Membuat 3D Mudah Dengan SketchUp – Intro

SketchUp atau dulu dikenali sebagai Google Sketchup merupakan  software membuat model 3D yang banyak digunakan dikalangan arkitek, architecture student, interior designer, landskap designer, jurutera dan jurureka. SketchUp yang dimiliki oleh Trimble Inc. ini telah diperkenalkan sejak tahun 2000 lagi dan ia masih digunakan sehingga kini kerana ia sangat membantu arkitek dan designers membuat kerja-kerja dengan lebih mudah. Walaupun ia sangat mudah untuk digunakan tetapi ‘jasanya’ kepada arkitek dan designers sangat besar sekali. Dalam bidang architecture, membuat 3D amatlah penting untuk memberi kefahaman kepada klien bagaimana bentuk sesuatu bangunan itu terhasil. Dapat menunjukkan bagaimana bentuk 3D yang dihasilkan itu berhubung dengan objek lain seperti orang, pokok, kenderaan, jalanraya dan sebagainya. Sama ada dari pandangan luarannya dan juga ruang dalamannya. Ini kerana, menghasilkan bentuk 2D sahaja kurang membantu memandangkan tidak ramai yang mempunyai kemahiran memahami atau membaca lukisan pelan arkitek dengan betul. Malah, ada juga yang menganggap lukisan 2D itu sebagai tidak siap walaupun sudah lengkap kesemua pelan dan elevation kerana bagi anggapan sesetengah klien, apabila nampak bentuk 3D seperti bentuk bangunan yang sebenar, itulah yang dikatakan siap sebenarnya. Hmm, nak buat macam mana, kan? Tapi, bagus juga sebenarnya kerana proses kerja pun akan jadi lebih cepat, apatah lagi menghasilkan 3D pun semakin lama semakin mudah. Apabila klien mudah faham bagaimana bentuk bangunan mereka, maka semakin cepatlah proses membuat design tersebut. Terima kasih sangat tau.

image via wikipedia.com

Untuk pengetahuan anda, program SketchUp telah membuat banyak peningkatan dari tahun ke tahun sehinggalah ke hari ini. Beberapa ‘plug-in’ dan extension baru dapat dipasang ke dalam program ini untuk membantu meningkatkan lagi kualiti produk yang dihasilkan. Contohnya V-Ray. V-ray ialah program untuk membantu designer atau 3D modeller me-render 3D dari 3D SketchUp kepada 3D yang lebih cantik dan realistik.

 

SketchUp terdapat dalam beberapa versi. Ada versi percuma dan ada versi berbayar (Pro). Versi berbayar sudah tentu mempunyai banyak fungsi yang boleh digunakan berbanding versi percuma yang mana kegunaannya amat terhad. Kedua-duanya boleh di-download di Sketchup.com. Paling terbaru SketchUp Pro 2018.

SketchUp merupakan program 3D yang paling mudah untuk digunakan. Dengan sedikit pemahaman dan kajian sendiri, anda sudah boleh menggunakannya dan bebas menghasilkan bentuk 3D anda sendiri. Anda boleh membuat bentuk bersegi, bulat, membina bentuk bangunan, mencipta ruang dan sebagainya termasuk membuat  pintu, tingkap dan bumbung. Selain itu, anda boleh memahami bagaimana satu-satu bangunan atau ruang itu dapat dibina dengan mengikut skala dan kesesuaiannya dengan objek lain. Menariknya, anda juga boleh menggerakkan bentuk 3D yang anda hasilkan itu untuk melihat keseluruhan bentuk 3D yang telah dicipta. Dalam pada itu, anda juga boleh membuat bayang objek seperti dalam contoh imej di bawah.

Program ini juga membenarkan anda untuk men-download komponen lain yang disediakan di dalam 3D warehouse di sketchup.com untuk dimasukkan ke dalam file sketchup anda. 

image from 3Dwarehouse

Walaupun ia mudah, ia tetap mempunyai teknik tertentu untuk menghasilkan bentuk yang lebih dinamik, membuat lekukkan, membina cerunan dan sebagainya. Tetapi itu bukanlah sesuatu yang terlalu berat untuk difikirkan kerana apa yang penting ialah tahu asasnya dan kreativiti anda ketika menggunakannya. Malah, ada banyak ‘plug-in’ yang boleh diperolehi untuk membantu anda membuat bentuk yang lebih sukar. 

Kalau anda perhatikan antaramuka (interface) program sketchup ini, secara asasnya anda sudah faham bagaimana mahu menggunakannya. Ia sangat mudah kalau hendak dibandingkan dengan 3Ds Max. Ia sama semasa anda menggunakan software Microsoft Office seperti Word dan PowerPoint. Cuma, untuk kemahiran yang lebih advance, kena explore lebih sikit lah. Ada banyak tutorial di YouTube yang diberikan secara percuma untuk anda pelajari.

Kesimpulannya, SketchUp telah banyak membantu arkitek dan student architecture dalam menghasilkan kerja-kerja architecture. Program ini, walaupun khusus direka untuk arkitek, jurutera dan designer tetapi ia juga sesuai untuk digunakan oleh orang awam yang berminat. Satu lagi, tidak semestinya kena render 3D tersebut hingga jadi realistik, cukup sekadar ianya mudah difahami pun sudah bagus. Kalau pandai render dan ada masa, itu bonus !

Spesifikasi SketchUp Pro 2018
SketchUp Pro 2018 menyokong operating systems seperti berikut:
  • Windows 10, Windows 8+, and Windows 7+ [64-bit]
  • Mac OS X 10.12+, 10.11+, and 10.10+
  • SketchUp also requires a 3D class video graphics card made by NVIDIA or AMD. Intel-based graphics cards are not recommended at this time.