Dalam AutoCAD, ada teknik paling mudah untuk mengira keluasan sesuatu ruang atau sesuatu bangunan tanpa membuat pengiraan seperti Panjang x Lebar. Caranya adalah seperti berikut:-
- Taip PL untuk Polyline atau tekan ikon Polyline yang berada di bahagian ikon di atas.
- Buat line dengan Polyline (mula dengan point pertama) mengikut bentuk ruang yang dikehendaki. Sekiranya ingin mendapatkan keluasan bilik tidur, maka buat bentuk line mengikut pelan bilik tidur sahaja. Jika keseluruhan bangunan, buat line keseluruh bangunan.
- Kemudian, sambungkan semula hujung line Polyline yang dibentuk tadi kepada point yang pertama dan tekan ENTER / SPACE BAR.
- Taip Li (LIST) dan tekan ENTER/SPACE BAR.
Klik atau pilih objek yang telah dibentuk tadi dan tekan Right Click. Anda akan memperolehi jumlah keluasannya di bahagian area seperti yang ditunjukkan anak panah dalam rajah di bawah.
Rajah di atas menunjukkan keluasan (area) yang diperolehi adalah dalam unit millimeter persegi dan perlu ditukar kepada unit meter persegi atau kaki persegi(Jika perlu)
Bagaimanapun bergantung kepada jenis unit yang digunakan atau yang dimahukan.