Rumah banglo 1 tingkat ini terletak di mukim Padang Tengah, Ketereh, Kelantan. Cadangan rumah banglo ini mengandungi 4 bilik tidur, 1 ruang keluarga, ruang tamu, ruang belajar/bacaan dan 4 bilik air.
Cadangan rekabentuk telah bermula pada Ogos 2016 dan telah mendapat kelulusan oleh PBT berkaitan pada penghunjung tahun yang sama. Pemilik rumah tidak berada di kawasan berdekatan kerana berkhidmat di luar Kelantan dan konsultasi adalah melalui dalam talian. Urusan dokumentasi untuk pemilik juga dibuat secara penghantaran pos.
Dari segi rekabentuk pelan lantai, pemilik mahukan sebuah rekabentuk pelan yang berbentuk-bentuk atau ada ruang yang terkeluar dan ada ruang yang terkedalam. Ketinggian rumah ini dibina dengan ketinggian 3 kaki dari aras tanah atau 900mm kerana kawasan disekitarnya pernah dinaiki air ketika musim banjir.
Walaupun ketika banjir besar tahun 2014 kawasan rumah ini tidak terjejas, tetapi tindakan menaikkan aras lantai kepada 3 kaki adalah sebagai persediaan terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Akhirnya, pemilik bersetuju dengan cadangan rekabentuk ini.
- MIDDLE FIELD HOUSE
- Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
- Keluasan: 3,100 kps
- Tahun: 2016
- Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
- Lokasi cadangan: Salor
- Daerah: Ketereh
- Negeri: Kelantan
* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini