Projek cadangan rekabentuk rumah berkembar (Semi-D) 1 Tingkat ini terletak di salah satu mukim di Jajahan Pasir Mas, Kelantan. Cadangan rekabentuk ini mempunyai keluasan 1,167 kaki persegi (kps) dan 2,334 kps untuk kedua-dua unit.

1 unit rumah mengandungi 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu, 1 ruang keluarga dan dapur. Ruang keluarga berada di antara bilik tidur utama dan bilik tidur 3 serta menghadap sisi luar. Ruang dapur berada selari dengan tempat letak kereta. Tempat letak kereta pula boleh memuatkan sebuah kereta dengan saiz kelebaran 10 kaki.
Ketinggian lantai bagi rumah kediaman ini ialah 450mm dari aras tanah. Untuk bukaan pula, rekabentuk ini menggunakan jenis bukaan standard.


- DUO HOUSE
- Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
- Keluasan: 1,167 kps per unit / 2,334 kps keseluruhan.
- Tahun: 2017
- Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
- Lokasi cadangan: Pasir Mas
- Negeri: Kelantan
* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini