Rekabentuk Rumah Banglo 2 Tingkat / Ketereh – CENTER FIELD HOUSE / ZIZI + EUDA STUDIO

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Lokasi cadangan rekabentuk ini terletak di Kg. Padang Tengah Daerah Salor, Kelantan. Rekabentuk banglo ini melalui dua kali pindaan. Akhirnya, pada pindaan kali kedua dipersetujui oleh pemilik.

Rumah kediaman 2 tingkat ini mengandungi 8 bilik tidur. 3 bilik tidur di aras bawah dan 5 bilik tidur di aras atas. Aras bawah, selain bilik tidur, terdapat 1 ruang tamu, verandah, 1 ruang keluarga, ruang makan tetamu, ruang makan keluarga, dapur kering dan dapur basah. Di bahagian belakang pula terdapat 1 kolam renang yang boleh dilalui dari dapur dan ruang keluarga.

Aras atas disediakan 1 ruang keluarga ke-2, 2 balkoni dan selebihnya ialah bilik tidur.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Ada dua tempat letak kereta disediakan bagi rumah kediaman ini. Tempat pertama bersambung dengan bangunan rumah itu sendiri dan boleh memuatkan 3 unit kereta. Ruang kedua berada di hadapan rumah di sebelah kiri dan boleh memuatkan 2 unit kereta.

Kedudukan Tapak Cadangan

Jarak Anjakan ke Garis Sempadan Lot

Jarak anjakan minimum yang dibenarkan ialah 20 kaki hadapan atau yang menghadap jalan, 10 kaki kiri, kanan dan belakang.

Bagi cadangan rekabentuk ini pula, anjakan hadapan yang telah disediakan ialah sekitar 30 kaki atau 9 meter dari garis sempadan lot yang menghadap jalan. Manakala bahagian kiri disediakan 20 kaki kerana terdapat jalan dan tali air, bahagian kanan hadapan 20 kaki, kanan belakang 10 kaki dan bahagian belakang ialah 10 kaki atau sekitar 3 meter.

Keluasan rumah ini ialah 6400 kaki persegi

IMEJ – DZ CREATION STUDIO
IMEJ – DZ CREATION STUDIO
  • CENTER FIELD HOUSE
  • Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
  • Keluasan: 6,400 kps
  • Tahun: 2019
  • Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
  • Lokasi cadangan: Kg Padang Tengah
  • Daerah: Ketereh
  • Negeri: Kelantan

* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini

About The Author

2 thoughts on “Rekabentuk Rumah Banglo 2 Tingkat / Ketereh – CENTER FIELD HOUSE / ZIZI + EUDA STUDIO”

    1. Pelan ada tetapi kami tidak pamerkan di sini buat masa ini. Boleh hubungi di bahagian ‘contact’ untuk dapatkan maklumat lanjut.

      Untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, kami cuti pada hari Ahad, 7 April 2024 hingga Sabtu, 13 April 2024.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *