
Rekabentuk Pelan
Untuk membina rumah kediaman atau bangunan sudah tentu memerlukan lukisan pelan terlebih dahulu. Ini kerana, daripada situlah orang yang membina dapat membina rumah atau bangunan berdasarkan apa yang telah dilakarkan di dalam pelan dengan lebih tepat.
Tidak kiralah sama ada pelan untuk dapatkan kelulusan pelan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pun tidak. Begitu juga sama ada untuk tujuan pinjaman atau pun tidak. Apa pun, jika anda ingin membina rumah kediaman atau bangunan, adalah lebih baik mendapatkan kelulusan pelan daipada PBT terlebih dahulu.
Di sini ada menyediakan beberapa contoh rekabentuk bangunan sebagai rujukan dan sumber inspirasi. Boleh ke pautan Our Design atau tonton di YouTube Channel kami
Sy bercadang nak buat rumah keluasan 1000 kaki..brp kos utk lukis pelan kosong tanpa cop
Salam, tuan/puan boleh hantarkan maklumat lokasi ke email/no.tel yg telah disediakan di laman web ini.