PRIMERA CAS ialah sebuah projek rekabentuk rumah banglo yang dicadangkan di daerah Ketereh, Kelantan (MALAYSIA) pada tahun 2014. Proses rekabentuk projek ini telah bermula pada tahun 2013. Rekabentuk rumah ini mengandungi 5 bilik tidur dan 4 bilik air di dalam keluasan keseluruhan kira-kira 2,250 kaki persegi (kps).
Rekabentuk pelan lantai rumah ini di bahagikan kepada 2. Bahagian depan ialah bilik tidur utama, bilik tetamu dan ruang tamu. Manakala bahagian belakang ialah bilik tidur 2 hingga 4, ruang makan, ruang dapur dan ruang keluarga.
Ruang ruang dapur dan ruang makan dihubungkan terus tanpa dinding. Ruang keluarga pula dipisahkan dengan dinding dan mempunyai ruang anjung sendiri yang juga meruapakan akses kedua untuk ke ruangan dapur.
Ruang dapur memilik teres di belakang untuk ke halaman belakang. Ruang dapur dilengkapkan dengan bilik air dan bilik basuhan.
Ketinggian rumah kediaman ini ialah 4 kaki atau 1.2 meter dari aras tanah. Ketinggian dibuat kerana kawasan tersebut kerap dilanda banjir.
Rumah ini tidak mempunyai tempar letak kereta keran apemilik bercadang untuk memnina satu tempat letak kereta secara berasingan di hadapan rumah.
- PRIMERA CASA
- Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
- Keluasan: 2250 kps
- Tahun: 2013
- Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
- Lokasi cadangan: Ketereh
- Negeri: Kelantan
* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini