 3800 tahun yang tidak mungkin dapat dipecahkan.

4. Acropolis Athens, Greece

By Carole Raddato from FRANKFURT, Germany – The Acropolis of Athens viewed from the Hill of the Muses, CC BY-SA 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=37881267

Acropolis Athens merupakan kompleks monumental Yunani purba yang dikatakan paling menarik dan lengkap yang masih wujud sehingga kini. Ukuran keseluruhannya ialah 170m x 350m dan terletak di atas bukit pada ketinggian 156m.

5. Westminster Abby, London, UK

By Σπάρτακος – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=26334184

Westminster Abby atau Collegiate Church of Saint Peter at Westminster ialah sebuah gereja yang besar di London, England. Ia merupakan bangunan keagamaan yang terkenal di United Kingdom. Dibina pada tahun 960.

  • Keluasan lantai : 32,000 kps / 3000 mps
  • Bilangan menara : 2
  • Ketinggian menara : 225 kaki / 69 meter

6. The Colosseum, Rome, Itali

By Diliff – Own work, CC BY-SA 2.5, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=2067974

The Colosseum atau Coliseum juga dikenali sebagai Amfiteater Flavian ialah sebuah pusat amfiteater di tengah-tengah kota Rom , Itali. Ia mula dibina oleh Vespasian, Titus sekitar tahun AD 70 dan selesai pada tahun AD 80. Pengubahsuaian lanjut dibuat semasa pemerintahan Domitian AD 81-96.

Ia digunakan untuk pertandingan gladiatorial, perburuan binatang , hukuman mati, enakmen pertempuran terkenal, dan drama berdasarkan mitologi klasik . Bangunan itu pernah ditutup untuk sebarang hiburan dan kemudian digunakan semula untuk tujuan seperti perumahan, bengkel, kubu dan sebagainya.

Walaupun banyak kerosakan Colosseum ini masih menjadi simbol ikon empayar Rome dan disenaraikan sebagai salah satu 7 Perkara Ajaib di Dunia. Ia kini merupakan daya tarikan pelancong paling popular di Rome, Itali

7. Forbidden City, Beijing, China

By Pixelflake – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=19989908

The Forbidden City adalah kompleks istana di pusat bandar Beijing, China. Ia menempatkan Muzium Istana , dan merupakan bekas istana Maharaja China dari dinasti Ming hingga akhir dinasti Qing iaitu tahun 1420 hingga 1912. The Forbidden City dijadikan sebagai rumah maharaja dan keluarga mereka. Ia juga sebagai pusat politik dan pusat istiadat kerajaan China untuk hampir 500 tahun

  • Dibina sekitar 1406 hingga 1420
  • Terdiri daripada 980 bangunan
  • Meliputi 72 hektar (lebih 180 ekar).

Istana ini membuktikan seni bina tradisional Cina, dan telah mempengaruhi perkembangan budaya dan seni bina di Asia Timur dan di tempat lain. Pada tahun 1987, ia telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai koleksi terbesar struktur kayu purba di dunia.

8. Sagrada Familía, Barcelona, Spain

By C messier – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=62257455

The Basílica de la Sagrada Família atau dikenali sebagai Sagrada Família , adalah sebuah basilika kecil Roman Katolik di Barcelona, Catalonia, Sepanyol. Arkiteknya ialah Antoni Gaudí (meninggal pada tahun 1926) sebagai ketua Arkitek yang menggantikan Arkitek Francisco de Paula del Villar yang meletak jawatan. Bangunan ini masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2026.

Antoni Gaudí mengubah projek itu dengan gaya seni bina dan kejuruteraannya, menggabungkan bentuk Gothic dan curvilinear Art Nouveau.

  • Arah fasad = Tenggara
  • Kapasiti = 9,000
  • Panjang = 90 m (300 kaki) [2]
  • Lebar = 60 m (200 kaki) [2]
  • Lebar ( nave ) = 45 m (150 kaki) [2]
  • Spire (s) = 18 (8 sudah dibina)
  • Ketinggian gelongsor = 170 m (560 kaki)

9. Dancing House, Prague, Republic Czech

By Bobby-John de Bot – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=81928777

The Dancing House atau Fred and Ginger, ialah nama yang diberikan kepada bangunan Nationale-Nederlanden di Prague, Republik Czech. Arkiteknya ialah Vlado Milunić dengan kerjasama arkitek Frank Gehry. Ia dibina pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1996.

10. Masjid Cordoba, Cordoba, Spanyol

By Timor Espallargas – Karya sendiri, CC BY-SA 2.5, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=724736

Masjid Cordoba asalnya ialah sebuah katedral Visigoth St. Vincent yang telah diubah menjadi masjid pada tahun 784 di bawah pimpinan Abd ar-Rahman I. Kemudian, masjid ini terus melakukan beberapa ubahsuai dan penambaikan. Antaranya memperbesarkan masjid dan membina ruangan mehrab. Selain ruangan solat dan mahkamah syariah, masjid dijadikan pusat pemerintahan Islam dan pernah menjadi pusat kegiatan dan aktiviti masyarakat.

Pada abad ke-16, masjid telah diubah semula menjadi katedral dan beberapa bahagian masjid telah diubah. Bagaimanapun, senibina Islam masih jelas kelihatan dan beberapa bahagian termasuk kaligrafi ayat-ayat al-Quran masih dikekalkan. UNESCO telah menetapkan Masjid Cordoba sebagai tempat yang sangat penting dan sangat bersejarah.