AutoCAD Tutorial | Membuat Plot Bearing

Tutorial ini merujuk kepada program AutoCAD. 

Katakan anda mempunyai plot tanah dan anda juga mahu melakarnya secara tepat di dalam AutoCAD. Di bawah ialah contoh plot tanah dan cara membuat plot bearing. Ukuran contoh plot tanah di bawah ialah dalam Meter. Di dalam tutorial ini akan convert unit meter tersebut kepada unit millimeter di mana 26.716m = 26716mm

Pastikan sudah menetapkan Unit. 
  1. Taip UNITS dan tekan ENTER.
  2. Apabila dialog UNITS dibuka, tetapkan Angle type kepada Deg / Min / Sec dan pilih precision 0d00’00” atau yang bersesuaian.
contoh plot tanah

Ambil contoh ukuran di dalam ukuran plot tanah di atas. Bermula dengan ukuran Bahagian A. Buat LINE. Taip L dan tekan ENTER. Pilih Starting Point atau Specify First Point dan taip @distance<Deg/Min/Sec. Contoh, taip @26716<69d43’00” dan tekan ENTER. Satu LINE akan terbentuk mengikut ukuran dan bearing yang sama seperti dalam plot tanah. Boleh semak melalui command LI dan klik pada LINE yang sudah terbentuk tadi. 

Taip distance dan bearing lot tanah

Selepas LINE terbentuk, LINE akan terus bersambung. Teruskan taip @distance<Deg/Min/Sec. Jika LINE  terputus, sambungkan saja dengan membuat LINE baru dihujung LINE yang telah dibuat tadi.

LINE terus bersambung. Jika putus, sambung semula dengan command LINE yang baru

Sambungkan dan taip distance seterusnya. Contoh, taip @24836<156d43’00” dan tekan ENTER. Teruskan sehingga LINE bearing bersambung sepenuhnya dengan LINE pertama tadi. Tekan ENTER sekali lagi untuk memutuskan LINE. 

LINE akhir sepatutnya bersambung dengan hujung LINE pertama

Jika tidak bersambung ke hujung LINE yang pertama tadi, semak semula atau betulkan LINE.  

 

About The Author

4 thoughts on “AutoCAD Tutorial | Membuat Plot Bearing”

    1. Kami juga belum jumpa. Biasanya penyelesaian yang kami lakukan ialah dengan menggerakkan garisan yang bertentangan itu pada kedudukan sepatutnya.

      Klik garisan yang bertentangan itu dan satukan dengan hujung garisan terakhir/sebelumya.

      * kami akan update jika ada solusi terkini. Terima kasih untuk pertanyaan saudara/saudari.

  1. Saya dah cuba, bila saya taip @24836<156d43’00” lepatu tekan enter, dia jadi error pada bahagian box (156d43’00”). jadi macam mana ya?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *