Bahagian yang paling banyak digunakan untuk column (tiang) ialah jenis wide-flange (W) atau W shape. Ia sesuai untuk disambung kepada rasuk (beam) dalam 2 arah dan semua permukaannya boleh digunakan atau tersedia untuk penyambungan jenis skru atau sambungan jenis kimpalan.
Jenis-jenis Column Besi (Steel Column)

Bentuk-bentuk besi lain yang digunakan untuk column ialah round pipe dan square or rectangular tubing. Bahagian column juga boleh diperbuat daripada beberapa bentuk atau plat untuk disesuaikan dengan column yang ingin digunakan.
- Compound columns ialah struktur tiang besi yang dibalut konkrit dengan ketebalan sekurang-kurang 2-1/2 inchi (64mm), yang diikat dengan jaringan dawai di dalamnya.
- Composite columns pula ialah bahagian struktur besi yang disalut kemas dalam konkrit yang diikat dengan tetulang menegak dan tetulang lingkaran di dalamnya. Rujuk rajah di bawah

Composite Column juga boleh terdapat dalam pelbagai bentuk seperti gambar di bawah

** Jika terdapat kekurangan/tambahan/pembetulan yang sepatutnya dimasukkan ke dalam artikel di atas, boleh terus memaklumkan kepada kami di ruangan komen di bawah.