Membina Rumah Banglo Ke Dalam Dunia Permainan The Sims

Baru-baru ini saya berurusan dengan klien terbaru untuk cadangan rekabentuk sebuah rumah banglo dengan 7 buah bilik tidur. Mengikut ‘brief‘ yang diberikan oleh pihak tuan rumah, secara terperincinya, mereka inginkan sebuah rumah banglo 2 tingkat dengan tujuh bilik tidur, 3 bilik tidur berada di bawah dan 4 bilik tidur termasuk master bedroom berada di tingkat atas. Selain itu, mereka memerlukan 2 ruang keluarga, ruang tamu, 2 bahagian dapur dan yang penting sekali mempunyai swimming pool.

draft pertama diberikan selang beberapa hari

Oleh kerana idea pertama pelan lantai rumah banglo itu telah dipinda kepada cadangan yang baru, saya mengambil keputusan untuk menjadikan pelan lantai yang asal yang telah dipinda itu ke dalam permainan The Sims 4 – kalau nak, boleh beli  yang original di Lazada. Perancangan saya, saya mahu menjadikan rekabentuk pelan lantai yang asal itu menjadi kenyataan walaupun dalam dunia permainan. Dan saya rasa The Sims paling mudah.

Kenapa The Sims?

Sebagai pengenalan, The Sims merupakan permainan yang membenarkan anda untuk bermain dan membina rumah kediaman mengikut cita rasa anda sendiri. Di dalamnya terdapat watak manusia untuk mendiami dan menjalani kehidupan sehariannya seperti kehidupan manusia di dunia realiti. Di dalam permainan ini, saya dapat membina sebuah rumah, membuat ruang, meletakkan barang, menghias perabut dan menyusun beberapa peralatan di dalamnya. Seperti kehidupan sebenar, watak-watak di dalam permainan ini akan bergerak, berjalan, duduk, mandi, makan, menonton tv, berhibur, bersosial dan sebagainya dengan sendirinya. Saya tidak perlu membuat sebarang gerakan animasi tertentu terhadap mereka. Ini kerana, watak-watak dalam The Sims ini dengan sendirinya akan menggunakan apa sahaja peralatan dan perabut yang terdapat di dalam rumah yang telah dibina. Watak ini juga boleh bergerak ke mana-mana sahaja dan melalui setiap ruang di dalam rumah kediaman yang telah saya ciptakan untuk mereka. Walaupun watak-watak ini boleh bergerak sendiri, saya juga boleh memberikan arahan supaya mereka boleh melakukan aktiviti yang lain. 

Pelan Lantai cadangan asal
Aras bawah
Pelan asal sebelum dipinda. Ground Level
Aras Atas
Pelan asal sebelum dipinda. Upper Level
PANDANGAN PERSPEKTIF dari The Sims 4
View 1 : Aras bawah
view 1

Ketika saya cuba membuat semula pelan lantai ke dalam The Sims ini, saya mengalami kesukaran di mana ukuran dan pelan lantainya tak dapat saya ikut sepenuhnya kerana ukuran dalam game The Sims ini agak terhad atau sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Dan layout dalam game ni pun ada lari sedikit berbanding layout saya yang asal. Tapi, tak apalah. Lebih kurang pun okay juga. Atau mungkin ada caranya? Atau memang kena guna ‘Cheat Code’

View 2 : Aras atas
View 2

Gambar View 2 untuk pandangan tingkat atas. Sebenarnya, duit belanja yang diberikan dalam permainan ini tidak mencukupi. Kalau nak kumpul duit memang lambat lagilah rumah ni nak siap. So, saya gunakan ‘Cheat Code‘ untuk tambah ‘duit belanja’ saya. Caranya, saya kena main tipulah sikit dalam game ni untuk tambah lagi $50,000. 

Tips: ctrl+shift+c & taip 'motherlode'
View 3 : Aras bumbung

So, inilah dia gambaran keseluruhan rumah banglo yang telah berjaya dibina. 3D yang saya hasilkan dalam game ni sebenarnya tak berapa nak sama dengan pelan lantai yang asal. Memang ada lari sikit. Sebab masa buat tiba-tiba datang idea baru pula. Dan Part paling susah ialah bumbungnya. 

Lain kali saya design lagi.

 

 

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *