Cadangan rekabentuk rumah banglo ini terletak di Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan. Cadangan rekabentuk rumah ini mengandungi 4 bilik tidur dan 5 bilik air. Semua bilik tidur mempunyai bilik air sendiri. Satu lagi bilik air terletak di bahagian dapur dekat dengan bilik laundri.
Pemilik ini memilih untuk mempunyai ruang yang besar, oleh itu, rekabentuk rumah ini menggunakan sepenuhnya ruang tanah yang ada.
Keluasan
Selepas menolak ruang anjakan depan, belakang dan sisi lot, keluasan yang diperolehi bagi DrHouse ini ialah sekitar 3,000 kaki persegi (279 meter persegi) di atas tanah seluas 626 meter persegi.
Bukaan
Cadangan rekabentuk rumah ini menekankan bukaan yang besar terutamanya di ruang-ruang selain bilik tidur yang bertujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya dapat memasuki ruang dalam. Ruang tamu mempunyai 2 pintu masuk. Salah satunya ialah pintu gelangsar yang besar yang dilengkapkan dengan tingkap di sisinya. Tingkap di ruang tamu juga menggunakan tingkap jenis labuh.
Ruang keluarga mempunyai teres sendiri. Selain untuk pengudaraan dan pencahayaan, ia juga dijadikan akses untuk ke halaman rumah. Dalam masa yang sama, sebagai bukaan sokongan kepada ruang makan yang terletak di tengah bangunan.
Tempat letak kereta
Tempat letak kereta berada di hadapan bilik tidur utama dan boleh memuatkan 2 buah kereta dalam satu masa.
Pemilik & isteri merupakan seorang doktor perubatan.
- DRHOUSE
- Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
- Keluasan: 3,070 kps
- Tahun: 2018
- Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
- Lokasi cadangan: Pasir Tumboh
- Negeri: Kelantan
* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini