SketchUp Tutorial | Cara Membuat 3D dengan SketchUp – Part 1

Membuat 3D Segi-empat tepat dengan rectangle tool & push/pull button tool – Part 1

Bagi pengguna SketchUp pertama kali, ini adalah tutorial permulaan bagaimana mahu membuat 3D dengan menggunakan program SketchUp. Sebagai permulaan, tutorial ini akan menunjukkan cara bagaimana untuk membuat bentuk segi empat, dengan menggunakan rectangle tool button dan push/pull tool button untuk membentukkan ia menjadi objek 3D.

Sebelum itu, mula-mula tetapkan UNIT yang hendak digunakan. Macam saya lebih suka menggunakan UNIT mm. Untuk membuat tetapan UNIT, alihkan kursor mouse ke menu, pilih window dan pilih Preferences

 

Apabila dialog box Preferences keluar, pilih Template dan pilih pula Architectural Design – Millimeters dan klik OK button.

Untuk membuat segi empat tepat dengan Rectangle tool, ikuti langkah berikut:

Pilih Rectangle tool  di toolbar atau anda boleh juga tekan kekunci R. Kursor berubah kepada bentuk pensil dan bentuk segi empat tepat di sisinya. Jika anda ingin memulakan semula point rectangle, tekan saja kekunci ESC.

Untuk memulakan bentuk segi empat, klik di mana-mana bahagian untuk menetapkan point first corner bentuk rectangle. Ada dua (2) cara:

  1. Klik sekali dan lepaskan mouse button di point first corner, kemudian tarik kursor  mouse untuk membentuk segi empat yang anda mahukan dan klik mouse button sekali lagi untuk menyudahkan bentuk segi empat tepat (Rujuk imej di bawah)
  2. Klik dan hold mouse button di point first corner dan gerakkan point ke point seterusnya dan lepaskan mouse button untuk membentuk segi empat tepat.

Untuk membuat segi empat sama, pilih rectangle tool. Klik point untuk first corner dan lepaskan. Kemudian, anda boleh taipkan ukuran yang anda mahukan. Contohnya, sekiranya anda perlukan saiz 4000mm x 4000mm, anda taip saja 4000,4000 yang mana anda boleh lihat angka tersebut di kotak dimensions yang terdapat di sebelah kanan bawah (Rujuk imej di bawah) dan selepas itu tekan kekunci ENTER atau klik sekali di mouse button anda. Bentuk segi empat sama akan terus terbentuk. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk segi empat tepat. Contohnya, ukuran 4000mm x 8000mm. 

Selepas anda memperolehi bentuk segi empat yang anda mahukan, barulah anda boleh membentuknya menjadi bentuk 3D dengan menggunakan push/pull tool button yang terdapat di toolbar. ()

Pilih dan klik push/pull tool button di toolbar. Boleh juga tekan kekunci P. Kursor akan berubah menjadi bentuk segi empat dengan anak panah berwarna merah menghala ke atas. Bawa kursor tersebut ke permukaan segi empat yang telah dibentuk tadi. Rujuk imej di bawah.

Klik sekali dan lepaskan mouse button. Tarik mouse ke atas untuk menarik permukaan segi empat tadi menjadi objek 3D. Boleh tarik ke atas atau ke bawah. Saiznya boleh mengikut saiz yang anda kehendaki dan klik sekali lagi untuk menghentikan pembentukan objek 3D itu tadi. Anda juga boleh klik dan hold mouse button untuk membentuk objek 3D yang sama dan selepas anda memperolehi saiz objek yang dikehendaki, lepaskan mouse button. Selain itu, jika anda mempunyai saiz tertentu seperti saiz ketinggian 3 meter atau 3000 mm, taipkan saja ukuran ketinggian yang anda mahukan. Contohnya, taip 3000 dan tekan ENTER semasa anda menarik permukaan segi empat tadi. Boleh lihat ukuran di skrin sebelah kanan, di sudut bawah. Objek 3D dengan saiz yang anda kehendaki akan terus terbentuk.

Anda juga boleh mengubahsuai 3D objek itu tadi dengan menarik pula bahagian sisi ke kiri atau ke kanan objek 3D tadi. Rujuk imej di bawah.

Objek 3D ini juga boleh dibentuk lagi dengan menggunakan semula rectangle tool button. Pilih dan klik rectangle tool button dan buatkan bentuk segi empat yang baru di mana-mana permukaan objek 3D tadi. Rujuk imej di bawah.

Kemudian, selepas segi empat yang baru dibuat di permukaan objek 3D itu, pilih dan klik push/pull button dan tarik permukaan yang baru itu. Sama ada anda mahu menariknya keluar atau menolak ke dalam dan klik sekali lagi mouse button untuk menghentikan pembentukan. Satu bentuk baru akan terbentuk pada objek 3D yang asal (Rujuk imej di bawah). Sama seperti tadi, anda boleh menetapkan ukuran atau saiz bentuk yang anda mahukan. Anda juga boleh membuat lubang dengan menolak permukaan segiempat baru tadi terus ke dinding objek 3D yang asal dan klik mouse button sekali lagi.