EcoWorld Bangun Kediaman Pintar

image via EcoWorld

Baru-baru ini sebuah syarikat, Dun-Qian Intelligent Hotel Management Co Ltd (Dun-Qian) iaitu syarikat penyedia penginapan pintar dari Taiwan terlibat dalam usaha membangunkan kawasan kediaman pintar bersama pemaju, EcoWorld Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia).

image via BHarian

Ini merupakan syarikat pemaju pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan ini. Projek ini memberikan pelanggan dan penghuni kediaman merasai kemudahan kediaman pintar sepenuhnya dari kaunter daftar masuk layan diri sehingga kepada sistem pesanan makanan.

Usaha ini sangat baik kerana pada ketika ini pun sudah ada beberapa premis makanan yang menggunakan sistem pesanan makanan menerusi self-service kiosk seperti yang telah dilakukan oleh McDonalds di mana pelanggan boleh memesan makanan hanya menggunakan peranti touch screen yang disediakan, pilih menu, memasukkan nombor meja dan terus membuat bayaran menggunakan kad bank. Pelanggan juga hanya perlu menunggu pesanan dihantar terus ke meja makan. Mungkin, pada masa akan datang robot pula yang akan menghantar makanan? Wah! Tidak mustahil kan?

Perkembangan ini sangat baik dan seharusnya teknologi ini terus diguna pakai memandangkan teknologi pintar ini sudah mula berkembang di seluruh dunia. Antara teknologi yang sudah dimajukan dan digunakan ialah Smart Home yang dipasang di dalam rumah kediaman. Sistem boleh mengawal sistem elektronik dan mampu mengesan objek yang lalu berdekatan dengannya. Selain itu, penghuni juga boleh berinteraksi dengan peranti tertentu seperti android dan mengarahkannya untuk menghidupkan lampu, kipas, aircond, TV dan sebagainya.

image via TechHive

Ada baiknya juga jika teknologi ini dapat diperbanyakkan kegunaannya di kaunter-kaunter pejabat kerajaan.

Teknologi pintar ini sudah tentu menjadi idaman kebanyakan daripada kita. Mana tidaknya, semuanya boleh digunakan dengan sangat mudah. Memesan barang, menghantar pesanan, membersih kawasan, memasang barang elektronik dan sebagainya dengan memberi arahan suara atau menggunakan peranti sahaja.

Namun, disebalik kelebihan teknologi ini, ada juga keburukannya. Terfikir juga tentang peluang pekerjaan. Bagaimana dengan masa depan pekerja dan masa depan peluang pekerjaan yang akan disediakan nanti? Jika teknologi ini rosak atau bermasalah, bagaimana pula dengan kos penyelenggaraannya? Adakah teknologi ini akan menelan belanja yang besar dan boleh menyelamatkan alam sekitar atau akan lebih banyak lagi tenaga dan kos yang akan digunakan. Dan jika disalahguna, akan lahir pula generasi ‘malas’ bergerak dan bersenam. Teringat pula cerita Wall-E. Bagaimana teknologi memberi kesan buruk kepada alam dan juga kepada manusia itu sendiri jika tidak digunakan dengan betul. Malas, berat badan naik, tidak kenal tumbuh-tumbuhan, tidak keluar, tidak berpeluh dan banyak lagi.

Apapun, kemajuan teknologi pintar dicipta adalah untuk memudahkan urusan. Mungkin, boleh menjadi ‘jurulatih’ untuk bersenam dan berjoging, sebagai reminder dan macam-macam lagi.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *