Projek rekabentuk rumah 4215 HOUSE ini terletak di Daerah Rantau Panjang, Kelantan. Rantau Panjang merupakan salah satu daerah di dalam Jajahan Pasir Mas.
4215 HOUSE mempunyai keluasan 2171 kps atau 201.69 meter persegi di atas tanah seluas 520 meter persegi. Rekabentuk ini mengandungi 4 bilik tidur dan 3 bilik air.
Dari segi ketinggian lantai dari aras tanah, bangunan ini dinaikkan setinggi 600mm atau 2 kaki. Kawasan ini tidak dinaiki air atau bukan kawasan banjir kerana keadaan lokasinya agak tinggi berbanding kawasan tanah disekitarnya.
Susun atur pelan lantai
Dari segi susun atur pelan lantai pula, rekabentuk rumah ini bentuknya memanjang ke belakang. Di hadapan sekali ialah tempat letak kereta. Di bahagian kanan ialah bilik tidur utama, bilik tidur ke-2 dan bilik tidur ke-3. Manakala, sebelah kiri ialah ruang tamu, bilik tidur ke-4 dan ditengah-tengah antara bilik ke-3 dan bilik ke-4 ialah ruang makan. Dapur berada di belakang sekali bersama-sama dengan bilik air 3. Ruang dapur agak luas iaitu sekitar 30 kaki lebar x 15 kaki panjang. Saiz ruang tamu pula ialah 20′ kaki lebar x 19′ kaki panjang.
Halaman rumah
Ruang tamu mempunyai pintu gelangsar dan anak tangga sebagai laluan ke halaman rumah. Halaman rumah di sebelah kiri ialah kira-kira 15 kaki dari dinding bangunan ke pagar rumah atau garisan lot.
- 4215 HOUSE
- Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
- Keluasan : 2171 kps
- Tahun : 2018
- Imej Render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
- Lokasi : Rantau Panjang
- Negeri : Kelantan
* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini