Yang Manakah Penggunaan Istilah (terms) Yang Betul? Setback, Siteback atau Sideback?

Dalam architecture, di antara istilah setback, siteback dan sideback, yang manakah istilah yang betul? Jawapan yang betul ialah setback atau set-back.

Maksud Setback (Set-back)

Setback (Set-back) bermaksud anjakan. Setback bangunan ialah jarak antara bangunan dan garis sempadan lot bangunan.

Tujuan Setback

Tujuan setback ialah untuk menyediakan ruang laluan, tempat letak kereta dan laluan pejalan kaki. Yang perlu mempertimbangkan kepada jarak selamat, ruang pengudaraan, pencahayaan semulajadi dan keselesaan di sekitar bangunan.

Dalam architecture / pembinaan, setback digunakan untuk membuat jarak minimum anjakan bangunan dari garis sempadan lot ke dinding bangunan. Contoh ayat 1, ‘setback sebuah rumah lot yang ditetapkan untuk dipatuhi ialah 20 kaki hadapan, 10 kaki kiri, 10 kaki kanan dan 10 kaki belakang’. Contoh ayat 2, ‘berapakah jarak setback paling minimum yang dibenarkan oleh Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran?’ Contoh ayat 3, ‘setback di antara tiang lampu dan ruang lapang itu perlu dibuat supaya tidak mengganggu aktiviti di ruang lapangan’. Contoh lain, ‘jarak minimum bangunan mesti diadakan setback daripada jalan, sungai atau pantai atau mana-mana tempat sebagai perlindungan’.

image via imgflip

Infografik : Setback Sebelum Membina Rumah Kediaman

Dalam kamus Architecture, Oxford Dictionary of Architecture and Landscape Architecture, Set-back. 1. See BUTTRESS; OFF-SET. Also called set-off, scarcement, or weather-table. 2. Upper part of a building, e.g. a *skyscraper, set back from lower storeys to enable light and air to reach the street below. Skyscrapers were sometimes built with several set-back. (Page 706)

Manakala, bagi istilah siteback atau sideback tidak merujuk kepada istilah sebenar setback. Tetapi, mungkin ia boleh digunakan kepada tujuan dan kegunaan ayat lain untuk mencapai maksud kepada setback. Contohnya, site setback yang merujuk kepada setback (anjakan) tapak dan side setback merujuk kepada setback (anjakan) sisi bangunan.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *