4 Architectural Software Yang Wajib Ada Dalam Architecture – Part 1

Zaman memang sudah banyak berubah. Kita takkan sedar jika kita tidak mengambil berat tentang apa yang sedang berlaku dalam dunia ini. Daripada kerja-kerja tangan, kini sudah banyak menggunakan teknologi komputer. Kemudian, wujud pula banyak software. Tidak terkecuali perubahan yang berlaku bidang architecture. Daripada lukisan pelan manual, kini sudah banyak wujud software 2D dan 3D. Jika dulu, ramai yang pakar menghasilkan hasil kerja tangan, tetapi sekarang ramai yang pakar menggunakan software. Setiap software ini dicipta tidak lain adalah untuk membantu arkitek dan designer menyediakan kerja-kerja architecture dengan lebih mudah. Ia juga mampu memendekkan tempoh kerja dan membantu menyediakan presentation design kepada klien. 

Apakah Architectural Design Software yang mesti ada dalam Architecture 

1. AutoCAD

Contoh AutoCAD

Walaupun ada yang berpendapat, bahawa AutoCAD tidak lagi releven berbanding Revit pada masa ini, tetapi pada hakikatnya, AutoCAD masih lagi sebuah software yang amat diperlukan untuk menyediakan kerja-kerja architecture. Ini kerana, bukan semua orang yang dalam bidang architecture mempunyai pengetahuan menggunakan Revit. Dalam masa yang sama, tidak semua juga mempunyai masa untuk mempelajari software Revit sebagai pilihan utama untuk menyediakan architectural drawing. Ketika presentation atau submission plan pun, bukannya daripada software apa yang mesti digunakan, tetapi hasil kerjanya yang paling utama. Mujur juga pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak membuat syarat ‘Pelik’ kepada mana-mana konsultan seperti arkitek, pelukis pelan, perancang bandar dan jurutera yang mahu menyerahkan lukisan pelan mesti menggunakan software Revit barulah permohonan itu diterima. Eeww! Please-lah..

AutoCAD mempunyai banyak versi. Paling baru ialah AutoCAD 2019. Tidak kira versi yang mana, tujuan asalnya adalah untuk memudahkan menyediakan lukisan pelan arkitek seperti pelan tapak, pelan lantai, pandangan sisi, keratan, perincian dan sebagainya. Kalau sudah mahir dengan AutoCAD, tiada keperluan lagi untuk bersusah-payah menggunakan software yang lain. Melainkan, anda berminat untuk belajar dan mencuba benda baru. 

2. SketchUp

Contoh SketchUp

Memandangkan bukan semua orang boleh faham design dan drawing dalam 2D, maka, sudah tentu arkitek mesti cari alternatif lain iaitu tunjukkan konsep design mereka dalam bentuk 3D yang boleh nampak semua sisi. Lagi cepat klien faham, lagi bagus untuk arkitek menjadi lebih produktif. Kami maksudkan SketchUp. SketchUp merupakan salah satu software yang paling senang sekali untuk membentuk 3D. Bukan macam 3Ds Max. SketchUp dicipta bukan untuk anda sakitkan kepala. Anda rasa arkitek ada masa untuk sakit kepala? Tak perlu juga render cantik-cantik jika masih dalam peringkat cadangan. Cukup sekadar dapat membantu klien nampak dengan jelas bagaimana bentuk design bangunan mereka itu nanti.

Sangat bagus jika dapat memasukkan pelan tapaknya sekali ke dalam 3D tu. Tunjukkan juga di mana jalan utama dan keadaan kawasan sekitarnya. Walaupun projek anda hanyalah sebuah rumah banglo, apa salahnya gunakan kemudahan 3D untuk memudahkan klien faham dengan jelas. Itu penting. Dengan cara ini, klien boleh faham bagaimana keadaan bangunan mereka apabila berada di atas tapak cadangan. Gambaran awal amat penting. Di mana tangga, pintu, ketinggian, kedudukan tiang dan keluasannya. Anda juga boleh memberikan idea untuk meletakkan perabot dan menunjukkan lokasi setiap ruang kepada klien. Sekarang, semua orang nak cepat. 

3. Lumion

Contoh Lumion

Kalau ditanya kepada kami apa software 3D Rendering yang terbaik untuk architecture? Kami akan katakan ianya adalah 3Ds Max. Dari dulu sampai sekarang, 3Ds Max adalah yang terbaik untuk Rendering 3D sehingga hasilnya boleh membuatkan anda berasa ‘Wow! real-nya’. Tapi, kalau tak mahir guna 3Ds Max, apalah maknanya ada software 3Ds Max tu kan? Oleh sebab tiada kemahiran itulah, software 3Ds Max agak sepi di ruang studio kami. Atas sebab itu juga, kami lebih cenderung kepada software Lumion. Lumion ni boleh dikatakan, apa yang diangan-angankan oleh arkitek telah pun menjadi kenyataan. Tak sangka, apa yang difikirkan untuk memudahkan kerja -kerja rendering sudah pun ada di depan mata. 

Tak perlu sampai pecah kepala nak render perspektif bagi nampak real. Buat dulu dalam SketchUp dan export file kepada format Lumion. Kemudian, buka Lumion, import file SketchUp yang telah di-Export tadi.  Lepas tu, masukkan material, tambah warna, buat efek cahaya pada cermin, meletakkan pokok, rumput, kenderaan dan manusia. Boleh bina contour, slop, kolam air dan juga landskap. Menarik sekali, apabila dapat bermain dengan pergerakan cahaya matahari, siang dan malam. Ia sama seperti anda sedang bermain game The Sims tapi, hakikatnya, anda sedang melakukan kerja. Kelemahannya, anda wajib ada sebuah komputer yang mempunyai spesifikasi yang tinggi, barulah hasilnya cantik dan real. Sama macam Gaming PC. Ada duit, boleh la beli grafik kad yang power.

4. Photoshop

Contoh Photoshop

Photoshop adalah proses akhir sebelum ia di bawa keluar. Render 3D saja tidak cukup kalau gambar 3D yang di render tidak di edit. Photoshop membantu menaiktaraf qualiti gambar untuk attract orang yang melihatnya. Boleh tambah orang, landskap, tekstur, buang atau edit semula gambar dan membuat watermark. Selain itu, banyak lagi kemudahan edit yang anda boleh explore dalam Photoshop. Kena rajin sikitlah.

Keempat-empat software yang disenaraikan ini sudah cukup lengkap untuk anda yang dalam bidang architecture. Bergantung kepada cara menguasainya. Software ini adalah yang paling mudah untuk digunakan. Pada pendapat kami, mahirkan dulu yang empat ini, kemudian, barulah explore software yang lain. Basic knowledge saja sudah cukup. Yang penting, dapat siapkan kerja. 

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *