Kampung Admiralty Singapore Penerima Anugerah Terbaik Dunia 2018

Kampung Admiralty Singapore Penerima Anugerah World Building of The Year 2018

World Architecture Festival tahun 2018 yang berlangsung tiga (3) hari di Amsterdam dari 28 November 2018 – 30 November 2018 telah pun selesai di mana telah menyaksikan kepada kita projek Kampung Admiralty Singapore di Singapura telah diumumkan sebagai penerima anugerah World Building of the Year 2018. Bangunan itu, yang menggabungkan kemudahan rumah kediaman dan kegiatan penduduk dalam satu bangunan telah dipilih dari senarai pendek yang mana ia juga telah berjaya menewaskan pesaingnya seperti Sanjay Puri Architects, Koffi & Diabate Architect, Heatherwick Studio, Spheron Arkitek, dan INNOCAD.

image via www.architectmagazine.com

World Architecture Festival 2018 ini telah mengundang arkitek yang disenarai pendek dari seluruh dunia untuk membentangkan projek-projek mereka mengikut pelbagai kategori. Para pemenangnya pula dijemput hadir di hadapan Super Jury untuk pemilihan yang terakhir.

image via www.architectmagazine.com
image via www.architectmagazine.com

Juga diumumkan dalam festival itu ialah Future Project of the Year 2018, anugerah itu yang mengiktiraf potensi luar biasa dalam projek yang belum dibina. Tahun ini penerima anugerah bagi kategori itu ialah Medellin River Parks / Botanical Master Plan by Colombian Architects Sebastian Monsalve + Juan David Hoyos. Projek ini akan memperkenalkan ruang hijau awam baru ke pusat bandar Medellin, ia merupakan bahagian penting dalam bandar raya yang sedang membangun di Bandaraya Colombia.

Maklumat projek
  • Arkitek : WOHA
  • Nama Projek : Kampung Admiralty
  • Saiz : 350,000 sqft
  • Client/Owner : Singapore Housing Development Board
  • Tahun Siap : 2017

Sumber : ArchDaily, World Architecture FestivalArchitectMagazine

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *