IKEA boleh beli online

Siapa yang tak kenal dengan IKEA. Boleh dikatakan kebanyakannya tahu siapa itu IKEA. Kalau bercakap tentang perabot atau nak hias rumah, mesti terlintaskan IKEA. Sikit-sikit IKEA. Ye tak?

Image via Wikipedia

Dulu. Nak pergi IKEA, ada satu je kat Damansara. Boleh kata berpusu-pusulah orang datang ke IKEA sebab nak beli perabot hias rumah. Yang jalan tengok-tengok saja pun ramai. 

 

Kemudian, IKEA menambah 1 cawangan baru di Cheras, KL. Masih juga jauh untuk kawan-kawan kita dari seluruh negara. Tapi, itu pun tetap ramai pengunjung yang datang ke IKEA yang baru tu. 

Alternatif lain, untuk pelanggan setia IKEA, boleh beli beberapa produk IKEA di laman web shopping online macam Shopee dan Lazada. Yang tu kebanyakannya penjual online yang jualkan tapi bolehlah dianggap sebagai wakil kita untuk belikan barang IKEA. Harga ada sikit berbeza kalau nak dibandingkan di IKEA sendiri. Cuma, barang yang dijual agak limit. Tapi, bolehlah sebab kalau yang jauh tu boleh jimatkan belanja untuk perjalanan kan?

Gambar sekadar hiasan

Selepas buka IKEA Cheras, IKEA buka 1 lagi gedung baru di Tebrau, Johor. Masa awal pembukaan, dia punya ramai memang tak terkawal. Mungkin ada yang dari Singapore turut sama ambil kesempatan. Seronok orang Johor dapat pergi IKEA kat Tebrau. 

Tak lama lagi giliran IKEA Penang pula yang dikatakan akan dibuka pada tahun 2019. Kalau Cheras dan Damansara jauh untuk orang utara dan pantai timur (Kelantan dan Terengganu) bolehlah selepas ni datang ke IKEA Penang. Makin dekat dah tu. Orang Kuantan dekat jer dengan KL kan? 

Terbaru, IKEA semakin dekat dengan pelanggan apabila menawarkan pembelian barang-barang IKEA secara online pula beserta dengan penghantaran. Maknanya, tak perlu lagi datang dari jauh untuk membeli perabot dan barangan hiasan dalaman. Layari IKEA.com

Penghantaran pula ditawarkan keseluruh negara dan terbahagi kepada 3 zon. Cajnya juga mengikut zon yang ditetapkan. Boleh semak mengikut poskod anda. Cuma, produknya tak pasti sama ada semuanya boleh beli online atau terpilih saja. Rasa-rasanya, semuanya boleh. 

Dengan kemudahan baru IKEA ni, pelanggan lebih mudah untuk beli barang IKEA. Tapi, sesetengah pelanggan lebih suka datang sendiri ke IKEA dan pilih produk yang mereka suka. Tengok design idea dan boleh test dulu. Dah jumpa barang yang nak dibeli lagi puas hati. Betul tak? Makan pun sedap. Ramai yang datang pun sebab nak makan kat IKEA jugak. Nak tapau pun boleh !