Rekabentuk Rumah Banglo 2 Tingkat / Kota Bharu – TWO STOREY HOUSE / ZIZI + EUDA STUDIO

Projek rekabentuk TWO STOREY HOUSE ini dicadangkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2014. Asalnya, rekabentuk rumah ini bercantum dengan rumah sedia ada sebagai bangunan tambahan dan ubahsuai. Namun, cadangan ini diubah kepada bangunan sesebuah banglo.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Rekabentuk rumah ini mengandungi 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Tingkat bawah ialah ruang keluarga, ruang makan dapur dan bilik tidur 4. Manakala tingkat atas pula ialah bilik tidur utama, bilik tidur 2 dan bilik tidur 3. Cadangan awal terdapat ruang keluarga baru di tengah-tengah antara bangunan lama dan bangunan baru. Namun, selepas diubah kepada bangunan sesebuah, ruang keluarga tidak disediakan tetapi berkongsi terus dengan ruang tamu di tingkat bawah.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Idea asal ruang keluarga yang baru itu ialah sebagai jambatan untuk kedua-dua bangunan. Selain tempat berkumpul, ia juga dapat menjadikan ruang di itu hidup dengan aktiviti bersama keluarga.

Keluasan rekabentuk rumah ini ialah sekitar 2500 kps (sqft). Rumah ini tidak ditinggikan kerana kawasan keseluruhan tapak cadangan telah pun tinggi dan tidak terjejas dengan banjir atau banjir kilat.

Susun atur pelan lantai

Dari segi susun atur pelan lantai, selepas tempat letak kereta ialah ruang tamu yang didahului dengan ruang foyer sebelum memasuki pintu masuk. Di sebelah ruang tamu ialah ruang makan dan seterusnya ialah bilik tidur 4 dan ruang dapur. Bilik tidur 4 dan dapur berkongsi bilik air. Bilik air di tingkat bawah juga berperanan sebagai bilik basuhan dan bilik air untuk tetamu.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Untuk ke tingkat atas perlu melalui tangga yang terletak bersebelahan dengan ruang makan. Apabila tiba di tingkat atas, ke arah kanan ialah bilik utama manakala arah kiri pula ke bilik tidur 2 dan 3. Masing-masing mempunyai bilik air. Balkoni atau ruang anjung berada di depan bilik tidur utama.

Tempat letak kereta

Tempat letak kereta dapat memuatkan 2 buah unit kenderaan.

VIDEO – YT
  • TWO STOREY HOUSE
  • Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ Creation
  • Keluasan: 2500 kps
  • Tahun: 2014
  • Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ Creation Studio
  • Negeri: Kelantan

* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *