Design Rumah Banglo 2 Tingkat Ketereh

Sharing is caring!

Rekabentuk banglo ini melalui dua kali pindaan. Akhirnya, pada pindaan kali kedua dipersetujui oleh pihak pemilik. Rumah kediaman 2 tingkat ini mengandungi 8 bilik tidur. 3 bilik tidur di aras bawah dan 5 bilik tidur di aras atas. Aras bawah, selain bilik tidur, terdapat 1 ruang tamu, verandah, 1 ruang keluarga, ruang makan tetamu, ruang makan keluarga, dapur kering dan dapur basah. Di bahagian belakang pula terdapat 1 kolam renang yang boleh dilalui dari dapur dan ruang keluarga. Lokasi cadangan rekabentuk ini terletak di Daerah Salor, Kelantan.

Aras atas disediakan 1 ruang keluarga ke-2, 2 balkoni dan selebihnya ialah bilik tidur.

Pelan Lantai

Ada dua tempat letak kereta disediakan bagi rumah kediaman ini. Tempat pertama bersambung dengan bangunan rumah itu sendiri dan boleh memuatkan 3 unit kereta. Ruang kedua berada di hadapan rumah di sebelah kiri dan boleh memuatkan 2 unit kereta.

Kedudukan Tapak Cadangan

Jarak Anjakan ke Garis Sempadan Lot

Jarak anjakan minimum yang dibenarkan ialah 20 kaki hadapan atau yang menghadap jalan, 10 kaki kiri, kanan dan belakang.

Bagi cadangan rekabentuk ini pula, anjakan hadapan yang telah disediakan ialah sekitar 30 kaki atau 9 meter dari garis sempadan lot yang menghadap jalan. Manakala bahagian kiri disediakan 20 kaki kerana terdapat jalan dan tali air, bahagian kanan hadapan 20 kaki, kanan belakang 10 kaki dan bahagian belakang ialah 10 kaki atau sekitar 3 meter.

Keluasan rumah ini ialah 6400 kaki persegi

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
January 2019
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 1
  • 75