Cadangan Ruang Dalam Klinik Gigi / Serdang

Projek cadangan rekaan dalaman bagi klinik pergigian ini ialah projek ubahsuai dan tambahan pada tahun 2010 iaitu di salah sebuah klinik pergigian di Serdang, Selangor. Rekaan dalaman ini telah dipersetujui oleh pihak berkenaan. Menurut bagi pihak pemilik klinik ini, bangunan ini akan diubahsuai dan akan dipecahkan kepada beberapa bilik. Setiap bilik memerlukan 2 ruang iaitu ruang konsultasi dan ruang rawatan. Setiap bilik juga boleh melalui dari bilik ke bilik melalui satu pintu yang terletak di bahagian belakang. Berdasarkan kepada cadangan asal, ruang konsultasi berada di belakang, manakala ruang rawatan berada di hadapan.

  • Lokasi: Serdang
  • Kategori: Premis perniagaan
  • Projek tahun: 2010
  • Peringkat: Cadangan rekabentuk
  • Status terkini: N/A
Pandangan bagi cadangan ruang dalam klinik gigi

Setiap bilik juga memerlukan sebuah tingkap hadapan dengan saiz yang besar untuk mendapatkan lebih pencahayaan.

Pandangan bagi cadangan ruang dalam klinik gigi

Ubahsuai ini juga dilengkapi dengan ruang menunggu, bilik mesyuarat, pantri, kaunter pendaftaran, ruang pejabat dan tandas.

Pelan lantai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *