Mencari laptop bukanlah perkara yang susah. Apa yang paling penting ialah adakah laptop itu sesuai dengan kegunaan dan keperluannya. Kalau boleh, sudah tentu yang boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang atau tahan lama. Untuk pelajar architecture, sudah semestinya laptop yang berkualiti dan berkuasa tinggi adalah menjadi keutamaan supaya kerja projek yang dilakukan dapat dijalankan dengan baik dan berjalan lancar.
Sebelum membuat keputusan membeli laptop, mesti tahu dan memahami bidang yang diceburi. Seperti architecture, kena tahu bahawa, architecture selalunya akan terlibat dengan banyak projek. Bermula dengan membuat design dan yang seterusnya menyediakan grafik pula. Projek design dan grafik sudah tentu akan menggunakan perisian tertentu yang memerlukan kuasa laptop yang terbaik.
Perisian atau software seperti Autocad, 3D Sketchup, Lumion 3D dan juga Adobe Photoshop tu sudah sinonim dengan architecture. Malah, ada banyak lagi software yang digunakan seperti 3Ds Max, Revit, Ilustrator dan banyak lagi. Bagaimana pun, perlu diketahui bahawa bukan semua software ini perlu di-install di dalam laptop anda kerana bukan semuanya akan digunakan. Bergantung kepada kemahiran dan pengetahuan anda. Tetapi, kebiasaan pelajar architecture ni semua tu wajib ada dalam komputer walaupun selebihnya sekadar hiasan semata-mata. Kan?
Senarai perisian yang biasa digunakan dalam Architecture
- Autocad
- Google 3D Sketchup
- Lumion 3D
- Adobe Photoshop
- 3Ds Max
- Autodesk Revit
- Adobe Illustrator
Software paling kerap digunakan ialah Autocad, 3D Sketchup, Lumion dan Adobe Photoshop. Keempat-empat perisian ini paling minimum yang mesti digunakan. Perisian ni agak berat dan memerlukan laptop yang berkuasa tinggi supaya nanti tidak timbul masalah semasa kerja-kerja me-render dilakukan.
Sebenarnya, untuk perisian seperti Autocad, ia tidaklah terlalu memaksa anda untuk mendapatkan laptop berkuasa tinggi, kerana setakat ini laptop atau komputer berkuasa sederhana atau di bawah paras sederhana juga masih mampu menjalankan perisian ini. Cuma, sama ada ia dapat berjalan dengan lancar dan pantas atau pun tidak sahaja. Seperti kami sendiri, salah satu komputer kami masih menggunakan komputer yang berkuasa sederhana kerana kami hanya menumpukan kepada perisian autocad, 3D sketchup dan photoshop sahaja.
Jadi, untuk mendapatkan laptop terbaik sama ada untuk belajar ataupun semasa bekerja, boleh pertimbangkan perkara di bawah:
1. Processor: Paling tidak, untuk menjalankan software di atas mestilah sekurang-kurangnya mempunyai processor Intel i5 dan ke atas. Tetapi lihat kepada peruntukan yang ada. Jika jenama Intel seminima i5 tidak mencukupi dengan peruntukan anda, boleh cuba rujuk jenama AMD seperti AMD Ryzen yang mana harganya jauh lebih murah berbanding Intel.
2. Graphic Card: Selain processor, anda mesti melihat juga kepada Graphic card yang ditawarkan. Ada atau tidak ditawarkan di dalam laptop tersebut. Graphic card yang terbaik ialah Nvidia dan AMD Radeon. Anda boleh lihat stiker pada laptop tersebut atau pada senarai spesifikasinya. Secara peribadi, kami cadangkan jenama Nvidia dengan siri sekurang-kurangnya GTX 1050 atau GTX 950.
3. RAM: RAM sekurang-kurangnya mestilah 4GB atau lebih baik lagi dengan 8GB. Untuk 4 software yang dinyatakan di atas, sudah pasti RAM yang tinggi memberikan kesan yang amat baik. Walaupun perisian seperti Autocad masih boleh dijalankan di dalam laptop yang berkuasa sederhana tetapi jumlah RAM yang tinggi adalah amat penting supaya software yang digunakan tidak terganggu atau tidak terbeban. Malah, hendak buka Autocad dan software lain pun tidaklah terlalu lama menunggu.
4. Hard Disk HDD atau SSD: Architecture sememangnya memerlukan ruang simpanan yang besar. Sudahlah perisian pun memerlukan saiz simpanan yang besar malah fail-fail projek yang disimpan juga mempunyai saiz yang besar. Jadi, untuk saiz simpanan ini sekurang-kurangnya mempunyai 500GB untuk Hard disk (HDD). Tapi kami lebih suka jika dapat dengan saiz 1TB.
Bagaimana dengan SSD? Jika anda mempunyai peruntukan lebih, kami cadangkan anda tambah SSD. Anda boleh install Windows dan perisian penting seperti Autocad, 3D Sketchup, Lumion 3D dan Adobe Photoshop ke dalam SSD. Manakala, fail-fail projek dan lain-lain fail boleh disimpan di dalam HDD. Bermakna, anda ada dua peranti simpanan 1 dalam HDD dan 1 lagi dalam SSD. SSD akan menjadikan laptop atau komputer anda ‘loading’ dengan lebih cepat dan mungkin hanya sesaat sahaja. Ya, RAM memang penting, tetapi SSD akan membantu mempercepatkan lagi proses ‘loading’ dan ‘transfer data’.
Untuk laptop yang kami gunakan, kami menggunakan SSD untuk Run Windows dan beberapa software architecture yang penting ke dalamnya. Setakat ini, kami amat berpuas hati dengan prestasi komputer kami. Daripada Start Windows hinggalah kepada software architecture, kami tidak perlu menunggu terlalu lama. Hanya beberapa saat sudah boleh digunakan.
Antara brand SSD yang terkenal dan ditawarkan dengan harga yang berbaloi ialah Sandisk dan juga Kingston.
Anda juga boleh cari dan beli SSD secara online dengan tawaran harga yang sangat berpatutan. Semak harga DI SINI.
5. Windows atau Mac : Ini terpulang kepada anda. Jika anda mempunyai peruntukan yang besar, sudah tentu anda boleh teruskan dengan Laptop Mac (Apple). Tetapi, jika dengan peruntukan besar itu anda boleh dapatkan laptop Windows yang hardcore, lebih baik anda teruskan dengan Windows. Apa yang paling penting jenis Graphic card yang ditawarkan Mac kepada anda. Kalau boleh jangan beli laptop yang hanya menawarkan Intel HD Graphic. Anda akan menyesal dengan pembelian tersebut.
6. Screen: Terus terang, jika anda membuat design dengan laptop carilah saiz skrin yang besar iaitu antara 15 ke 17 inchi. Saiz ini sudah sesuai bagi sebuah laptop untuk tujuan membuat design. Lagi besar skrin lagi selesa pandangan mata.
7. Brand : Ada banyak brand terkenal yang anda sepatutnya beli. Antaranya MSI, HP, Asus, Dell, Lenovo dan Acer. Kalau kami, kami cadangkan MSI atau HP.
Bertanya dengan penjual di kedai komputer pun boleh juga tetapi, kadang-kadang agak kurang membantu, sebab mereka juga tidak faham kehendak kita sebagai pembeli. Membuat survey dari kedai ke kedai atau buat carian di internet dulu sebelum terus membeli di kedai adalah cara yang paling baik. Jadi, anda sudah tahu apa yang hendak dibeli, bagaimana spesifikasinya dan juga lingkungan harganya. Apabila di kedai anda hanya perlu tawar menawar harga atau dapatkan tambahan peranti lain dengan harga yang terbaik. Kalau hendak lebih mudah, anda cakap saja yang anda mahukan gaming laptop dengan bajet anda sekali.
Apapun, jangan terlalu memaksa. Ia bergantung kepada peruntukan yang anda ada. AMD misalnya, menawarkan harga jauh lebih murah dengan kemampuan yang tidak kurang hebatnya dengan Intel. AMD juga ada menawarkan integrated Graphic terutamanya AMD A-Series, yang pada perkiraan kami ia sudah cukup baik untuk kerja design dan grafik.
Anda perlu faham. Lihat dulu, apakah perisian yang akan anda gunakan. Berapa buah perisian yang akan kerap digunakan. Kemudian, lihat juga peruntukan yang anda ada. Sebagai ulangan Autocad, 3D Sketchup, photoshop dan lumion adalah perisian yang wajib sekurang-kurang ada dalam laptop anda. Autocad, 3d sketchup dan photoshop masih boleh dijalankan dengan laptop berkuasa sederhana cuma mungkin sedikit ambil masa untuk loading dan render. Kerja-kerja juga tidaklah se-smooth laptop yang berkuasa tinggi. Manakala perisian Lumion pula memerlukan sistem komputer yang tinggi dan yang penting ada graphic card. Untuk rekod kami sendiri, Lumion boleh dijalankan dengan laptop berkuasa sederhana yang mempunyai graphic card. Cuma, kami agak sedikit frust sebab kadang-kadang laptop menjadi perlahan dan tidak dapat menampung bebanan perisian Lumion yang sememangnya agak berat ditambah pula dengan file design yang sangat besar.
Sebagai peringatan kami kepada anda, beli laptop yang ada sistem grafik Nvidia atau Radeon di dalamnya. Lihat logo di atas sebagai panduan. Ini sahaja pilihan terbaik untuk sebuah laptop. Tetapi kami lebih cenderung kepada jenama Nvidia yang sekurang-kurangnya GTX 1050 atau GTX 950. Selain daripada itu, contohnya Intel HD Graphic tidak bagus untuk anda yang bergelar architecture student !
____________
Nota :-
* Jika anda ada pertanyaan tentang laptop atau komputer untuk kegunaan kerja dan pelajaran, boleh terus gunakan ruangan komen di bawah.
** Imej atas: Freepik
hi, boleh bagi contoh brand laptop terbaik untuk tahun 2023
hi, boleh check ASUS atau Lenovo brand ye
Hi, boleh tak suggestkan laptop 2 in 1 yang sesuai untuk architecture student? Budget saya RM2K kebawah. Saya prefer second pon takpe asalkan 2 in 1 and sesuai for archi student bawah RM2K. Thank you and have a nice day!!
Hi,
Laptop 2 in 1 ada. Tapi untuk yang bawah RM2000 banyak yang tak berapa sesuai terutamanya untuk buat kerja-kerja yang besar selain sketch. Tapi kami cuba bagi cadangan berdasarkan kepada harga antara RM 2-3 ribu. Tapi ini untuk model yang baru, bukan terpakai.
Kami cadangkan jenama Lenovo seperti di bawah:
Lenovo
Lenovo
Atau jenama HP.
HP
Dan terkahir sekali jenama Dell:
Dell
List kat atas, masih boleh untuk kerja-kerja senibina yang ringan macam autocad, sketchup & photoshop. Selain daripada tu, macam Lumion atau software yang berat dan besar contohnya macam Revit, boleh cuba install dengan ubah setting pada software tu.
Untuk barangan second hand kami tak dapat nak senaraika. Kalau ada jumpa laptop 2 in 1 second hand boleh rujuk kepada perkara yang disenaraikan dibawah:
(Cadangan kami hanya Jenama Lenovo & HP sahaja)
1. Prosesor mesti sekurang-kurangnya intel i7
2. RAM sekurang-kurangnya 8GB RAM. Kalau jumpa 4 GB RAM pun ok tapi kami cadangkan untuk naik taraf kepada 8GB.
3. Sistem storan minimum SSD 256GB. Boleh naik taraf kepada 512GB.
4. Sistem kad grafik. Minimum Integrated AMD Radeon Graphic. Atau Intel iris Xe.
Hi bang, which one yang better ? asus rog strix g15 g513 vs asus tuf f15?
Hi,
dua2 okay. Kalau Asus TUF F15, kami prefer prosesor intel i7. Dan tengok juga core/thread yang dia offer. Kalau tinggi lagi bagus.
Asus ROG Strix G15 G513 ni, core/thread dia ialah 8-core/16-threads. Dari segi performan, contohnya untuk kerja-kerja rendering, 8-core/16-threads lagi bagus berbanding 6cores/12threads.
Jadi, antara 2 laptop ni, kami pilih ASUS ROG G513. AMD Ryzen 7. Graphic card RTX 3050. Kalau ada peruntukan lebih, terus ke graphic card RTX 3060.
Hi, saya student town planning. Banyak guna software autocad, sketchup, Adobe illustrator, Photoshop. Boleh tak cadangkan laptop brand lenovo atau hp yang range harga dalam 2500 – 3000. Tq
Hi, cuba lihat laptop model di bawah.
Lenovo : Klik – IdeaPad Flex 5i (14″, Gen 5)
HP: Klik – HP Victus Gaming Laptop 15-inch fb0033AX (ada offer sekarang)
Hi,laptop brand mana yang sesuai untuk interior design student?
Hi !
Kami cadangkan gaming laptop at least prosesor intel i5 atau AMD Ryzen 5, 8GB RAM, 512GB SSD dan graphic card RTX 3050 atau minimum (Gtx 1660).
Spec ni utk yg minimum. Sbb kebanyakan design software perlukan sokongan kad grafik. So, kerja2 akan jd lebih smooth.
Brand yang kami syorkan HP, Lenovo atau ASUS.
-Layla
Hi bang, saya student architecture. boleh tak abang recommend laptop yang design sleek in silver (bukan gaming style eg. bulky and tebal), budget until 6.5k
Hi, :).
Cuba tengok :
1. ASUS Zephyrus G14 : Spec dia AMD Ryzen 7. 16 GB RAM DDR5 (Baru), 512Gb Storage dan RTX 3050. Link: ASUS Zephyrus G14
2. Lenovo, model Legion 5i (15”, Gen 7) . Link: Lenovo Legion 5 Series
Spec: Lenovo offer dari intel i5 sampai i7. 16GB RAM DDR5 (baru) dan graphic card paling rendah RTX 3050 ke RTX 3070. Spec yang terendah pun dah okay. dan kalau ada peruntukan lebih, boleh terus pilih mengikut kepada bajet yang ada. Untuk run architecture software pun, semua model okay.
3. Dell. Link: Dell XPS. Untuk brand Dell, mereka offer Intel Xe Graphic. Xe graphic paling minimumlah kalau nak pilih sebagai laptop buat kerja. Untuk RTX ke atas, kos tambahan diperlukan. Cuma, masalah yang selalu berlaku pada Dell ialah ‘slow’. Performannya tak menentu. Kadang-kadang laptop jadi berat, slow loading sedangkan spec dah bagus. Kami juga mempunyai laptop dell dengan spec yang agak baik, tetapi kadang-kadang slow, hang, error dan tak perform pada performan yang sepatutnya.
Dari segi design, Dell laptop XPS memang ngam!
Dari semua list ni, kami cadangkan:
1. Laptop Lenovo sebab harga dengan spec yang ditawarkan pun nampaknya sangat okay.
Spec:
Processor : Intel i5 – i7
RAM : 16GB DDR5
Storage: 512 GB SSD
Graphic : NVIDIA GeForce® RTX™ 3050 4GB GDDR6 – RTX 3070
Ketebalan : 2 cm – 2.5 cm
2. ASUS ROG Zephyrus G14 (2023) GA402 (RM6,499)
Spec:
Processor: AMD Ryzen7 7735HS
Display: FHD+ 16:10 (1920 x 1200, WUXGA) / 144Hz / 3ms / 170 / 170 / IPS-level / 400 / Anti-glare display
Graphic card: RTX3050 6GB GDDR6
RAM: DDR5 16GB
Storage: 512GB SSD
Ketebalan : 1.85cm – 1.95cm
Jika kami diberi pilihan, kami akam memilih ASUS ROG Zephyrus G14 (2023) GA402.
Untuk saiz laptop yang lebih nipis, Dell XPS 13 yang terbaik !
Harga :RM 5,499.00
Prosesor: 12th Gen Intel® Core™ i5-1230U (12 MB cache, 10 cores, 12 threads, up to 4.40 GHz Turbo)
Graphic card: Intel® Iris® Xe Graphics
RAM: 8 GB, LPDDR5, 5200 MHz, integrated, dual-channel
Storage: 512GB PCIe NVMe x2 Solid State Drive
Saiz:
Height : 13.99 mm (0.55 in.)
Width: 295.40 mm (11.63 in.)
Depth: 199.40 mm (7.85 in.)
Harap sedikit sebanyak dapat membantu anda
hi, saya nk ambil interior design n ambil microsoft surface laptop studio,
processor: intel i7
graphic card: nvidia ge force 3050 Ti
RAM: 16 gb
SSD: Removable 512 gb
windows 11 pro
ok ke? and saya nak tau, removable ssd tu cmne ye?
Hi.
Berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan, Laptop Surface Studio ni sudah okay dan sangat sesuai untuk kerja2 design. Boleh dikatakan antara yang terbaik. Lebih2 lagi laptop ini juga dibuat untuk boleh bermain game. Jadi, untuk software2 design, 3D, grafik, sudah tentu ia boleh dijalankan dengan baik. Cuma, performan sebenar Laptop Surface Studio tu kami tidak pasti.
Removable SSD tu maksudnya boleh diupgrade atau ditukarkan kepada saiz ssd yang lebih besar.
hi, saya nk ambil interior design n ambil microsoft surface laptop studio,
processor: intel i7
graphic card: nvidia ge force 3050 Ti
RAM: 16 gb
SSD: Removable 512 gb
windows 11 pro
ok ke? and saya nak tau, removable ssd tu cmne ye
Hi.
Berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan, Laptop Surface Studio ni sudah okay dan sangat sesuai untuk kerja2 design. Boleh dikatakan antara yang terbaik. Lebih2 lagi laptop ini juga dibuat untuk boleh bermain game. Jadi, untuk software2 design, 3D, grafik, sudah tentu ia boleh dijalankan dengan baik. Cuma, performan sebenar Laptop Surface Studio tu kami tidak pasti.
Removable SSD tu maksudnya boleh diupgrade atau ditukarkan kepada saiz ssd yang lebih besar.
Hi, nak tanya. Kalau laptop Acer Nitro 5, Intel core i7 11th Gen + RTX 3050Ti
Sesuai tak untuk student Architecture??
Ya. Laptop ni dah sesuai untuk architecture student 🙂
nk tanya, kalau specs laptop tu dh ade ram16gb ssd 512gb tapi processor i3core and graphic card intel uhd graphics, sesuai ke guna buat study graphic design?
Untuk kebanyakan software graphic design tiada masalah. Cuma, tahap pemperosesan tidak begitu laju. Kena tengok juga spec yang diperlukan oleh software itu sendiri. Sekarang ada banyak software baru, jadi, kemungkinan keperluannya sedikit berbeza. Untuk spec laptop di atas, boleh, tapi tahap biasa.
16GB RAM dan 512GB SSD bagus dari segi loading file / buka fail kerja design dan juga semasa buka software.
hi kalau laptop machenike machcreator A sesuai tak untuk pelajar grafic designer?
hi,
Perlu lihat spesifikasi laptop tu. Kemudian, lihat juga apakah software yang akan digunakan oleh graphic designer. Kalau dilihat kepada spesifikasi yang ditawarkan, tiada masalah untuk menjalankan perisian graphic design. Tapi, sekiranya Laptpop ini jadi pilihan, kami sarankan jika ada peruntukan lebih, naiktaraf RAM 8GB kepada 16GB dan naiktaraf SSD 256GB kepada SSD 512GB. Supaya kerja-kerja jadi lebih lancar dan untuk install perisian lebih banyak software. Kebanyakan design software perlukan saiz yang besar.
acer swift 3 , AMD RYZEN 3 5300U processor , AMD RADEON GRAPHIC
SESUAI ATAU TIDAK LAPTOP TERSEBUT UNTUK AUTOCAD 2020 dan ke atas?
Boleh untuk autocad dan untuk Sketchup pun okay. Tapi utk software besar dan berat macam Lumion 3D tak begitu sesuai. Tapi, jika nak guna Lumion 3D, perlu tetapkan setting Lumion kepada ‘low’.
Utk pakai autocad 2020 ke atas, RAM kena ada 8GB dan ke atas. Dan disyorkan juga pakai SSD 256GB ke atas.
ASUS laptop INTEL CELERON N4020 / 4GB RAM / 14” HD/ E410M-ABV1204TS support auto cad tak ?
Hi.
Untuk Autocad, boleh. Tapi kami cadangkan pakai autocad versi tahun 2018 ke bawah. Software terkini / tahun 2020 ke atas kebanyakannya memerlukan spec yang sedikit tinggi. Cadangan kami, sekiranya laptop ini dipilih, upgrade RAM 4GB kepada 8GB. Sama ada tambah lagi 4GB atau pasang RAM 8GB yang baru. SSD 256GB sudah mencukupi (paling minimum) tapi, jika ada peruntukan lebih pada masa akan datang, boleh upgrade SSD 256GB kepada 500GB.
Spesifikasi Autocad tahun 2018 ialah seperti berikut:
Microsoft Windows 10 (64-bit only), 8.1 (32-bit & 64-bit), or 7 SP1 (32-bit & 64-bit)
1 GHz or faster processor
RAM
32-bit: 2 GB
64-bit: 4 GB
Disk space: 4.0 GB
1360 x 768 display resolution with True Color
hai… bolej tak cadangkn microsotf surdace tablet yang sesuai tuk run autocad dan abode
Hi.
Untungnya, autocad tidak memerlukan spesifikasi yang terlalu besar dan tinggi (terutamanya versi Autocad 2018 ke bawah). Adobe agak berat sedikit. Bagi Microsoft Surface, antara kelebihannya ialah nipis dan ringan tetapi, ia tidak boleh atau sukar untuk dinaik taraf (upgrade) seperti menaik taraf RAM.
Untuk Microsoft Surface (Tablet), kami cadangkan model Microsoft Surface Pro 8. Pilih Prosesor intel i5/i7, RAM minimum 8GB, tapi 16GB lebih baik, SSD 256GB atau 512GB dan Intel Iris Xe Graphic.
Untuk Microsoft Surface (Laptop), model Microsoft Surface Laptop 4 atau Laptop Studio. Spesifikasi : Intel Core i5/i7, 8GB/16GB dan SSD 512GB. Graphic Intel Iris Xe atau paling tinggi pilih graphic Nvidia.
Berdasarkan pemerhatian kami, semakin tinggi kos Microsoft Surface, semakin sesuai dan semakin baik. Terutamanya untuk perisian yang besar dan kegunaan kerja-kerja yang berat. Tetapi, jika untuk kegunaan kerja yang biasa, tiada masalah untuk memilih kos dan spesifikasi yang lebih rendah. Itu pun, kami boleh cadangkan minimum terhad kepada intel i5, 8GB RAM dan SSD 256GB.
Kami agak bimbang terhadap peranti Microsoft Surface. Nasihat kami, jangan pilih model dengan spesifikasi rendah atau kos yang rendah jika anda bercadang untuk menggunakan perisian yang lebih besar dan saiz kerja yang berat.
Salam admin, saya student architecture dan budget saya adalah dalam RM5k-RM6k, boleh admin recommend laptop yg sesuai berdasarkan budget saya, saya tgk di pasaran terlalu banyak laptop yg dlm lingkungan budget saya tetapi takut tersalah beli dan tidak sesuai untuk membuat kerja2 berkaitan architecture, saya plan nak guna laptop sehingga habis pengajian dan inshaAllah dalam fasa pekerjaan, boleh admin tolong recommend?
Waalaikumsalam.
Architecture student memang perlu menggunakan laptop yang berkuasa tinggi. Senang cerita, pilih Gaming Laptop dengan sistem kad grafik yang sekurang-kurangnya menggunakan kad grafik RTX3050. Antara laptop yang kami boleh cadangkan untuk anggaran sekitar RM5,000 ke RM6,000 adalah seperti berikut:
1. Laptop Dell G-Series : Boleh lihat di pautan yang kami sertakan Dell G-Series
Daripada harga RM3,899 hingga RM6,199 yang ditawarkan Dell, semuanya menggunakan sistem kad grafik Nvidia RTX 3050. Pada kami semuanya bagus. Bezanya adalah pada nilai RAM dan juga saiz SSD. Kebanyakan Architecture software memerlukan sistem ram dan ruang simpanan yang besar seperti Lumion 3D, Autocad, Revit dan sebagainya. Jadi, kami cadangkan kepada anda untuk memilih Dell G15 Gaming Laptop RM5,399 kerana ia menggunakan sistem prosesor intel i7, 16GB RAM, 512GB SSD dan Nvidia Rtx3050. Cuma saiz laptopnya agak besar/tebal. Kalau hendak jimat sedikit, boleh pilih New Dell Gaming G15 Ryzen Edition berharga RM5,099. AMD sekarang jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Banyak teknologinya telah dinaiktaraf. Untuk performan laptop yang lebih baik, boleh pilih Laptop dengan sistem kad grafik RTX 3060 berharga RM6,299.
2. Laptop Gaming Lenovo. Klik pautan untuk senarai laptop dan harga : Klik di sini
Laptop Lenovo antara laptop yang tahan lama. Kami cadangkan : Legion 5i (15″, Gen 6) berharga RM5,927.05. Spesifikasi yang ditawarkan ialah: Intel i7, 16GB RAM, 512 SSD dan RTX 3050.
3. ASUS Gaming Laptop : Boleh rujuk harga di Shopee di link yang disertakan – Pautan ke Shopee MY Tetapi, Laptop yang ditawarkan oleh ASUS ini menawarkan hanya 8GB RAM sahaja. Jika anda memilih Laptop ASUS, kami cadangkann untuk menambah 1 lagi RAM sebanyak 8GB pada masa akan datang untuk dijadikan 16GB. 8GB pun sudah okay, cuma 16GB lebih baik.
4. MSI Gaming Laptop : Rujuk harga di link Shopee : https://invol.co/clavqk3
5. Illegear : Rujuk pautan untuk semak harga: Klik Di Sini Untuk Semak Harga Illegear
Di website Illegear, anda boleh sesuaikan pilihan mengikut spesifikasi yang anda kehendaki. Harga permulaan yang ditawarkan ialah RM4,399. Anda boleh memilih RAM kepada 16GB, mengubah prosesor kepada intel i7, menambah saiz SSD dan sebagainya. Anda juga boleh melihat perubahan harga pada paparan sebelah kanan apabila anda membuat tambahan/ubahsuai pada laptop tersebut. Lebih mudah untuk anda membuat pilihan mengikut bajet anda. Laptop Illegear pun bagus juga.
Kesimpulannya:
Laptop di atas ialah pada pandangan kami antara laptop yang terbaik untuk anda membuat pilihan. Bagaimanapun, memilih laptop yang terbaik untuk kerja-kerja architecture, perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan adalah seperti berikut:
1. Prosesor: Sekurang-kurangnya untuk bajet anda pilih Intel i7 ke atas. Atau jika tiada pilihan boleh pilih AMD Ryzen 7 dengan 6 atau 8 core ke atas.
2. RAM: Minimum 8GB RAM atau 16GB lebih baik kerana kebanyakan software perlukan RAM yang tinggi
3. Harddisk pertama: Pilih SSD saiz 512GB ke atas. 1TB adalah lebih baik. SSD lebih pantas berbanding HDD biasa. Semakin besar saiz semakin banyak software architecture yang anda boleh install. SSD mempercepatkan proses loading untuk fail atau software yang besar .
4. Harddisk kedua: Pilih SSD juga jika masih dalam bajet dengan saiz 1TB atau 512GB juga. Untuk tujuan simpanan data atau fail kerja. Jika di luar bajet, pilih HDD dengan saiz 1TB.
5. Sistem grafik: Nvidia minimum RTX 3050 dan ke atas seperti RTX3060, RTX3070 dan RTX 3080. (siri RTX 30 ialah siri yang terkini)
Semoga jawapan kami dapat membantu anda membuat pilihan. Selamat maju jaya
hai asslamualaikum,
saya pelajar seni bina landskap saya keliru nak beli laptop yang mana satu sebab saya tak tahu sangat pasal laptop ni, boleh tak cadangkan laptop yang sesuai untuk saya beli dan tak terlalu mahal
Waalaikumsalam.
Laptop untuk senibina landskap ni lebih kurang juga dengan senibina. Laptop yang terbaik sebenarnya versi gaming laptop. Tetapi, bergantung kepada bajet anda juga.
Boleh rujuk Dell. Kami cadangkan harga dalam lingkungan RM2,600 ke atas. Link > https://www.dell.com/en-my/shop/laptop-notebook-computers/sr/laptops?page=3
Spesifikasi yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pilihan:
1. Prosesor Minimum : AMD Ryzen 5 / Intel i5
2. RAM Minimum : 8GB RAM
3. Harddisk : Pilih SSD (Minimum 250GB)
4. Ada sistem grafik : Minimum AMD Radeon Vega 8. Atau paling tidak pun paling minimum Intel Iris Xe Graphic.
Untuk bajet lebih RM3,000-RM3,500, kami mencadangkan laptop dell seperti berikut: https://www.dell.com/en-my/shop/laptop-notebook-computers/vostro-14-3400-laptop/spd/vostro-14-3400-laptop/w5180544015myw10pro
Bagaimana pun, kami juga tertarik dengan Laptop Dell G15 Ryzen Edition Gaming. Bajet antara RM3,500 ke RM4,000. https://www.dell.com/en-my/shop/gaming-and-games/g15-ryzen-edition-gaming-laptop/spd/g-series-15-5515-laptop/hng55151000my
Spesifikasi yang diberikan dalam laptop Dell G15 Ryzen ini boleh dikatakan sangat sesuai untuk kerja-kerja senibina dan senibina landskap. Untuk kerja-kerja senibina memerlukan sistem grafik yang kuat supaya kerja-kerja dapat dijalankan dengan lancar. Antara spesifikasi yang ditawarkan ialah:
1. Prosesor : AMD ryzen 5
2. RAM : 8GB 3200Mhz
3. Grafik kad : RTX 3050
Jenama Lenovo boleh rujuk link ini > https://www.lenovo.com/my/en/laptops/ideapad/s-series/IdeaPad-3i-Gen-6-14%E2%80%B3-Intel/p/82H7002VMJ
Jenama Acer boleh rujuk ini > https://store.acer.com/en-my/laptops?price=2800-3000
** Harap sedikit sebanyak dapat membantu
Hi, saya nak tanya sekarang saya guna macbook air 2013 version dan saya student interior architecture. Ada cadangan untuk make sure laptop saya runs smoothly tak untuk software autocad, sketchup, vray? contoh mcm upgrade ram or anything? tanpa saya perlu beli laptop baru. Terima kasih 🙂
Hi,
Macbook Air 2013 kami tak pasti boleh upgrade atau tidak. Perlu rujuk dengan Apple dulu. Selain RAM boleh tambah / tukar harddisk HDD kepada SSD. SSD lebih pantas berbanding HDD. Itu pun kalau boleh tambah atau tukar komponennya. Untuk Autocad dan Sketchup tidak memerlukan spesifikasi terlalu besar terutamanya Autocad versi tahun 2018 ke bawah. Sketchup pun sama.
Untuk kerja-kerja architecture / interior selalunya memerlukan sistem komputer atau laptop yang bagus. Kami cadangkan dapatkan Macbook terkini seperti Macbook Pro. Minimum RAM 8GB dan storage minimum 512GB. 🙂 Untuk prestasi yang lebih baik, dapatkan RAM 16GB terus kerana kebanyakan software pada masa akan datang memerlukan sistem RAM yang tinggi.
Assalamualaikum encik.
Boleh encik cadangkan laptop bawah RM3000 untuk pelajar architecture.
Untuk sem 2 ni saya kene banyak guna laptop selain penggunaan autocad.
Waalaikumsalam wbt.
Untuk bawah RM 3,000 boleh rujuk pautan yang disertakan di bawah. Ada juga kami sertakan pautan untuk harga yang lebih sedikit dari RM3,000:
1. Dell – https://www.dell.com/en-my/shop/laptops-and-netbooks/inspiron-15-3000-laptop/spd/inspiron-15-3515-laptop/hni3515229bmy
2. Dell – https://www.dell.com/en-my/shop/laptops-and-netbooks/inspiron-15-3000-laptop/spd/inspiron-15-3511-laptop/hni35114465bntcmy
3. Dell – https://www.dell.com/en-my/shop/laptops-and-netbooks/inspiron-14-laptop/spd/inspiron-14-5415-laptop/hni54151022my
4. Lenovo – https://www.lenovo.com/my/en/laptops/lenovo/lenovo-v-series/Lenovo-V15-Gen-2-15%E2%80%9D-Intel/p/82KB00GSMJ
5. Lenovo – https://www.lenovo.com/my/en/laptops/thinkpad/thinkpad-e-series/ThinkPad-E14-Gen-3-14%E2%80%9D-AMD/p/20Y7S02E00
6. Acer – https://store.acer.com/en-my/acer-consumer-laptop-aspire-3-a315-57g-541r-indigo-blue
7. Acer – https://store.acer.com/en-my/acer-everyday-laptop-aspire-5-a514-54-52b1
Senarai di atas antara cadangan kami berdasarkan kepada bajet rm3,000.
Selain itu, anda perlu meneliti perkara seperti di bawah sebelum membuat pembelian:
1. Prosesor : Sekurang-kurangnya Intel i5 atau AMD Ryzen 5.
2. RAM : Minimum 8GB RAM
3. Harddisk : SSD 240 GB minimum. Disyorkan SSD 480GB atau SSD 500GB
4. Graphic : AMD Vega 8 atau Nvidia (Minimum MX350 tetapi disyorkan RTX 3050) – Bergantung kepada bajetlah. Sebab laptop dengan RTX 3050 agak tinggi harganya. Atau sektidak-tidaknya, Intel Iris Xe graphic.
5. Pastikan ada harddisk tambahan sebanyak 1TB HDD untuk simpanan data dan hasil kerja.
** Maklumat tambahan: SSD mempercepatkan proses loading atau membuka perisian. Terutamanya untuk sistem OS Windows dan perisian yang besar seperti autocad, lumion atau photoshop termasuklah proses pemindahan data. Manakala harddisk biasa atau HDD biasanya digunakan untuk simpanan data. Jadi, pastikan sebelum memilih laptop, harddisk yang ditawarkan untuk sistem Windows ialah jenis SSD. Minimum SSD 240GB tapi SSD 500GB adalah lebih baik.
hai..saya menggunakan laptop acer aspire A315-58….autocad saya kerap terjadi fatal error.Adakah kerana specnya yg tidak support software ini?
Hai.
Sepatutnya okay dan tak ada masalah. Ada dua kemungkinan:
1 – Masalah hardware
2 – Masalah pada Windows
Caranya:
1 – Cuba update Intel Iris Xe Graphic
2 – Atau Re-install autocad
3 – Atau guna cara mengikut link yang kami sertakan ini – https://knowledge.autodesk.com/support/autocad/troubleshooting/caas/sfdcarticles/sfdcarticles/Fatal-error-Unhandled-Access-Violation-Reading-0x01730-Exception-at-34546edbh-while-working-in-AutoCAD.html
4 – Kemungkinan lain: installer autocad yang mungkin bermasalah/ada kerosakan
Hai.. nak tanya pendapat saya jumpa brand Dell dengan spec mcm ni sesuai ke utk autocad? Harga RM2800 ok ke?
AMD Ryzen 5-3500U Processor
8GB DDR4 2400MHz Ram
512GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive
AMD Radeon VEGA 8 2GB Graphic
Window 10 Home
Hi.
Untuk Laptop Dell ni sudah okay.. tak ada masalah untuk guna autocad sebab basic requirement untuk CAD tidak tinggi. 8GB Ram adalah minimum requirement yang ditetapkan untuk guna autocad versi terkini. 512GB SSD sudah sangat baik untuk software architecture atau software design yang memerlukan ruangan simpanan yang besar.
Kalau nak guna untuk Lumion 3D mungkin akan jadi sangat slow sebab Lumion 3D perlukan komputer atau laptop yang berkuasa tinggi.
Cuba lihat juga jenama HP untuk buat sedikit perbandingan. HP Laptop atau Lenovo.
* Kalau ditanya tentang jenama, kami lebih suka kepada jenama Dell.
Assalam tuan, course Building Engineering antara 2 laptop di bawah yang mana lebih baik untuk pengunaan AutoCAD dsb? Atau tuan ada cadangan laptop lain untuk bajet RM3k ke bawah.
1) https://www.dell.com/en-my/shop/laptops/amd/spd/inspiron-15-3515-laptop/hni3515229bmy
2) https://www.hp.com/my-en/shop/laptops-tablets/hp-laptop-14s-fq0076au-2q9z8pa.html
Terima kasih.
Waalaikumsalam.
Dua-dua okay utk autocad sebab basic requirements untuk autocad tidak besar. 8GB RAM sudah cukup untuk autocad. Antara HP dengan Dell dalam link yang disertakan tu, HP lebih baik berbanding Dell.
1. Prosesor: Performan Ryzen 5 4500U lebih baik berbanding Ryzen 5 3500U
2. RAM : Dua-dua bagi 8GB RAM tapi HP support 2666Mhz lebih laju berbanding 2400Mhz tapi kadang-kadang bezanya tak ketara sangat. Cuma Ryzen 5 4500U ni boleh support RAM speed yang lebih tinggi.
Jadi, kami memilih HP Ryzen 5 4500U untuk bajet RM 3000 ke bawah.
** Dari segi jenama, kami suka jenama DELL. Tetapi dari segi spec yang ditawarkan itu, HP lebih baik berbanding Dell.
Atau cuba lihat jenama Lenovo di sini – Lenovo Laptop dan ubahsuai processor pada butang customize dan pilih AMD Ryzen™ 5 PRO 5650U Processor (6 Cores / 12 Threads). Kosnya masih di bawah RM3000. (Mungkin ada promosi). Pilih juga single RAM 8GB , Bukan (2 x 4GB RAM) supaya akan datang anda boleh naik taraf 8GB RAM lagi jadi 16 GB. Cuma pada bahagian storage SSD dia agak sikit 256GB kalau nak dibandingkan dengan Dell / HP mereka menawarkan jumlah SSD sebanyak 512GB.
* Apapun, ini adalah pendapat kami saja. Untuk ketahui lebih lanjut prosesor mana yang lebih baik boleh buat perbandingan di https://versus.com/en/cpu
Hi antara amd ryzen 3 5300U dgn Intel 11th gen i3-1115G4 yang Mana satu better utk software² CAD Dan sesuai untuk course Industrial design?
Hi. Kedua-duanya boleh menjalankan perisian CAD. Pada awalnya kami melihat Intel i3-1115G4 adalah pilihan kami. Disebabkan oleh kestabilannya. Tetapi, selepas pemerhatian kami terhadap beberapa review, kami beralih kepada AMD Ryzen 3 5300U. Dari segi performan kedua-duanya adalah hampir sama. Tetapi, dalam beberapa keadaan AMD Ryzen 3 5300U mendahului Intel i3.
AMD Ryzen 3 5300U mempunyai 4 core dan 8 threads berbanding Intel i3 2 core dan 4 threads sahaja. Jadi, AMD Ryzen 3 5300U sesuai untuk kerja-kerja design dan rendering. RAM 8GB sudah cukup untuk beberapa software design terkini. Cuma, pada masa akan datang boleh upgrade lagi kepada 16GB pula. Storage antara SSD 128GB dan 256gb, lebih baik ambil 256GB. Kebanyakan software design memerlukan saiz yang besar. Seperti kami katakan tadi, jika keadaan memerlukan, boleh naik taraf jumlah storage kepada jumlah yang lebih tinggi.
Jadi, untuk pilihan laptop ini, kami syorkan laptop dengan processor AMD Ryzen 3 5300U.
Hai.nak Tanya antara amd ryzen 3 5300U dengan Intel 11 the gen i3-1115G4 yang Mana better untuk running CAD software Dan sesuai untuk course Industrial design??mohon pencerahan
(Ulang jawapan) Hi. Kedua-duanya boleh menjalankan perisian CAD. Pada awalnya kami melihat Intel i3-1115G4 adalah pilihan kami. Disebabkan oleh kestabilannya. Tetapi, selepas pemerhatian kami terhadap beberapa review, kami beralih kepada AMD Ryzen 3 5300U. Dari segi performan kedua-duanya adalah hampir sama. Tetapi, dalam beberapa keadaan AMD Ryzen 3 5300U mendahului Intel i3.
AMD Ryzen 3 5300U mempunyai 4 core dan 8 threads berbanding Intel i3 2 core dan 4 threads sahaja. Jadi, AMD Ryzen 3 5300U sesuai untuk kerja-kerja design dan rendering. RAM 8GB sudah cukup untuk beberapa software design terkini. Cuma, pada masa akan datang boleh upgrade lagi kepada 16GB pula. Storage antara SSD 128GB dan 256gb, lebih baik ambil 256GB. Kebanyakan software design memerlukan saiz yang besar. Seperti kami katakan tadi, jika keadaan memerlukan, boleh naik taraf jumlah storage kepada jumlah yang lebih tinggi.
Jadi, untuk pilihan laptop ini, kami syorkan laptop dengan processor AMD Ryzen 3 5300U.
hi nak tanya laptop apa ye sesuai untuk support autocad dan harga bawah 2000? saya student civil engineering
Hi.
Untuk laptop bawah RM2000, kami jumpa jenama Acer yang agak sesuai iaitu Aspire 3 (A315-23-R133) AMD Ryzen 3 dan spesifikasinya seperti berikut:
Windows 10 Home
AMD Ryzen™ 3 3250U processor Dual-core 2.60 GHz
AMD Radeon™ Graphics shared memory
39.6 cm (15.6″) Full HD (1920 x 1080) 16:9 IPS
4 GB, DDR4 SDRAM
256 GB SSD
Harga RM 1,799
Jika boleh dipertimbangkan peruntukan yang lebih sedikit, boleh rujuk jenama Dell seperti link yang kami sertakan ini https://www.dell.com/en-my/shop/laptops/intel/spd/inspiron-15-3511-laptop/hni3511401my
Spesifikasi Dell adalah seperti berikut:
11th Generation Intel® Core™ i3-1115G4 Processor
Windows 10 Home Single Language(64bit)
Intel® UHD Graphics with shared graphics memory
4GB, 4Gx1, DDR4, 2666MHz
256GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive
15.6-in. display
Harga RM2,249.
Untuk memilih laptop, antara AMD Ryzen 3 dan Intel i3, kami lebih suka Intel i3. Cuma pada bahagian RAM, akan datang boleh naik taraf kepada 8GB atau 16GB RAM. Tetapi, jika dibandingkan dengan harga pula, Acer Aspire 3, AMD Ryzen 3 adalah yang sebaiknya.
Hai , ideapad flex 15 ryzen 5 sesuai tak untuk autocad ? tkasih
Hi.
Ya. Sesuai. Autocad masih tidak memaksa pengguna untuk menggunakan komputer berkuasa tinggi. Kalau boleh lihat juga spesifikasi yang lain seperti RAM dan harddisk. Kalau boleh RAM paling minimum 8GB DDR4 RAM. Kalau ditawarkan 16GB RAM sudah sangat bagus. Ini kerana, kebanyakan perisian terbaru memerlukan RAM minimum 8GB. Begitu juga Autocad terutamanya versi tahun 2019 ke atas. Autocad tahun 2018 ke bawah sahaja yang sesuai dengan 4GB RAM.
Semak juga harddisk. Hard disk ada dua. HDD atau SSD. Pastikan ia menawarkan hard disk jenis SSD. SSD jauh lebih bagus berbanding HDD. SSD mempercepatkan proses loading windows dan juga perisian-perisian yang besar seperti Autocad, sketchup, adobe photoshop dan yang seumpama dengannya. Manakala, HDD pula boleh dijadikan sebagai tempat simpanan data/file sama ada internal atau external. Kalau HDD tidak ditawarkan bersama laptop pun tak mengapa. Boleh beli secara berasingan dan jadikan sebagai external hard disk.
Rujuk panduan di bawah:
RAM : 8GB RAM (minimum)
Hard disk 1 : SSD Minimum 240GB / 250GB lagi besar lagi baik. Kerana kebanyakan perisian architecture memerlukan sistem storan yang besar. Nak selamat ambil lah 512GB untuk SSD.
Hard disk 2 : HDD 1TB (Internal atau External)
Hanya bagi perisian Lumion sahaja yang akan ada masalah slow/lambat. Sebab, perisian Lumion memerlukan sistem komputer yang mempunyai graphic card yang bagus dan mempunyai sistem memorinya sendiri. Boleh rujuk komen sebelum ini tentang perisian Lumion.
Hi, Lenovo Ideapad flex 5 suitable tak utk student architecture?
LENOVO IDEAPAD FLEX 5
AMD Ryzen™ 7 5700U Processor (8 Cores / 16 Threads, 1.80 GHz, up to 4.30 GHz with Max Boost, 4 MB Cache L2 / 8 MB Cache L3)
Memory:
16 GB Soldered DDR4 3200MHz
Storage:
1 TB M.2 2280 SSD
Graphics:
Integrated AMD Radeon™ Graphics
Semua spec atas ni boleh handle autocad, sketchup and basic lumion render dgn okey tak?
Hi.
autocad dan sketchup memang tiada masalah dengan spesifikasi laptop ini. Tetapi, untuk perisian Lumion pula tak dapat dipastikan sejauh mana tahap prestasinya. Ini kerana, Lumion memerlukan graphic card yang bagus dan mempunyai sistem memorinya sendiri untuk menjalankan perisian tersebut. Contohnya, graphic card paling minima yang diperlukan oleh Lumion 11 ialah GTX1650 / GTX1050. Lumion 9 pun memerlukan sistem graphic card yang bagus untuk menjalankan perisian tersebut dengan baik. Bagaimana pun, kami berpendapat, ia masih boleh dijalankan tetapi pada tahap prestasi yang agak rendah dan untuk simple scene/projek yang kecil sahaja.
Kami pernah menggunakan PC (desktop) Ryzen 3 2200G with radeon Vega 8 graphic (integrated) versi desktop untuk menjalankan perisian Lumion 9. Setakat yang kami gunakan pada waktu itu, ia tiada masalah untuk menjalankan perisian tersebut tetapi agak perlahan dan performannya sangat rendah. Dalam erti kata lain, sangat lambat. Tapi, masih bagus untuk render imej. Apatah lagi Ryzen 7 5700U yang merupakan model siri Ryzen yang lebih tinggi dan lebih baru. Sudah tentu performannya juga jauh lebih baik berbanding Ryzen 3 2200G.
Rujuk di sini perbezaan Ryzen 3 2200G dan Ryzen 7 5700U- https://cpu.userbenchmark.com/Compare/AMD-Ryzen-7-5700U-vs-AMD-Ryzen-3-2200G/m1482042vsm441832
Rujuk di sini untuk spesifikasi Lumion – https://lumion.com/requirements.html
Rujuk di sini juga perbandingan Ryzen 3 2200G & Ryzen 7 5700U – https://www.cpu-monkey.com/en/compare_cpu-amd_ryzen_7_5700u-1764-vs-amd_ryzen_3_2200g-857
Seperti yang kami sebutkan di atas, kami berpendapat, untuk perisian Autocad dan Sketchup tiada masalah dan spesifikasinya sudah cukup cantik. Manakala, Lumion pula, ia masih boleh dijalankan terutamanya Lumion 9 tetapi pada tahap prestasi yang sangat perlahan/sangat rendah (berat). Boleh render imej, dan untuk simple scene/projek kecil tapi kena bersabar sedikit :).
Kalau ubah tetapan Quality dan tetapan Resolution Lumion kepada tetapan yang lebih rendah boleh jadi sedikit lancar. Cuma, masalahnya, quality scene akan jadi rendah tapi quality untuk render imej pula masih baik.
* dari segi model laptop itu sendiri, skrin lipat dan boleh sentuh dan disertakan Lenovo Digital Pen, memang sesuai untuk architecture student.
** sebagai tambahan, prestasi laptop dan desktop ada perbezaannya walaupun mempunyai model siri prosesor yang sama. Boleh jadi prestasi laptop sedikit rendah berbanding prestasi desktop. (yang dimaksudkan di sini ialah prosesor model Ryzen with Integrated Graphic)
Klau saya nk beli honor matebook x15 berbaloi tak untuk run autocad ?
Kalau dilihat kepada spesifikasi yang ditawarkan honor matebook tiada masalah untuk jalankan autocad dan editing software termasuklah 3D sketchup. So.. okay 🙂
Cuma untuk software yang besar dan berat macam 3Ds max, lumion 3D dan Revit tu tak dapat dipastikan tahap performannya.
terima kasih tuan. amat membantu
sama-sama
Bang, kalau dell inspiron 14 7000 okey tak utk architecture student pakai? Ada yg perlu diubah atau ditambah tak after beli?
Inspiron 14 7000 laptop
11th Generation Intel® Core™ i5-1135G7 Processor
Windows 10 Home Single Language(64bit)
Intel® Iris® Xe Graphics with shared graphics memory
8GB, onboard, LPDDR4x, 4267MHz
512GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive
14.5-in. display
Kalau tengok kepada spec tu okay dah. 8GB RAM masih sesuai dengan kebanyakan software. satu masa nanti boleh upgrade RAM ke 16GB. Cuma graphic card yang ditawarkan tu (Intel Iris Xe Graphics) tak pasti boleh sampai ke tahap mana. Bagaimanapun, kalau tengok review dari sumber lain, nampak ia pun agak baik. 🙂
Hi, Lenovo Ideapad flex 5 suitable tak utk student architecture?
LENOVO IDEAPAD FLEX 5
AMD Ryzen™ 7 5700U Processor (8 Cores / 16 Threads, 1.80 GHz, up to 4.30 GHz with Max Boost, 4 MB Cache L2 / 8 MB Cache L3)
Memory:
16 GB Soldered DDR4 3200MHz
Storage:
1 TB M.2 2280 SSD
Graphics:
Integrated AMD Radeon™ Graphics
Semua spec atas ni boleh handle autocad, sketchup and basic lumion render dgn okey tak?
Hi, boleh suggest laptop apa yang sesuai untuk student Quantity Surveying? Harga yang tak terlalu mahal. Ada guna AutoCad ke?
Hi.
Untuk QS, disyorkan laptop atau komputer yang tidak terlalu ‘high spec’ / bukan gaming spec. Kami cadangkan:
1) Apple Macbook Pro – Untuk pengalaman yang terbaik dan selesa kami sangat syorkan laptop macbook pro. Ia sangat selesa, sangat laju untuk ‘loading’, nipis dan mudah untuk dibawa. Macbook/mana-mana produk apple juga boleh dikatakan sangat jarang ada masalah. Sekarang kebanyakan produk Apple sudah menggunakan Chip M1 yang mana performannya dikatakan sangat bagus. Harga dan spec boleh rujuk di Apple.com
2) Dell Inspiron 15 3000 – Harga dari RM2000 – RM3000. Boleh pilih prosesor AMD atau Intel. Tapi, kami sarankan pilih prosesor Intel.
3) Lenovo IdeaPad L3i atau yang lebih tinggi – Harga sekitar RM2000 – RM3000. Boleh rujuk di https://www.lenovo.com/my/en/d/laptops-by-specs?sort=sortBy¤tResultsLayoutType=grid
Apapun, sebelum membuat pilihan, sila teliti dulu spesifikasi yang ditawarkan seperti:
1) RAM – Sekurang-kurangnya 8GB RAM. Jangan kurang. Jika hanya ada 4GB RAM, kami syorkan untuk upgrade RAM menjadi 8GB atau 16GB. Bergantung kepada tahap maksimum yang boleh dinaiktaraf pada laptop / komputer tersebut.
2) Harddisk – Jenis SSD, minimum 250GB atau 240GB dan ada Harddisk tambahan sama ada external atau internal sebanyak 1TB untuk simpanan data.
Dua komponen ni antara terpenting untuk pastikan komputer/laptop dapat menjalankan perisian / software dengan lancar. Kalau laptop atau PC itu dilengkapi dengan grafik kad itu lebih baik.
Laptop gaming blh function mcm laptop biasa x?
Boleh
Nak tnye sy ad beli laptop msi gf63 ram 4gb tp sy dh upgerd ke 8gb grapic card gtx1650 window 10…so ok tak
Hi!
Yup. sememangnya langkah yang baik upgrade ram kepada 8gb. 🙂 kebanyakan software sekurang-kurangnya memerlukan 8gb ram. dan graphic card pun sudah cukup baik
hai asalamualaikum. saya nak tanya, kalau untuk autocad dan ecad, adakah sesuai untuk saya membeli laptop asus zenbook 3 ? mohon pencerahan…
Waalaikumsalam.
Jika Autocad mungkin tiada masalah. Tapi, perlu rujuk spesifikasi software dan spesifikasi laptop tersebut. Kerana, Autocad biasanya tak memerlukan spec/PC dengan performan yang tinggi. Versi CAD terbaru sahaja yang perlukan RAM sekurang2nya 8 GB RAM. ECAD pula perlu dapatkan spesifikasi yang diperlukan oleh software tu. Jika tidak silap, ECAD perlu ada graphic card yang bagus dan RAM yang tinggi. Kami pun tak berani untuk syorkan laptop Asus zenbook 3. Apapun boleh lihat review pengguna lain untuk laptop tersebut.
Tak mahu cuba lihat Macbook Pro M1 Chip? 😉
Hi, maaf nak tanya..kalau 3d rendering tp graphic card guna intel hd graphic 630 atau amd radeon vega 8 graphics, agak2 boleh merosakkan atau lagkan laptop ke? Lagipun sy xgunakan sgt 3drendering sebab hanya dipakai untuk tempoh setahun lebih (situasi saya sama macam komenter di atas, budget pun agak rendah)…risau kalau laptop rosak kalau lenjan je sbb xcapai minimum requirement mcm yg dinyatakan. Mohon pandangan anda .terima kasih..
intel HD graphic tu kami tak pasti. kalau sekadar guna CAD atau photoshop setakat yang pernah kami cuba sebelum ni tiada masalah. Kena tengok juga software apa lagi yang akan digunakan. Biasanya kalau Intel Graphic ni dia akan ada lag juga. kami juga ada pengalaman menggunakan laptop dengan intel HD graphic dan pernah ada masalah pada motherboard. mungkin kurang sesuai, sebab pada masa tu kami banyak gunakan untuk membuat 3D. Itu pun cuma 3D Sketchup. Komen dari rakan-rakan yang masih gunakan laptop dengan intel hd graphic juga agak kurang memuaskan. Oleh itu, kami tidak akan syorkan Intel HD graphic.
Manakala, Radeon Vega 8 graphic pula kalau lihat beberapa review ia bagus untuk gaming walaupun pada tahap biasa (gaming sebagai penanda aras). Kami pernah guna processor dengan radeon Vega 8 graphic (dekstop pc) dan ia agak bagus juga. Cuma, untuk kerja-kerja rendering sahaja ia agak slow. Walaupun yang kami guna itu bukan laptop tapi rasanya ia masih dari komponen yang sama. Sama ada laptop itu akan lag atau tidak, kami tak pasti juga.
Pada pandangan kami, jika untuk kegunaan yang tidak terlalu berat tapi masih untuk menjalankan perisian 3d atau software rekabentuk, pilihan yang kami syorkan ialah Radeon Vega 8 graphic.
Di samping itu, kami cadangkan juga anda buat perbandingan / semakan melalui youtube atau UserBenchmark di google dan lihat perbezaannya.
Hi,saya student architecture boleh tolong suggest any laptop yang sesuai?….And perlu ker saya beli ipad untuk permudah kan lagi proses katika buat project?
Hi.
Jika anda ada bajet lebih kami akan sarankan untuk dapatkan gaming laptop dengan spec yang tinggi. Boleh cuba lihat Laptop Dell Siri G7 dengan harga bermula dari RM6,499. (processor intel i7 dan RAM serendah 8GB & Graphic card Nvidia GTX 1660ti.) Selain itu, boleh lihat juga Dell Gaming Laptop Siri G3 atau G5 seperti di bawah:
1. Dell Gaming Laptop Siri G3 dengan harga bermula dari harga RM3,599, intel i5, 8GB RAM dan Graphic card GTX 1650 (Spec ini sudah cukup baik)
2. Dell Gaming Laptop Siri G5 dengan harga RM3,999, Processor AMD Ryzen 5, 8GB RAM dan Graphic card RX5600M. (Spec ini juga sudah cukup baik)
Setiap siri yang kami nyatakan di atas ialah spec yang paling minimum untuk Gaming Laptop. Dan ketiga-tiga ini sesuai untuk kegunaan architecture software seperti Autocad, 3D sketchup, 3Ds Max, Revit dan sebagainya. Lebih-lebih lagi apabila kena buat Master Plan dengan site yang besar. Gaming laptop memang membantu melancarkan lagi kerja-kerja design.
Kami sendiri ada menggunakan Laptop Dell G7 tahun 2018. Setakat ini semuanya sangat baik tetapi kelemahannya ialah, apabila kami unplug charging adapter dan guna bateri sepenuhnya, performance dia akan drop sikit. Mungkin untuk ketahanan bateri yang lebih lama. Apapun, ia masih baik.
Selain itu, boleh juga lihat Gaming Laptop seperti di bawah:
1. HP Model Omen, harganya bermula dari RM3,899.
2. Gaming Laptop Lenovo Ideapad Gaming 3i yang boleh didapati dengan harga serendah RM2,700++. Tapi, kami sarankan untuk anda lihat Lenovo Legion 5/Legion 5Pi.
3. ASUS Gaming Laptop
4. Acer Nitro 5 (Gaming Laptop) Harga min. RM3,700
5. Illegear Gaming laptop Harga bermula dari RM 3,399
Seperti yang telah kami sebutkan dalam persoalan sebelum ini, apa yang paling penting ialah Laptop yang dipilih itu mestilah daripada jenis Gaming laptop, RAM minimum 8GB ke atas, Harddisk minimum SSD 240GB (kalau boleh atau 120GB) untuk Windows dan software, 1TB HDD untuk simpan data, ada graphic card siri Nvidia GTX 1650 dan ke atas (GTX1660, RTX2060, RTX2070 dan seterusnya) atau Graphic card AMD Radeon siri RX5300M ke atas.
Untuk buat kerja-kerja architecture ni, kita memang perlukan performance laptop atau PC yang tinggi untuk kerja yang cepat dan lancar.
PERLUKAH MEMBELI IPAD
Sebagai pelajar, iPad tu bukan satu keperluan sebab kebanyakan masa akan lebih banyak membuat kerja melakar/sketch secara manual. Itu lebih mudah untuk ‘crit’ dengan pensyarah anda. Akan tetapi, jika anda ada iPad, itu lebih baik.
Sebenarnya, kami sangat sarankan untuk memiliki iPad. Pada kami, iPad sangat penting dan sangat memudahkan untuk membuat kerja-kerja projek anda. Mudah untuk sketch, mudah untuk trace dan mudah untuk buat kerja. Setiap kerja boleh disimpan terus ke dalam sistem cloud yang mana ia boleh dibuka pada bila-bila masa. Jadi, tiada lagi masalah kertas sketch hilang, kertas koyak dan sebagainya. Banyak perkara yang anda boleh jimatkan di situ. Contohnya jimat pen, jimat kertas dan jimat masa. Tambahan, sekarang pun perlu belajar secara online.
Kalau anda ingin membeli iPad, kami cadangkan iPad Pro 12.9 inchi (Wifi+Cellular) sebab ia lebih besar, selesa untuk mata anda. Mungkin boleh tunggu sedikit masa lagi untuk keluaran iPad Pro terbaru. Dalam masa yang sama, terus beli Apple Pencil.
Sudah ada iPad, download pula aplikasi Morpholio Trace. Aplikasi Morpholio Trace dikatakan aplikasi terbaik dan sangat sesuai untuk kerja-kerja architecture. Ia juga bergantung kepada kreativiti anda untuk menghasilkan kerja yang ‘gempak’ untuk dipersembahkan kepada pensyarah anda nanti.
Hai boleh suggestkan tak laptop yang sesuai utk student civil engineering
Hi.
Untuk civil engineering boleh pilih laptop yang tidak terlalu ‘gaming’ yang selalunya berharga RM3,500 ke atas. Kebanyakan software seperti Autocad, sketchup atau photoshop masih boleh dijalankan dengan menggunakan laptop/komputer dengan kad grafik tahap biasa. Spesifikasi minimum yang dicadangkan oleh pengeluar perisian itu pun tidak menyatakan mesti menggunakan laptop atau komputer yang mempunyai grafik kad berkuasa tinggi.
Jika bajet bawah RM3,000, boleh rujuk di sini:-
1. Dell : https://www.dell.com/en-my/shop/laptops-and-netbooks/sr/laptops/rm2500-rm3000?appliedRefinements=10553
2. Acer Aspire : https://store.acer.com/en-my/laptops/aspire?price=2800-3000
Kami lebih suka jika laptop yang dipilih itu mempunyai kad grafik yang bagus. Sekurang-kurangnya GTX 1050 /GTX 1650. Ia sangat membantu menjalankan perisian engineering / architecture dengan lancar.
Jika bajet sekitar RM 4000 ke bawah kami cadangkan laptop seperti di bawah:
1. Dell inspiron : https://www.dell.com/en-my/shop/laptops-and-netbooks/sr/laptops/inspiron?appliedRefinements=34263,10554,24138
2. Dell G Series : https://www.dell.com/en-my/shop/gaming-and-games/dell-g15-gaming-laptop/spd/g-series-15-5510-laptop/hng55101100my
3. Dell G Series AMD Ryzen : https://www.dell.com/en-my/shop/gaming-and-games/g15-ryzen-edition-gaming-laptop/spd/g-series-15-5515-laptop/hng55151100my
4. HP : https://www.hp.com/my-en/shop/laptops-tablets.html?price=3166-4044
5. Lenovo rujuk harga antara RM3,000 – RM4,000 : https://www.lenovo.com/my/en/d/laptops-by-specs?sort=sortBy¤tResultsLayoutType=grid
Sebenarnya, kebanyakan laptop boleh digunakan untuk kerja-kerja engineering atau architecture. Cuma, perlu perhatikan kepada perkara seperti yang disarankan di bawah untuk memudahkan anda membuat pilihan.
1. Processor: Sekurang-kurangnya intel i5 atau AMD Ryzen 5
2. Storage/Harddisk : Pilih yang ada SSD. Minimum 240GB/250GB – SSD lebih laju berbanding HDD. Biasanya SSD digunakan untuk sistem windows dan juga untuk software penting seperti autocad, sketchup dan yang seumpama dengannya. Sebab, ia mempercepatkan proses loading. Manakala, HDD dijadikan sebagai tempat untuk simpanan data. Setidak-tidaknya 1TB HDD. Sama ada internal atau external.
3. RAM : minimum 8GB. Kebanyakan perisian sekarang paling tidak mesti ada 8GB RAM. Jika pilihan dengan bajet cuma ada 4GB RAM saja, tidak mengapa. Boleh upgrade RAM 4GB tu kepada 8GB atau 16GB pada masa hadapan.
4. Grafik kad: Kalau boleh minimum GTX 1050 atau GTX 1650. Jika tiada pilihan, Intel® Iris® Xe Graphics pun sudah memadai. Berdasarkan semakan beberapa review, Intel® Iris® Xe Graphics tiada masalah. Tapi, jika tiada pilihan lagi, Intel UHD adalah pilihan yang terakhir.
** Selain daripada itu, boleh cuba survey Macbook Pro 13. Setakat ni, kami belum dengar lagi ada masalah dengan macbook pro.
** maaf ada link tidak keluar, jadi kami edit semula pada jawapan di atas
Hi saya student engineering, boleh tolong suggest kan tak laptop yg boleh support solidworks, thanks !!
Hi.
Cuba tengok brand Lenovo atau ASUS.
Lenovo ThinkPad P15v Gen 3 (AMD) / P16 (intel)
Lenovo IdeaPad Gaming /Legion Slim
ASUS – Laptop Gaming atau Laptop For Work
Pilih RAM at least 16GB
Graphic card Nvidia rtx 3050 ke atas atau Nvidia Siri Quadro.
Boleh rujuk system requirement graphic card solidwork kat sini > https://files.solidworks.com/videocarddriver/supported-graphics-cards.pdf?_gl=1*n0dq1s*_ga*MjM0MTQ3NzY2LjE2NzUxMzIzMzI.*_ga_XQJPQWHZHH*MTY3NTEzMjMzMS4xLjEuMTY3NTEzMjM1OS4zMi4wLjA.#_ga=2.30336767.1306833654.1675132332-234147766.1675132332
Hai, I beli laptop Intel core i5 3230M, graphic Nvidia Geforce, Ram 4gb dan HDD sata 500Gb, cukup tak untuk run Autocad utk anak saya belajar dlm bidang Mechanical Engineering, atau saya perlu lebih tinggi. Mohon nasihat terima kasih
Hi !
Autocad biasanya tidak memerlukan spesifikasi yang terlalu tinggi. Ia lebih kepada jumlah RAM yang dimiliki. Kalau install Autocad versi lama tahun 2018 ke bawah, minimum 4GB RAM pun sudah cukup. Tapi, untuk Autocad versi tahun 2019 ke atas, sekurang-kurangnya 8GB RAM baru okay untuk RUN Autocad. Kami juga pernah menggunakan 4GB RAM untuk versi baru tahun 2019, ia boleh dijalankan, cuma ia tidak begitu lancar.
Untuk spec Laptop tuan/puan ni tak ada masalah untuk RUN autocad (terutamanya autocad versi 2018 ke bawah). Tapi, jika penggunaan kurang selesa, kami boleh sarankan untuk upgrade laptop tuan/puan pada masa hadapan seperti di bawah:-
1. RAM 4GB upgrade/tambah 4GB RAM lagi jadi 8GB
2. Tambah SSD untuk sistem windows. SSD jauh lebih laju berbanding HDD. Selalunya, SSD dijadikan untuk sistem windows dan juga untuk install software. Kerana, ia boleh mempercepatkan proses loading sama ada ketika start/shutdown windows atau ketika buka software seperti Autocad dan adobe photoshop. Termasuk juga proses pemindahan data. Manakala, 500GB HDD pula boleh dijadikan sebagai tempat simpanan data seperti file kerja, lagu, gambar dan sebagainya.
Kapasiti SSD ada dari 120GB,240Gb dan ada yang lebih besar lagi.
Dan yang paling penting ada graphic card untuk lebih lancar (seperti laptop tuan/puan sudah ada graphic Nvidia Geforce)
Hi.. Untuk auto revit,autocad,skecthup..boleh cadangkann tak laptop yang sesuai yang harga 2.5k kebawah…mohon cadangkan.. Terima kasih
Untuk laptop bawah RM2500 kami cadangkan untuk lihat link seperti di bawah. tetapi, untuk revit kami tak pasti sejauh mana ia boleh dijalankan. maksud kami,dari segi kelancaran ia dapat dijalankan. Untuk software seperti sketchup, cad, photoshop pula ia sudah baik. Apapun boleh buat survey terlebih dulu.
Kalau tengok kepada spesifikasi revit pula seperti tiada masalah. Cuma bagi Acer tu kena upgrade kepada 8GB RAM baru sesuai dengan minimum requirement :
1. Acer – https://store.acer.com/en-my/aspire-3-a315-57g-57l2-3-mohem8 (RAM dia cuma 4GB. Tetapi kebanyakan software versi lama masih sesuai dengan 4GB RAM. Kalau boleh, upgrade kepada 8GB di masa akan datang)
2. Acer – https://store.acer.com/en-my/laptops/acer-consumer-laptop-aspire-3-a315-57g-541r-indigo-blue
3. Dell – https://www.dell.com/en-my/shop/special-buys/new-inspiron-15-3000-laptop/spd/inspiron-15-3515-laptop/hni3515260bmy
4. Dell – https://www.dell.com/en-my/shop/laptops-and-netbooks/new-inspiron-15-3000-laptop/spd/inspiron-15-3515-laptop/hni3515229bmy (yang ini lebih sikit dari RM2500)
Dalam list yang disenaraikan di atas, kami lebih suka jenama Dell.
** maaf kami baru sedar link yang disertakan tidak keluar. Jadi kami perbetulkan pada jawapan di atas
Hi Bang, Boleh Recommend tak Laptop Brand MSI untuk architecture student… yang budget …
paling tk pun max 4k ….
Dah nak dekat timing smbung study tp confius nak beli laptop yg the best untuk buat keja nnti…
Pleasee bang
Hi.
MSI boleh check model ni MSI GF63 Thin 11UC 885 (GeForce RTX3050 GDDR6 4GB). Harga lebih sikit dari 4000. Atau model yang ini MSI GF63 Thin 11SC 887 (GeForce GTX™ 1650, GDDR6 4GB). Cuma graphic card yang model ni graphic card lama. Tapi masih bagus. bajet bawah 4000. Boleh rujuk dekat website dia atau mana-mana kedai yang offer model msi. harga mungkin berbeza ikut kedai.
Hi . Saya student product design and untuk sem depan saya diberitahu yang kami akan guna apps CAD & rapid prototyping di laptop sendiri . Boleh tolong suggest any laptop yang sesuai dan tak terlalu mahal
Hi.
Laptop yang sesuai untuk kerja-kerja CAD atau 3D kami boleh cadangkan untuk anda mencari gaming laptop. Kerana, gaming laptop sudah direka untuk menjalankan grafik pada tahap yang tinggi, lancar dan lebih cekap. Termasuklah kerja-kerja me-render dan sebagainya. Memang ada banyak perbezaan apabila menggunakan laptop/komputer dengan grafik kad yang bagus seperti nvidia atau radeon berbanding laptop tanpa grafik atau grafik kad biasa seperti intel graphic. Ia lebih lancar.
Kami boleh cadangkan gaming laptop seperti berikut:
1. Jenama HP. HP Omen / HP Pavilion yang bermula dengan RM 3800 ++. HP juga akan keluar laptop gaming baru daripada processor AMD.
2. Lenovo Gaming laptop bermula dari RM3,300. Lenovo ada banyak model untuk gaming laptop. Kami cadangkan Legion 5 bermula dengan harga RM3700++
3. Acer Nitro 5. Harga RM3700++
4. Illegear Gaming laptop. harga min. RM3399
5. Dell Gaming Laptop Siri G3 minimum ada dari harga RM3599. atau Dell G5 pada harga RM3999.
Antara yang penting apabila memilih laptop ialah melihat kepada perkara seperti berikut:
1. Graphic card – Nvidia siri GTX 1650 /1660 ke atas
2. Graphic card – Radeon RX5300M ke atas
3. RAM – Minimum 8GB. 4GB RAM boleh juga.. next time boleh upgrade kepada 8GB
4. Harddisk – Pilih yang ada SSD. SSD lebih laju untuk proses loading, buka software dan transfer data berbanding HDD. kalau ada kedua-duanya lagi bagus. SSD untuk software dan windows, HDD untuk data.
assalamualaikum. tuan boleh x cadangkan laptop yg bole digunakan utk kerja2 menggunakan autocad..bajet rm3k-3.5k..sy xberapa tau sgt psl laptop ni..tq
waalaikumsalam. untuk autocad biasanya tak perlu kepada performan yang tinggi. Cuma untuk versi terbaru selepas 2018 perlukan RAM yang besar. sekurang-kurangnya 8GB. tak payah graphic card yang tinggi pun masih tak ada masalah untuk jalankan perisian.
Jadi, laptop yang kami cadangkan ialah HP Victus Gaming Laptop 15-inch fb0033AX. Link
Lain-lain pilihan boleh lihat list kat bawah.
HP. link (RM2,799 – RM3,699)
Honor. Link (Magicbook x16 / x14 / x14 GTX2050)
Lenovo. Link (RM3,100 – RM3,500)
Asus. Link (RM3,099 – RM3,699)
Pilihan spec yang dicadangkan :
Prosesor antara i7 ke i5. Atau AMD Ryzen 5 ke Ryzen 7.
Sistem grafik pilih sekurang-kurangnya intel Xe Graphic atau Nvidia MX550. Dapat yang lebih tinggi tu lebih baik. Elakkan memilih grafik intel UHD.
RAM atleast 8GB RAM.
Storage : 512GB
harap dapat membantu
Hi , saya student civil engineering . Nak tanya kalau laptop aspire 3 window 10 home AMD ryzen sesuai tak untuk support software maca autocad ?
Hi.
Semakan kami, Acer Aspire 3 masih sesuai untuk perisian Autocad terutamanya autocad versi 2018 ke bawah. Autocad versi 2019 ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 8GB RAM. Acer Aspire 3 pula menawarkan 4GB RAM sahaja. Jadi, untuk perisian autocad terkini, ia tidak begitu sesuai. Besar kemungkinan akan jadi perlahan atau lambat ketika membuat kerja (terutamanya versi 2019 ke atas).
Bagaimana pun, sekiranya laptop ini dipilih, waktu akan datang (jika prestasi kurang baik) boleh upgrade / menaik taraf jumlah RAM 4GB kepada 8GB atau paling baik 16GB supaya ia sesuai dengan kebanyakan software terkini. Dari segi hard disk, ia menawarkan SSD 256GB. Sudah cukup untuk kegunaan minima/asas. Kalau boleh juga, pada waktu akan datang, naik taraf SSD 256GB kepada SSD 512GB pula. Supaya banyak lagi perisian kejuruteraan/senibina yang boleh dipasangkan di dalam laptop. Dalam pada itu, beli juga peranti storan tambahan sebanyak 1TB untuk simpanan data, kerja, gambar, fail kerja dan sebagainya.
Spesifikasi yang kami semak di laman web Acer:
Windows 10 Home
AMD Ryzen™ 3 3250U processor Dual-core 2.60 GHz
AMD Radeon™ Graphics shared memory
39.6 cm (15.6″) Full HD (1920 x 1080) 16:9 IPS
4 GB, DDR4 SDRAM
256 GB SSD
Perkara utama yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut:
1. Jumlah RAM sekurang-kurangnya 8GB RAM DDR4. Kalau 4GB RAM, boleh upgrade / naik taraf pada masa akan datang kepada 8GB RAM atau 16GB RAM
2. Pilih Storan SSD. Minima 256GB. Boleh upgrade kepada 512GB pada masa akan datang. SSD jauh lebih laju daripada HDD. Ia mempercepatkan proses loading. Terutamanya untuk loading Windows dan buka perisian macam Autocad
Kesimpulan:
Pertama, berdasarkan kepada spesifikasi Laptop Acer Aspire 3 di atas, ia masih sesuai cuma pasang perisian Autocad versi lama seperti yang telah kami nyatakan di atas. RAM 4GB yang ditawarkan oleh Acer Aspire 3 agak kecil tetapi akan datang boleh naik taraf kepada 8GB atau 16GB.
Kedua, jangan terlalu menggunakan untuk kerja-kerja yang terlalu berat atau lasak, atau terlalu memaksa, dikhuatiri boleh menjejaskan ketahanan laptop.
hi?
boleh cadangkan jenama laptop apa yang okay untuk achitecture student?
hi,
Sebenarnya kebanyakan jenama laptop okay. Apa yg penting lihat kepada spesifikasi yang ditawarkan. Biasanya, lihat jenis Gaming laptop. Selain itu, lihat design yang disukai serta bajet. Ada yang suka laptop nipis atau tidak terlalu tebal, ringan dan tidak terlalu besar.
Untuk spesifikasi yang sesuai, perlu lihat kepada perkara seperti berikut:
1. Prosesor
2. RAM
3. Harddisk
4. Graphic card
Prosesor ada 2 jenis. Intel dan AMD. Paling minima : Intel i5/intel i7 dan ke atas. Atau Prosesor AMD Ryzen 5, Ryzen 7 dan ke atas
RAM : Paling minima mesti 8GB RAM. Kebanyakan software architecture sekarang memerlukan 8GB RAM. Dapat 16GB tu lebih baik.
Harddisk : Pilih jenis SSD. Untuk tahun 2022 ni, SSD 500GB ke atas itu wajib dan tambah 1TB sama ada SSD atau hard disk biasa untuk simpanan data. SSD lebih laju berbanding Harddisk biasa.
Graphic card paling minima : RTX 3050 dan siri RTX 30 ke atas.
Antara jenama laptop yang terbaik adalah seperti di bawah (Gaming Laptop):
1. Dell / Alienware
2. HP
3. Lenovo
4. Asus
5. Apple
Jenama yang kami cadangkan ialah Dell dan HP.
1. HP boleh rujuk di sini : https://www.hp.com/my-en/shop/laptops-tablets/personal-laptops/omen-laptops.html?hp_facet_series=OMEN+Laptop+16
2. Dell / Alienware boleh rujuk di sini : https://www.dell.com/en-my/shop/gaming-and-games/sf/g-series#models-module
3. Dell : https://www.dell.com/en-my/shop/gaming-and-games/sr/game-laptops/g-series