Rekabentuk Rumah Banglo 1 Tingkat / Pasir Mas – RAVINE HOUSE / ZIZI + EUDA STUDIO

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Cadangan rekabentuk rumah banglo 1 tingkat ini bermula pada tahun 2015 dan diluluskan pada tahun 2016. Bagaimana pun, projek ini tertangguh selama 1 tahun selepas ia diluluskan. Pembaharuan pelan kelulusan kepada PBT telah dibuat untuk memulakan pembinaan. Nama Ravine House diberikan bersempena dengan nama lokasinya.

Cadangan rumah banglo ini telah dikemukakan beberapa cadangan lain yang akhirnya, pemilik bersetuju dengan rekabentuk ini. Rekabentuk rumah banglo ini mengandungi 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Terdapat 2 ruang tamu yang mana satu ruang tamu disediakan sebagai ruang keluarga dan 1 ruang solat turut disediakan.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Pada awalnya, kedudukan tapak rumah ini berada agak rendah berbanding dengan bangunan di lot bersebelahan. Walaupun ketinggian rumah telah dinaikkan setinggi 3 kaki, tapak rumah ini masih lagi rendah. Akhirnya, pemilik menambak tanah supaya aras lantai bangunan rumah hampir sama dengan aras lantai bangunan di lot bersebelahan. Ia dilakukan atas sebab privasi. Jika terlalu rendah, ia akan terdedah kepada bangunan bersebelahan yang berada pada aras yang lebih tinggi.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Cadangan asal rumah kediaman ini sebenarnya mempunyai ‘courtyard’ di tengah bangunan rumah, tetapi ia dibatalkan atas sebab kos dan kerja penyelenggaraan yang mungkin menyukarkan pemilik kediaman memandangkan pemilik kediaman ini bekerja dan berkhidmat di Selangor.

Lokasi tapak cadangan
Tapak cadangan

Lokasi tapak cadangan agak jauh dari jalan utama dan perlu melalui beberapa lot sebelum sampai ke tapak cadangan.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO
Video – YT
  • RAVINE HOUSE
  • Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
  • Keluasan: 2,297 kps
  • Tahun: 2016
  • Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
  • Lokasi cadangan: Pasir Mas
  • Negeri: Kelantan

* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *