Setback bermaksud anjakan yang perlu dibuat sebelum pembinaan sebuah bangunan atau rumah dimulakan. Untuk setback rumah kediaman biasa atau standard ialah 20 kaki hadapan atau bahagian yang menghadap jalan dan 10 kaki kiri, kanan dan belakang atau bahagian yang bersebelahan dengan lot yang lain. Anjakan tersebut ialah dari garis sempadan lot hingga ke dinding bangunan.
Contoh di atas menunjukkan lot tapak cadangan menghadap jalan utama. Manakala sisi dan belakang lot tapak cadangan ini bersebelahan dengan lot-lot yang lain.
Anjakan 20 kaki (6.096 meter) dari sempadan lot yang menghadap jalan. Manakala 10 kaki bagi bahagian yang menghadap lot bersebelahan.
Ruang kosong (putih) ialah ruang yang tinggal yang dibenarkan untuk membuat binaan di atasnya selepas menolak ruang anjakan (setback)
Warna grey ialah jalan utama. Manakala, warna hijau ialah tapak cadangan dan warna putih ialah ruang yang dibenarkan untuk membuat binaan selepas jarak anjakan diperolehi.
Gambaran di atas adalah kedudukan bangunan selepas membuat anjakan 20 kaki hadapan dan 10 kaki sisi dan belakang. Warna grey merujuk kepada jalan utama atau jalan hadapan. Gambaran di atas diandaikan kepada rumah 1 tingkat.
Gambaran di atas sebuah bangunan atau rumah kediaman yang diandaikan sebagai sebuah bangunan 2 tingkat. Jarak anjakan hadapan dari jalan utama ialah 20 kaki. Warna grey ialah jalan utama sebagai bahagian hadapan bangunan.
Gambaran bagaimana sebuah bangunan atau rumah kediaman di atas tapak cadangan selepas anjakan. Driveway berada di hadapan (warna kuning) sebagai laluan masuk ke bangunan dari jalan utama (warna grey).
Gambaran untuk melihat kedudukan bangunan dan anjakan (setback) dari sisi atau sudut yang lain. Warna kuning ialah driveway sebagai bahagian hadapan dan warna grey ialah jalan utama.
Gambaran dari sudut belakang dan sisi bangunan untuk melihat bagaimana kedudukan bangunan selepas anjakan dibuat. Warna brown merujuk kepada lot-lot lain yang berada bersebelahan lot tapak cadangan.
maaf en. mohon penjelasan jika rumah cooner lot mempunyai 2 jalan berseblahan dgn rumah . jd kedua2 set back perlu 20
Mana-mana bahagian lot yang menghadap jalan perlu membuat setback bangunan sebanyak 20 kaki. Apa pun, ia bergantung juga kepada kelonggaran yang diberikan oleh PBT kerana terdapat PBT membenarkan setback 15 kaki untuk bahagian yang selain daripada jalan depan. Jalan depan memang wajib 20 kaki.
Tiang porch / struktur tidak berdinding, dibolehkan minimum 10 kaki.
Tetapi, disarankan rujuk dengan PBT berkaitan untuk dapatkan garis panduan mereka.
Sangat membantu , terima kasih!
Terima kasih juga! Kami gembira info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda
Hello, I enjoy reading through your article. I like to write a little comment to support you.
terima kasih info berguna
Pingback: Yang Manakah Penggunaan Istilah (terms) Yang Betul? Setback, Siteback atau Sideback? - DZ Creation
Pingback: Perkara Yang Perlu Diketahui Sebelum Membuat Rumah Kediaman Sendiri - DZ Creation