Rekabentuk Rumah Banglo 2 Tingkat / Wakaf Bharu – 795 HOUSE / ZIZI + EUDA STUDIO

Rekabentuk rumah banglo 2 tingkat ini terletak di Wakaf Bharu, Kelantan. Wakaf Bharu merupakan salah satu daerah yang terletak di dalam Jajahan Tumpat.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Cadangan rekabentuk rumah ini mempunyai keluasan 3,087 kaki persegi (kps) atau 286.80 meter persegi (mps) yang mengandungi 4 bilik tidur dan 5 bilik air serta 1 bilik tamu yang lengkap dengan bilik air.

Bentuk pelan lantai rumah ini mengikut bentuk lot tanah untuk memaksimakan penggunaan tanah sepenuhnya.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Ruang Setiap Tingkat

Di tingkat bawah, rekabentuk ini mengandungi bilik tidur utama dan bilik tidur 2. 1 ruang keluarga, 1 ruang tamu, 1 ruang makan, 1 bilik tamu, setor dan ruang dapur. Di tingkat atas pula mengandungi 2 bilik tidur dan 1 ruang keluarga.

Keluasan

Keluasan keseluruhan bagi cadangan rekabentuk rumah banglo ini ialah 3087 kps. Keluasan tingkat bawah ialah 2275 termasuk tempat letak kereta dan keluasan tingkat atas ialah 812 kps. Ketinggian lantai di tingkat bawah dinaikkan sebanyak 600mm atau 2 kaki dari aras tanah.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Bukaan

Rekabentuk rumah ini menggunakan bukaan jenis labuh terutama di bahagian hadapan rumah. Manakala di bahagian bekalang hanya menggunakan bukaan standard. Di ruang makan dan ruang keluarga di tingkat atas pula mempunyai balkoni dan pintu gelangsar.

Cadangan rekabentuk rumah banglo ini telah bermula pada tahun 2016.

VIDEO – YT
  • 795 HOUSE
  • Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
  • Keluasan: 3087 kps
  • Tahun: 2016
  • Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
  • Daerah: Wakaf Bharu
  • Jajahan: Tumpat
  • Negeri: Kelantan

* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *