HOUSE OF 49 ialah sebuah projek rekabentuk rumah banglo 1 tingkat jenis tinggi yang terletak di daerah Kadok, Ketereh, Kelantan.
Keluasan bagi cadangan rekabentuk rumah banglo ini ialah 2196 kaki persegi (kps) atau 204.015 meter persegi (mps). Rumah ini mengandungi 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang keluarga, ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur.
Ruang dapur boleh diakses dari tangga kedua yang berada di bahagian yang menghadap jalan. Tangga 1 berada selari dengan laluan kenderaan masuk ke tempat letak kereta.
Ketinggian lantai yang dicadangkan bagi rekabentuk rumah ini ialah 8 kaki atau 2.4 meter. Alasannya ialah kawasan ini merupakan kawasan yang pernah dinaiki air. Walaupun tapak cadangan tidak terjejas dengan banjir, iaitu hanya kawasan sekeliling, tetapi pemilik mengambil langkah awal untuk sebarang kemungkinan.
Di anjung depan iaitu di tangga 1, penghadang cahaya matahari diletakkan supaya dapat mengawal cahaya matahari yang masuk ke dalam bangunan.
- HOUSE OF 49
- Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
- Keluasan: 2,196 kps
- Tahun: 2018
- Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
- Lokasi cadangan: Kadok
- Negeri: Kelantan
* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini