AutoCAD Tutorial | Cara ‘Scale’ Drawing dan Objek dalam AutoCAD

Cara ‘Scale’ drawing dan objek dalam AutoCAD

Selepas kita membuat sesuatu bentuk lukisan (drawing) atau memasukkan objek ke dalam AutoCAD model space, adakalanya kita mahu membesarkan saiz objek itu mengikut saiz yang bersesuaian. Mungkin juga mahu membesarkan objek tersebut mengikut bentuk drawing atau objek yang sudah sedia ada di dalam model space.

Tutorial ini menggunakan objek segiempat. Taip REC / RECTANG atau tekan icon RECTANGLE
Contoh objek rectangle

Caranya Pertama,

1. Taip SCALE dan tekan ENTER(Command SC)

Taip SCALE (SC)

2. Select objects: klik Mouse, lepas dan Pilih objek

3. Selepas pilih/select objek klik mouse (left click) sekali lagi

4. Klik mouse (Right click) dan akan keluar arahan Specify base point :

Klik right click selepas pilih objek dan klik mouse (left click) sekali lagi

5. Klik mouse (left click) sekali lagi dan tentukan saiz yang anda mahukan. Contohnya, jika anda mahukan saiznya 2 kali ganda daripada saiz asal, maka anda perlu taip ‘2’ dan tekan ENTER.

Taip 2 untuk membuat saiz dua kali ganda dari saiz asal. 3 untuk tiga kali ganda dan seterusnya

Jika anda mahu membuat salinan (copy) objek asal dengan saiz berbeza tetapi masih mengekalkan objek asal dengan saiz yang asal juga, perlu ulang semula sehingga langkah ke-5 di atas. Klik mouse (left click) dan akan keluar arahan, Specify scale factor or [Copy/Reference]: , tekan ‘C’ dan ENTER.

Boleh gunakan Space Bar sebagai ganti Enter

Akan keluar nota, Scaling a copy of the selected objects. Menandakan yang anda sudah memilih ‘Copy’ untuk objek yang dipilih. Kemudian, tentukan saiz. Contohnya, jika anda mahu saiznya 2 kali ganda dari saiz objek asal, maka pilih ‘2’ dan tekan ENTER. Jika objek yang sudah dihasilkan bertindan dengan objek asal, alihkan sahaja dengan menggunakan MOVE atau Command M untuk memindahkan objek ke lokasi yang lain.

Cara yang sama boleh digunakan untuk objek imej yang dimasukkan ke dalam drawing model space.

Cara kedua,

  • Taip SCALE dan tekan ENTER (Command SC)
  • Select objects: klik mouse (left click) , lepas dan pilih objek.
  • Pilih/select objek yang dikehendaki
  • Selepas pilih/select objek, klik mouse (left click) sekali lagi
  • Klik mouse (right click) dan akan keluar arahan, Specify base point :
  • Pilih/klik point pertama pada objek yang dipilih dan tekan kekunci ‘R’.
Klik point pertama pada objek, tekan R dan ENTER
  • Specify reference length <1>: Pilih/Klik point pertama tadi dan akan keluar arahan, Specify reference length <60179>: Specify second point: Pilih/klik point kedua pada objek seperti rajah di bawah atau boleh klik di mana-mana saja untuk menentukan point kedua.
Klik point kedua dan akan keluar arahan, Specify new length or [Points] <1>:
  • Apabila keluar arahan, Specify new length or [Points] <1>: (seperti rajah di bawah), Pilih/klik mouse (left click) ke mana-mana point atau jarak panjang yang baru yang anda mahukan.
Selepas klik point kedua, tetapkan point baru atau point ketiga untuk membesarkan saiz objek
Tarik point kedua kepada point baru atau point ketiga mengikut saiz yang anda mahukan. Objek berubah dari saiz kecil di penunjuk hijau kepada saiz di penunjuk merah dan klik mouse
jika mahu mengecilkan objek. Di Step nombor ke-8, pilih/tarik point kedua kepada point/jarak baru yang lebih kecil dari objek asal

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *