6 Laptop Yang Sesuai Untuk Architecture Student 2018

Architecture student, kalau tidak mempunyai laptop memang boleh jadi bingung juga dibuatnya. Laptop boleh dikatakan sebagai pendamping atau peneman hidup kepada architecture student. Apatah lagi bidang architecture ni ada banyak perkara yang mesti dilakukan. Architecture student, sudah tentu perlu mencari maklumat,  membuat case study, membuat design, membuat drawing, membuat 3D, membuat presentation board, mencari maklumat tapak cadangan, mencari maklumat berkaitan projek dan banyak lagi yang mana semuanya itu memerlukan kepada kemudahan laptop atau kompter. Ia bukanlah wajib, tapi dengan keadaan yang seperti ini, laptop memang sangat diperlukan. Di peringkat permulaan, mungkin tak perlu laptop berkuasa tinggi. Tapi bila sudah naik semester, laptop pun kena dinaik taraf.

Jika mahukan sebuah laptop terbaik, ada beberapa jenis laptop yang sesuai untuk architecture student. Yang disenaraikan di sini ialah laptop terbaik untuk architucture student yang paling minimum mengikut brand, spesifikasi dan harga. Kami akan gunakan istilah ‘Laptop Terbaik’ atau ‘Gaming Laptop’. Kenapa ‘Gaming Laptop’? Sebabnya, apa yang boleh dimainkan untuk ‘game’ bermakna ia juga mampu menjalankan perisian architecture. Senarai ini adalah berdasarkan kepada pemilihan kami secara peribadi untuk laptop dengan processor Intel. 

1. MSI GL62M-7RDX-1216

Secara umumnya, kebanyakan pembeli laptop lebih cenderung kepada jenama laptop seperti Acer dan juga ASUS berbanding MSI. Ini kerana jenama ini sangat familiar dan diyakini di kalangan pengguna laptop. Malah, iklannya juga boleh dijumpai di mana-mana. Untuk pengetahuan anda, MSI bukanlah sebuah jenama yang biasa. MSI merupakan antara sebuah jenama dan pengeluar barangan komputer yang terkemuka di dunia. Bagi yang biasa dengan barangan komputer, MSI merupakan jenama yang tidak asing lagi pada mereka. Antara produk yang paling banyak dijumpai di pasaran ialah motherboard, graphic card dan juga laptop. 

MSI GL62M-7RDX-1216 merupakan salah satu siri GL yang menawarkan Intel® Core i5-7300HQ Processor, 4GB DDR4 2400MHz dan peranti simpanan sebesar 1TB Hard disk. Manakala graphic cardnya pula Nvidia GTX 1050 2GB GDDR5 dibantu dengan skrin selebar 15.6 inchi. Laptop dengan spesifikasi yang diberikan ni bukanlah yang paling baik, akan tetapi ia adalah laptop yang terbaik paling minimum yang harus dimiliki untuk menjalankan perisian architecture dengan baik. Harganya sekitar RM3,000 lebih yang mana anda juga boleh membuat perbandingan dan lihat keluaran terbaru MSI DI SINI.

2. OMEN by HP Laptop 15-ce032TX

HP merupakan sebuah jenama komputer yang tidak asing lagi. Laptop ini dipilih bukan sahaja mempunyai spesifikasi yang baik malah memiliki rekabentuk yang menarik kalau hendak dibandingkan dengan MSI tadi. Laptop ini menawarkan 7th Generation Intel® Core i7-7700HQ Processor, 4GB DDR4-2400 SDRAM dan hard disk dengan saiz 1TB 7200 rpm SATA. Saiz skrinnya sama seperti MSI tadi iaitu selebar 15.6 inchi dan dibantu dengan sistem kad grafik NVIDIA GTX 1050 (4 GB GDDR5 dedicated). Dengan spesifikasi yang ditawarkan ini, laptop ini lebih baik sedikit untuk menjalankan perisian architecture berbanding MSI GL62M-7RDX-1216 tadi. 

Harga yang ditawarkan di HP Store untuk OMEN by HP Laptop 15-ce032TX ini ialah sekitar RM4,099 tetapi jika anda rajin sedikit membuat carian di Shopee harga yang ditawarkan lebih kurang RM3,600. Jika anda memilih untuk membeli di Shopee, pastikan untuk menyemak review pembeli lain dan rating seller sebelum membuat keputusan membeli secara online. Jika tidak, jadikan sebagai rujukan harga sahaja dan terus ke kedai komputer untuk mendapatkan laptop ini. Klik DI SINI untuk semak harga dan keluaran terbaru.

3. Acer Nitro 5 (AN515-51-579L)

Kebanyakan kita memang tahu jenama Acer. Antara jenama yang sangat dikenali. Sebut laptop saja mesti jenama Acer yang terlintas di kepala. Acer ada banyak keluaran laptop. Untuk gaming laptop, Acer sebenarnya telah berjaya membuatkan pembeli laptop berasa teruja dan rambang mata. 

Laptop Acer Nitro 5 (AN515-51-579L) ini bukanlah yang terbaik tetapi bolehlah juga diterima untuk kerja-kerja architecture. Laptop ini menawarkan Intel Core i5-7300HQ 2.5 GHz; Quad-core, 4GB DDR4, 1 TB hard drive dan Nvidia GTX 1050 Up to 4 GB GDDR5 Dedicated graphics memory dan skrin selebar 15.6 inchi. Harga ditawarkan oleh Acer ialah sekitar RM3,099. Lihat perbandingan harga DI SINI dan keluaran terbaru.

4.  Asus FX553V-DDM1025T Gaming Laptop

Selain Acer, Asus juga merupakan jenama yang sangat terkenal di kalangan pengguna laptop. Seakan-akan Acer bunyinya, kadang-kadang boleh juga terkeliru. Asus FX553V ini tidak dapat dipastikan ada versi Intel i7 atau pun tidak. Tetapi Asus FX553V-DDM1025T ini menawarkan processor Intel Quad-Core i5 7300HQ 2.5Ghz up to 3.5GHz, 4GB DDR4 RAM, 1TB 5400RPM HDD, Nvidia GTX1050 2GB GDDR5 dan skrin selebar 15.6 inchi. Boleh dikatakan kebanyakan gaming laptop dengan spesifikasi minimum yang disenaraikan ini menawarkan skrin bersaiz 15.6 inchi. 

Laptop ini ditawarkan dengan harga sekitar RM2,800 ke RM3,500. Bergantung di mana anda akan membelinya. Semak DI SINI untuk harga dan keluaran terbaru.

5. Dell Inspiron 15 7000 Gaming (7577)

Model dan Spec sebenar mungkin berubah mengikut promosi dan tawaran pihak penjual

Dell Inspiron 15 7000 Gaming (7577) menawarkan processor I5-7300HQ(6M 2.5GHZ) dengan sistem Windows 10 Home. 4GB DDR4, 1 TB hard disk dan sistem grafik Nvidia GTX1050 4GB. Spesifikasi yang Dell tawarkan ini sama seperti brand sebelum ini yang mana hampir kesemuanya memberikan spesifikasi yang hampir sama untuk lingkungan harga yang ditawarkan. 

Bagaimanapun, ia sudah sesuai dan laptop paling terbaik yang paling minimum untuk kegunaan perisian architecture. Apa yang boleh dimainkan untuk perisian permainan, sudah pasti untuk kegunaan perisian architecture tidak mempunyai masalah. 

Dell sendiri memberikan tawaran harga lebih kurang sekitar RM3,500 dan ke atas bagi laptop siri Inspiron 15 7000 ini. Semak harga dan keluaran terbaru DELL, DI SINI.

6. Lenovo Legion Y520

Apa yang menarik pada Lenovo Legion Y520 ini ialah spesifikasinya dengan harganya sangat berbaloi untuk dimiliki. Spesifikasi gaming dengan processor i5 tidak banyak beza dengan spesifikasi gaming yang ditawarkan dari jenama yang lain. Cuma perbezaannya dari segi harga dan rekabentuk yang ditawarkan. Semak harga dan keluaran terkini DI SINI.

Menawarkan processor i5, 4GB ddr4 RAM, 1 TB hard disk dan graphic card GTX 1050 2GB GDDR5 sudah memadai untuk menjalankan perisian architecture.

Jika anda mempunyai lebihan bajet, kami mencadangkan supaya menambah jumlah RAM kepada 8GB (Semak harga RAM DI SINI) dan tambah sistem simpanan SSD (Semak harga SSD DI SINI) untuk meningkatkan kuasa laptop anda. Memandangkan spesifikasi untuk perisian architecture semakin lama semakin tinggi dan bersaiz besar sudah tentu laptop yang anda gunakan perlu dinaik taraf kepada tahap yang paling maksima selaras dengan keperluan semasa.

Nota:

* Jika anda ada pertanyaan tentang laptop atau komputer untuk kegunaan kerja dan pelajaran yang berkaitan dengan senibina atau yang seumpama dengannya, boleh terus gunakan ruangan komen di bawah. Nombor telefon yang disediakan di bahagian contact hanya untuk urusan kerja sahaja.

** Cadangan laptop di atas adalah setakat tahun 2018. Semakan harga dan model mungkin tidak sama kerana perubahan masa

About The Author

7 thoughts on “6 Laptop Yang Sesuai Untuk Architecture Student 2018”

    1. Hi

      Boleh cari spesifikasi laptop yang tidak terlalu tinggi dan bukan jenis gaming laptop. Tapi sekurang-kurangnya prosesor intel i5 / AMD Ryzen 5, RAM 8GB atau 16GB dan SSD 512GB ke atas. Sistem Graphic paling minima pun sekurang2nya Intel Xe Iris Graphic.

      Boleh Semak jenama HP, ASUS, MSI atau Dell dan juga Huawei atau Honor.

      Kalau ada peruntukan lebih, cuba lihat Apple Macbook Pro 13.

  1. hi saya student seni bina (arkitek) nak tanya laptop MSI PRESTIGE 14 i7-1185G7 / 512 GB which is the pink one bole tak digunakan untuk student mcm saya ? and laptop ni sesuai tak saya nak guna as diploma student

    1. Hi.

      Ya, boleh dan sesuai terutamanya untuk guna software seperti autocad, sketchup, adobe photoshop. Kalau nak guna software lumion akan jadi slow.

      Kalau nak guna Lumion 3D kena tetapkan setting Lumion tu kepada ‘low’.

    1. Hi, su student pengurusan teknologi pembinaan. Sy memang akan selalu menggunakan sketch up n auto cad. Boleh tak, suggest pada saya laptop apa yg sesuai sy gune. Sbb skrg ni sy guna laptop acer travelmate p236 series.

      1. Hi.

        Kami telah membuat semakan. Laptop ini boleh digunakan untuk Autocad dan Sketchup. Buat masa ini, guna dulu laptop ini. Cuma, kalau RAM yang digunakan ketika ini ialah 4GB RAM, kami syorkan untuk upgrade RAM jadi 8GB.

        Cadangan laptop lain, bergantung kepada bajet anda.

        1. ) Dell seperti link disertakan >> https://www.dell.com/en-my/work/shop/business-laptop-notebook-computers/inspiron-15-plus-laptop/spd/inspiron-15-7510-laptop/wni7510114hsmy

        2) HP >> https://www.hp.com/my-en/shop/victus-by-hp-laptop-16-d0166tx-4d8k8pa.html

        Panduan lain ialah, jika anda ingin mencari laptop yang bagus dan sesuai, berikut adalah perkara yang perlu diteliti:

        1. RAM Minimum 8GB
        2. Processor Intel i5 ke atas, atau AMD Ryzen 5 ke atas
        3. Pilih juga SSD minimum 256GB ke atas atau 512GB. SSD biasanya dijadikan untuk windows. SSD juga bagus untuk software2 yang besar dan berat seperti CAD dan Sketchup. Ia akan mempercepatkan proses loading ketika software/fail kerja CAD atau sketchup dibuka.
        4. Untuk storage tambahan pilih 1TB Hard disk internal atau external untuk simpanan data.
        5. Sistem grafik kad pilih Nvidia GTX 1650 ke atas, atau yang terkini RTX 3050 ke atas. Atau boleh juga cari laptop dengan grafik Radeon Vega 8 ke atas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *